Followers

26.8.10

Duit Raya RM500

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Siapa nak duit raya? Tentu ramai yang jawab nak terutamanya kanak-kanak. Yang dah dewasa tu jawab malu-malu sebab takut beriya sangat kan malu pula hehe. Kakchik pun nak kalau free free dapat duit raya. Tapi sayangnya kakchik bukanlah penjawat awam.


Time macam ni lah penjawat awam beruntung. Kita ni penjawat swasta, bergantung pada budi bicara majikan untuk dapat duit raya atau tidak. Tapi kakchik dah dapat bonus Ramadhan baru-baru ni, alhamdulillah... tak banyak tapi bolehlah cover minyak kereta dalam 4 kali isi penuh.

Pastikan duit raya tu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Sayang jika terbazir begitu saja.

Berita pasal penjawat awam bakal dapat duit raya ni dilaporkan oleh banyak media. Ini kakchik salin dari mediakini.com :

PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan menerima khabar gembira apabila kerajaan mengumumkan akan memberi bantuan khas kewangan RM500 seorang sebelum 1 Syawal ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata, bantuan khas kewangan itu akan dibayar kepada pesara dan kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54.

Menurutnya, ia melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta untuk kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

‘‘Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara kerajaan.

‘‘Ia bagi meringankan bebas kos persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri ini,’’ katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian itu dibuat di bawah skim Bayaran Bantuan Khas Kewangan kelolaan Jabatan Perdana Menteri.

Pada 13 Ogos lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian duit raya kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara membabitkan jumlah RM37.14 juta yang juga akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Rakyat Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 September ini. – Utusan Malaysia

Duit raya

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal.

Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang.

Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya.

Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan.

Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu.

Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara.

Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya.

Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah. – Berita Harian

4 comments:

  1. saya pun xde duit raya maklum ler keje sendiri, duit saguhati husband tu adalah...

    Lagipun budget raya memang tak banyak, setiap tahun lebih kurang sama saja.

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam kak chik,

    Alhamdulillah kak chik, satu berita yg cukup menggembirakan kepada kami penjawat kakitangan kerajaan awan. Kena tingkatkan prestasi dan menambah ilmu di dada agar quality kerja dapat dipertingkatkan lagi.

    ReplyDelete
  3. wan, at least ada juga saguhati tu. syukur alhamdulillah.

    kakchik pun sama juga wan. bajet utk raya kakchik guna bajet utk beli baju + kasut + beg untuk suku tahun kedua je. Dah beli sblm ogos lagi.

    ReplyDelete
  4. tahniah kak azah. berbaloi juga penat lelah mendidik mengasuh generasi baru. semoga prestasi makin mantap, servis makin tip top.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs