Followers

21.8.10

Macamana boleh jadi begini?

Assalamualaikum dan salam Ramadhan untuk semua.

Kakchik doakan kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah kakchik dan cik abe dua-dua pun dalam keadaan sihat, alhamdulillah. Kakchik bersiaran dari Zahra' ni. Nak buat kerja takde mood sebab ada 'krisis cuaca' di sini.

Pagi tadi lepas hantar cik abe ke tempat kursusnya di Pasir Tumbuh, kakchik terus pandu kereta dengan gembira menuju ke pejabat. Alhamdulillah sampai dengan selamat. Tapi alangkah terkejutnya bila masuk ke dalam Zahra'. Mashaallah... banyaknya air!

Library kami lencun dengan air hujan. Semalam hujan sangat lebat dan angin pun kuat. Mungkin struktur binaan bumbung bangunan ini yang tidak relevan dengan cuaca tropika menyebabkan air melimpah dan keluar membuak-buak di satu bahagian dinding dan meresap masuk ke dalam perpustakaan.

Habis banjir dari atas sampai ke bawah. Kalaulah kakchik bawa kamera hari ni tentu banyak gambar yang kakchik boleh ambil. Kalau tak silap kakchik, dua tahun lepas kejadian yang hampir serupa berlaku. Tapi kali ni lagi teruk rasanya.

Terpaksalah library ditutup dari pengunjung. Macamana kami nak benarkan mereka masuk kalau lantai library ada air bertakung. Bahaya! Bukan itu saja, ada sebahagian tile di hadapan tangga di tingkat 1 telah mengembang dan pecah. Kata Pengarah kakchik, kemungkinan simen yang digunakan untuk memasang tile tersebut dimasuki air dan mengembang kerana adunannya tidak 'masak'. Jangan tanya apa maksudnya sebab kakchik pun tak tahu.

Hilanglah mood nak kerja dengan ceria hari ni. Sekarang dok menunggu kontraktor mencuci bangunan datang tengok kerosakan terutama karpet di tingkat 2 dan 3. Kalau tak dicuci dan dikeringkan segera, alamatnya lama juga kena hidu bau hapak. Tentu tak selesa kepada pengunjung dan kakitangan library.

Bangunan kami ni dah 10 tahun, kakchik rasa lepas ni nak minta big-big boss semua buat tindakan menyelenggara keseluruhan bangunan ini. Keselamatan perlu diutamakan, keselesaan menjamin pengunjung datang.

Allahu'alam.

p/s: mood... where are you?


8 comments:

  1. Cabaran dan dugaan bulan ramadhan kan kak...

    Kak saya masih tak tahu lagi kak cerita ni lib mana? Erk... maaf bertanya. Mungkin kak sudah nyatakan sebelum ini tapi saya masih buntu...

    ReplyDelete
  2. Mujur tak teruk sampai merosakkan koleksi buku2 yg ada kan. Smlm tgk berita atap bangunan runtuh...smuanya dah tua dah skrg ni..dah uzur.


    Saya di rumah sja harini..

    ReplyDelete
  3. Memang betul fahmi. Cabaran untuk kami. Library ni di KB. Namanya Dar Nur al-Zahra'. Memang dah biasa kakchik refer dalam blog ni sebagai Zahra' saja.

    ReplyDelete
  4. Ha'ah emy. Alhamdulillah kena sikit je buku yg dlm kotak. Adalah juga meja sebiji dua yang rosak tapi masih boleh digunakan. Bila dah tua, uzur pula, nasib kita pun boleh jadi macam nasib bangunan juga.

    Best ya orang cuti.

    ReplyDelete
  5. salam kakchik..
    seluruh negara mengalami hujan dan ribut petir sekarang,kan..dari satu segi,alhamdulillah..sejuk dan nyaman ja berpuasa..

    ReplyDelete
  6. wkslm kak kam. ketika tidak membahayakan memang syukur dengan cuaca yang sejuk nyaman. tapi membimbangkan juga. skrg ni pun makin mendung.

    ReplyDelete
  7. Salam kak chik,

    Kesiannya library Zahra. It's about time bangunan tu diperbaiki. Itulah kak chik, kalau pembinaan bangunan asal siap je. Quality tak ada maka macam2 masalah yang timbul.

    Hopefully masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  8. wkslm kak azah. itulah kak, kekurangan bajet dan segala menyebabkan pentadbir kami mengambil masa utk buat selenggaraan. zahra' ni bergerak dengan sumbangan orang ramai je. mana nak cukup kan? insyaallah hari ni akan selesai semuanya masalah air tu. tp utk j/masa panjang kena ada rancangan lebih teliti.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs