Followers

22.8.10

Waheeda Tenang Selepas Berpurdah

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Di hari yang redup ni dan khabarnya sesetengah tempat telah hujan, kakchik ingin mengambil sedikit masa untuk berkongsi berita menarik yang mungkin telahpun basi dibaca oleh rakyat Malaysia semalam. Tapi kakchik tetap suka nak menulis mengenainya. Ini berkaitan dengan kisah para artis Malaysia yang telah berhijrah.

Alhamdulillah dalam ramai-ramai artis yang berubah penampilan mereka, ada seorang yang berubah selangkah lagi dengan mengenakan purdah. Alhamdulillah. Beliau juga khabarnya telah bersara dari dunia seni. Itupun kakchik rasa satu kesyukuran kerana lebih baik bagi beliau.

Ramai dah tahu, bekas artis ini ialah Puan Norwahidah Abdul Wahab atau masih dipanggil Waheeda Wassini oleh teman-teman kakchik. "Waheeda, kakchik harap tulisan kakchik yang ini ok dengan Waheeda ya." 

Semalam kakchik baca dalam blog ijoks2009 tentang beliau dan hari ni kakchik baca pula dalam mStar Online. Berita yang sama. Melihatnya kini kakchik tumpang gembira dan kakchik doakan perubahan positif itu seiring dengan peningkatan ilmu dan kefahaman Islam Waheeda. Kakchik yakin.

Bagi kita semua yang mungkin pernah menjadi peminat beliau atau suaminya malah mungkin masih peminat kedua-duanya, marilah kita doakan kebaikan untuk mereka dunia akhirat. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Kita semua hanyalah hamba Allah, yang hanya akan dinilai pada ketaqwaan kita pada-Nya.

Allahu'alam.

Berita yang disalin dari ijoks2009 dan mStar Online.
Waheeda Makin Tenang Selepas Berpurdah


Waheeda dan Akhil ketika ditemui di majlis berbuka puasa dan pelancaran program Raya anjuran Astro di Bora Asmara, Khamis. - Foto oleh AZMAN GHANI

PENAMPILAN istimewa pasangan Akhil Hayy dan Waheeda menjadi tumpuan ramai yang hadir pada majlis berbuka puasa dan pelancaran program Hari Raya anjuran Astro di Bora Asmara, Kampung Sungai Penchala, Khamis.

Waheeda yang jarang ditemui setelah bersara daripada dunia nyanyian memakai purdah.

Jelasnya, selepas setahun berpurdah, hatinya semakin tenang dan bahagia.

Alhamdulillah, dia berjaya menunaikan hajat untuk berpurdah yang tertanam sebelum berkahwin lagi.

Walaupun berpurdah, ia tidak menghalang Waheeda untuk mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa kerana dirinya dan fesyen tidak dapat lari sejak dahulu lagi.

“Saya suka berfesyen dan sekarang telah mempunyai lebih 10 koleksi abaya yang dibeli secara dalam talian. Ikutkan dari dulu lagi saya suka mengumpul koleksi jeans. Sekarang saya kumpul abaya pula,” katanya sambil tertawa.

Baru-baru ini, dia dikhabarkan tidak berapa sihat. Ditanya tentang kesihatannya sekarang, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini itu mengakui keadaan dirinya baik sambil berkata dia selalu menghidap penyakit gastrik yang datang tidak menentu.

8 comments:

  1. Salam kak chik,

    Seronok dan teruja tengok wanita2 yang berniqab, memang cantik dan kecantikan itu hanya dapat dihayati oleh mereka yang mengetahui keindahan Islam yang sebenar. Semoga hajat dihati ini akan tercapai. Insya ALLAH.

    ReplyDelete
  2. salam kakchik..
    ya Allah... sama pula post dni dengan kakchik mengenai waheeda... tadi dni duk baca mstar online terjumpa tentang perkara ni.. dni dah terpost entry ni jugak. sejuk mata lihat perubahan beliau.. cantik sangat..

    ReplyDelete
  3. alhmdllh...

    serupa dgn kakchik..peminat abaya..;)

    ReplyDelete
  4. Wkslm kak azah. Kakchik tahu betapa hati akak meruntun untuk menjejaki Waheeda. Sabar kak. Allah sedang uji akak. Insyaallah bila Dia lihat akak tahan sabar, Dia akan buka pintu hati si dia.

    ReplyDelete
  5. wkslm dni. hehe, serupa takpe dni. dni pun cantik kalau begini :)

    ReplyDelete
  6. hehe, pandai la ummi hanie ni. mungkin itulah jambatan penghubung perkenalan kami.

    ReplyDelete
  7. semakin ke arah kebaikan...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs