Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman blogger yang sudi singgah di sini.
Kakchik baru je dapat menggunakan komputer selepas sehari suntuk tidak dapat online di pejabat. Talian internet tak tahu kenapa hari ni, dari pagi sampai ke tamat waktu kerja tetap juga tak ada. Walhal kami takde hutang dengan TMB.
Anyway, dah sampai kat rumah ni rasa nak berkongsi sedikit perkembangan di pejabat kakchik. Alhamdulillah... selepas hampir 3 tahun tanpa Pengarah, kami hari ni sudah pun ada Pengarah baru. Lega rasanya sebab banyaklah tugas-tugas dia yang selama ni kakchik terpaksa ambil alih akan kembali kepada tuan yang hak. Belum secara rasmi tapi Pengarah baru dah mula masuk ke pejabat sejak semalam sebenarnya.
Kakchik sebenarnya dah agak penat memikul tugasan berat sejak Pengarah tak ada. Bukan tak ada secara total tapi bekas Pengarah tu sibuk dengan tugasnya yang lebih besar di peringkat negeri. Lagipun dia hanyalah Pengarah sukarela di situ. Kakchik gembira bekerja dengan Pengarah lama kerana banyak perkara yang kakchik belajar darinya. Misalnya rajin membuat kajian mendalam tentang sesatu topik, suka membaca pelbagai bidang ilmu, mengisi masa dengan mengaji Qur'an dan tidak bercakap perkara yang lagho.
Pengarah baru ini pun bukanlah orang yang asing dengan kakchik. Dah lama juga kakchik kenal dia sebab dia pun kawan kepada ex-Pengarah. Orangnya sangatlah luas ilmu pengetahuannya, suka pula membuat penyelidikan ke serata nusantara untuk mencari bahan terutama berkaitan orang Melayu dan sejarah Melayu. Beliau juga alim dalam ilmu agama. Tambahan pula dia super super senior kakchik di sekolah menengah dulu.
Ala kulli hal, legalah sedikit sebanyak bebanan kakchik di Zahra' tu. Ada tempat untuk mengadu hal dan tak perlulah lagi nak memenatkan otak sangat memikirkan hal-hal yang sepatutnya difikirkan dan diuruskan oleh Pengarah. Alhamdulillah. Nampaknya Allah semakin meringankan bebanan kakchik di akhir semester pengajian ni. Terima kasih Ya Allah.
salam kak Chik,
ReplyDeleteAlhamdulillah, akak pun gembira membaca beban kak Chik dah makin berkurangan. Dengan adanya Boss baru dapatlah kak Chik berganding bahu utk memikat lagi lebih ramai lagi pengujung ke perpustakaan.
Setelah bersusah payah akhirnya pasti ALLAH kurniakan sedikit kesenangan..Betapa adilnya ALLAH. Alhamdulillah..
selamat dtg bos..
ReplyDeletesemoga kakchik berjaya dgn cemerlang dlm pengajian...
salam, kakchik..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. boleh kakchik fokus pada pelajaran lebih sikit kan. memang tahun akhir berat sikit nak belajar nak kejar pointer bagai... kena struggle kan kakchik.. dni pon ngah ambik mood belajar ni. blog pon update pakai auto post je :D hehe..
Gooluck untuk kakchik. sama2 diakan kejayaan bersama. semoga kakchik berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi, aminnn
;)
salam
ReplyDeletekak chik kebetulan kita pun dapat boss besar baru wakaka
wkslm kak azah, begitulah harapannya kak. lagipun bos baru ni memang seorang yang passionate pasal buku dan ilmu.
ReplyDeleteterima kasih asha.
ReplyDeletewkslm dni, terima kasih banyak. itulah, nak betul2 buat yg terbaik di sem akhir ni. nak juga dapatkan anugerah dekan tu hehe.
ReplyDeletesemoga dni pun terus bersemangat dlm studi.
wkslm shiori, wah... ada persamaan la kita. selamat bertugas dgn bos baru.
ReplyDelete