Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah... lega bila sudah selesai bersolat Isyak dan berterawikh. Barulah ada masa untuk mengemaskini blog buat kali terakhir sebelum kakchk menduduki kertas exam yang pertama esok.
Sedikit cerita tentang juadah berbuka. Setiap petang kakchik pasti memikirkan apa yang nak disediakan yang jimat dan tidak membazir. Yang paling penting ianya berkat. Bukan mudah sebenarnya menyediakan hidangan dalam kuantiti yang sedikit bila kita sudah lama biasa jadi tukang makan.
ondeh-ondeh, cendol sirap ros pandan dan kurma pelbagai pilihan |
Kalau hari-hari biasa, kakchik rajin nak cari menu tapi bila bulan Ramadhan ni mesti nak cari yang khas untuk hidangan 2 - 4 orang. Biar sesuai dengan kami berdua yang nak menjamu selera.
Macam hari ni kakchik balik dari MariBaca jam 6 petang, terkandas pulak dalam kesesakan di beberapa simpang terutama di Cherang, Chabang 3 Teluk dan kepala Jambatan Tok Guru kerana ramainya orang singgah untuk membeli-belah makanan. Semasa lampu merah di Cherang, kakchik dah nekad nak singgah di Bazar Ramadhan di Chabang 3 Teluk.
Alhamdulillah dalam kereta yang bersusun dan bersesak kakchik senang mendapat parking. Terus cari gerai yang bersih dan juadahnya bertutup rapi sama ada dengan plastik cerah untuk setiap bekas ataupun memang peniaga menggunakan bekas khusus dengan tutup yang lutsinar.
Hasilnya ialah sebungkus ondeh-ondeh dan sebungkus cendol. Hidangan berbuka kami hari ni adalah macam dalam gambar di atas tu. Kakchik makan 3 biji kurma, 2 biji ondeh-ondeh, secawan teh panas dan semangkuk kecil cendol sirap ros pandan, alhamdulillah kenyang hingga ke saat ini. Tak perlu makan nasi dah. Terasa ringan saja bersolat dalam keadaan isi perut yang sedang-sedang saja. Alhamdulillah.
Sahur nanti kakchik ingat nak masak Nasi Goreng Kampung, pemanis mulut - kami boleh makan cendol yang masih berbaki separuh mangkuk besar tu, kurma dan air teh panas. Itulah cadangannya. Yang mudah-mudah saja, janji sedap, sihat, suci dan halal.
salam ziarah dan salam ramadan kak cik...
ReplyDelete1st time sampai sini...
ondeh-onde dgn cendol tu dah cukup sedap...nak nak pulak kt tpt sy xde semua tu..
suka baca bile kak cik tulis kepala jambatan Tok Guru. kalau saya, saya panggil jambatan tu ghetok pula melako. hehehe...
dah dkt dgn rmh saya tu.
kak cik tokey MariBaca yg kt tepi rimadex farmasi kt jpj tu ke?
simple tapi sedapp dan mengenyangkan..
ReplyDeleteramadhan kareem..selamat bersahur :)
wah.tak pernah makan cendol sirap ros.sedap eh kakchik?nnti buleh kongsi resepi.kalau ada lah.heee~
ReplyDeleteKak chik ni buat akak teringin nak makan ondeh2..Sedap menu kak chik hari2 teruja akak dibuatnya..Alhamdulillah.
ReplyDeleteselamat datang yana.
ReplyDeleteterima kasih sb sudi singgah di blog kakchik ni. tak sangka orang sekampung dih. kalu dlm bahaso klate, kakchik pun panggil ghetok tapi doh krg sebut doh skrg ni, lbh biasa guno jambate.
iya, tokeh MariBaca tapi dah pindah lokasi doh. Skrg ni dok dalam Billion.
selalunya begitulah TUKANG KATA. takut membazir.
ReplyDeleteselamat meneruskan ibadah puasa ya.
sizuka, tu fav kakchik dari zaman keik sampai skrg. senang sangat nak buat tu. tengoklah nanti kalau kakchik rajin tulis resepinya, kakchik akan letak di My Culinary Adventures.
ReplyDeletekak azah, kat sini ondeh2 melambak kak. tak sempat buat, beli aje. menu simple je kak. dalam gambar jd sedap :)
ReplyDeletehee..molek la tu kakchik..tulih resepi banyak2 skit deh..buleh buat inspirasi...^_^
ReplyDeleteowh..dh pindah rupenye...
ReplyDeletextahu pulak...dkt 2thn stgh xblk kg..
dulu2 pernah la jgk g sewa novel kt kedai mari baca yg lamo tu..
xpe2..nti blk msia ni sy g kedai kakcik kt billion.