Followers

21.8.10

Parah! Kakchik takut Allah kata, "Bala atas kamu!"

Assalamualaikum dan salam Ramadhan Kareem.

Kakchik ada membaca satu tulisan yang sangat menarik tulisan Ustaz Din al-Tantawi. Terasa ingin pula berkongsi dengan pengunjung blog Keluargaku Sayang terutama teman-teman tersayang. Manalah tahu, bertambah ilmu kita dan meningkatnya rasa takut kita kepada Allah SWT.

Ini artikelnya:
gambar hiasan dari Soul of Ghuraba'

Statistik iklim sosial negara parah!
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Saya agak terperanjat apabila posting atau kenyataan saya mengenai punca berlakunya gejala buang bayi pada hari ini masih ditempelak. Sebahagiannya marah - marah kerana saya mengaitkan Malam Sambutan Tahun Baru , Hari Kekasih dan Malam Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan negara sebagai antara detik mulanya episode kejam ini iaitu buang bayi .

2. Sebahagiannya secara sinis mempersoalkan kenyataan saya dengan bertanyakan bukti. Sememangnya saya tidak mengemukakan bukti dalam posting saya terdahulu kerana menyangka perkara ini telah diketahui umum. Penyakit sosial dalam negara kita kini telah diketahui oleh semua dan hampir semua mengetahui apakah punca-punca utamanya selain faktor-faktor sampingan yang lain.

3. Saya akui, bukanlah semua penzinaan itu berlaku pada malam sambutan Tahun Baru atau malam Sambutan Hari Kekasih dan juga malam sambutan ulangtahun Kemerdekaan  Tetapi detik-detik perayaan dan sambutan yang diraikan ala barat secara tidak terkawal pada perayaan Tahun Baru, Hari kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan tersebut tidak boleh dinafikan bahawa ia adalah antara penyumbang besar kepada berlakunya penyelewengan sosial dan akhirnya terjerumus dalam kancah penzinaan.

4. Antara faktor lain yang telah saya sebutkan dalam posting-posting saya terdahulu bahawa ia hadhir dari satu kepincangan sistem yang kini sukar dibaiki setelah ianya jauh menyeleweng dari jalan Allah swt. kecuali menukar sistem dan peraturan yang melibatkan cara hidup agar melandasi syariat dan pedoman Rabbani [wahyu Allah].

5. Antara faktor-faktor lain seperti:

Lambakan filem dan bahan lucah dipasaran
Laman-laman lucah di intenet tanpa sekatan
Kurangnya didikan agama atau moral yang berkesan
Keretakan hubungan keluarga dan rumahtangga
Pergaulan bebas dan hidup liar tanpa tanggungjawab
Budaya Hedonisme dan bebas agama

6. Sementara apa saya sebut mengenai sambutan Tahun Baru, Hari Kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan dalam negara kita adalah menepati salah satu dari punca yang dikenal pasti . Kali ini, bolehlah saya mengemukakan sedikit asas kenapa saya menegaskan demikian. Jika masih juga belum memadai, maaflah saya mohon, kerana saya pun tidak banyak masa untuk mengulas perkara yang telah diketahui umum.

a] Sambutan Malam Tahun Baru

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Badarudin Ahmad Bustami berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia 16 sanggup menggadaikan maruah dengan mengadakan hubungan seks bersama 5 remaja lelaki lepasan SPM ketika menyambut malam Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Besar Kuantan Pahang. Laporan Harian Metro [2 January 2009]

Seorang penyampai berita swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan Tahun Baru di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di ibu negara. Operasi tersebut diketuai oleh Asisten Superintendan Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat, judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Laporan Berita Harian [1 January 2009]

Lebih 300 remaja yang melakukan kegiatan tidak senonoh dengan pasangan masing-masing di tahan dan dibawa ke masjid Asy Syakirin berhampiran Menara Berkembar KLCC untuk menjalani sessi kaunseling dan motiasi dalam Ops Hijrah 2008 pada malam sambutan Tahun Baru . Laporan Sinar Harian [2 January 2008]

Pesta seks besar-besaran di tepi pantai di Johor Bharu bagi menyambut Tahun Baru. Syarat dikenakan ialah lelaki tidak dibenarkan memakai seluar dalam manakala wanita perlu memakai G-String dan sedia membukanya selepas tengah malam bagi meraikan sambutan Tahun Baru. Laporan Harian Metro [1 January 2009]

Bagai menjadi satu trend remaja sekarang! demikianlah kata Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Ghazali Abdul Aziz selepas berjaya menangkap 56 remaja berkhalwat di bilik-bilik hotel sekitar bandar Kuantan sempena sambutan Tahun Baru.Laporan Kosmo [2 January 2009]

Mat Zahari Ali pengunjung di Bukit Bintang memberitahu Harakah ketika ditemui pada malam sambutan Tahun Baru bahawa sambutan pada malam itu sangat menjijikkan apabila beribu-ribu pengunjung yang datang ke situ dapat menyaksikan satu tarian wanita separuh bogel di Yegas Club berhampiran Times Square pada jam 11 malam. Mereka menari dan melalak seperti hilang aqal setelah meminum arak dan berhibur secara keterlaluan. Jijik dan lucah. Sementara itu Ketua Pemuda DAP [2004] Teng Chan Kim berkata: "Malaysia sepatutnya sudah meninggalkan budaya menyambut hari besar dengan hiburan semata-mata". Laporan Harakah [2 January 2004]

b] Sambutan Hari Kekasih

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja [KEWAJA] Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu lupa diri ketika menyambut Hari memperingati Kekasih. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam kemudian mengambil pil khayal sehingga mereka berzina lalu hamil . Utusan Malaysia [ 10 februari 2007 ]

Pengarah Kem Modal Insan KEWAJA Yahaya Mohamed Yusof yang telah mengendalikan 3000 kes mengandung luar nikah sejak 1998 berkata: Kira-kira 50 peratus daripada mereka adalah pelajar sekolah menengah atas dan IPT dan diakui bahawa setiap kali tiba musim perayaan [sambutan], kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu. Utusan Malaysia [ 10 Februari 2007 ]

Baru-baru ini satu lagi kecelakaan sempena sambutan hari kekasih, apabila satu kempen "No Panties" sempena sambutan Hari kekasih dilancarkan dalam negara kita. Untuk apa sambut Hari Kekasih tanpa seluar dalam ni ? kalau tidak merancang untuk melakukan maksiat ! Laporan Harian Metro [ 14 Feb 2010 ]

7. Ya Allah! banyak lagilah bukti dan laporan atau statistik yang boleh ditulis. Tapi cukuplah saya tunjukkan 2 atau 3 fakta tersebut dan lihat sahajalah pada angka yang terlibat sudah cukup meresahkan dan membuktikan ianya suatu yang parah. Kalau tak cukup lagi, lain kali lah saya tulis. Mungkin lepas Ramadhan nanti sebab masih banyak ibadah khusus yang saya mahu lakukan. Mungkin juga sahabat-sahabat boleh tolong sambung. Semua orang tahu lah perkara ini atau ada orang sengaja buat-buat tidak tahu. Apa boleh buat !

8. Lagipun pagi ini saya nak berlepas ke Kedah untuk menyertai Munaqasyah ucaptama Dewan Pemuda PAS Pusat di Zon Utara [ Kedah dan Perlis ]

9. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan Sidang Meja Bulat bersama dengan Ngo-Ngo dan parti-parti politik yang lain untuk membincangkan perkara ini bagi membantu negara menyelesaikan krisis sosial dan moral yang dahsyat ini pada 22 August 2010 jam 2.00 pm di Anjung rahmat Gombak.

10. Selamat berpuasa. Ramadhan Kareem!

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Kakchik juga mempunyai pandangan yang serupa dengan Ust. Din pasal sambutan-sambutan itu antara punca menanahnya gejala zina di negara kita ni. Terlalu banyak laluan mendekati zina yang tidak dipandang berat oleh kita. Sedangkan Allah pesan dengan begitu tegas, LA TAKRABUZZINA! Jangan engkau mendekati zina!

Saban hari bunga-bunga zina itu ada di mana-mana yang  menggoda kita untuk menjadi mangsanya. Pandangan mata, berdua-duaan, berpegangan tangan lelaki perempuan sedangkan bukan mahram, membonceng motorsikal atau menumpang kereta berdua saja, dating, berbuka dengan kekasih, outing dengan buah hati, shopping dengan si dia, ke kuliah agama dengan 'baby' dan seumpamanya. Itu semua adalah bunga-bunga zina.

Marilah kita tolong selamatkan masyarakat ini dari terus tenggelam dengan zina. Dosanya bertimbun-timbun.


Imej kedua dari: Kompasiana

8 comments:

  1. Setuju Kak Chik...dunia sekarang penuh cabaran dan cubaan yang betul-betul menguji ketahanan diri...

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Betul dan sokong artikel ini 300%. Sekarang ni menteri sibuk dok buat kempen seks sihat bagi elak penyakit kelamin terutama HIV dan aids, iaitu kalau nak seks kena pakai kondom. Bukannya nak larang wat seks dengan pasangan sah. Bunyi macam pelik pulak idea orang sekular ni hu h uhu tapi, memang pelik pun

    ReplyDelete
  3. Masalahnya bila kerajaan kita ni enggan mengaplikasikan undang2 Islam..Terlalu berpegang kepada hukum barat, sekular. Bila bersalah denda dan penjara..Mana pesalah akan serik..Cuba buat hukum mengikut undang2 Islam, sebat, rejam sampai mati..Takutlah remaja2 tu...

    ReplyDelete
  4. salam kak chik,
    bimbang kalau2 bala Allah menimpakita disbbkan maksiat berleluasa..bala xkenal siapa mangsanya..

    ReplyDelete
  5. terima kasih elly. kita sama-sama sokong pandangan ust din tapi kerajaan kita kurang setuju.

    ReplyDelete
  6. wkslm anyss. mungkin mereka tak nampak yang masalah ini kena selesaikan puncanya. yang cuba dibuat itu kebanyakannya hanya boleh menyelesaikan di bahagian efek saja. akar tetap rosak.

    ReplyDelete
  7. betul kak azah. begitu juga dengan penggunaan istilah. patutnya zina, gunalah zina, kenapa nak guna terlanjur? dosa pahala mana ada sebut dalam media, patutnya disebut biar gerun orang mendengarnya. baliklah kpd undang2 syariah yg sebenar, itu yang Allah buat, itulah yg terbaik.

    ReplyDelete
  8. wkslm miza. Allah bila diturunkan bala, Dia tak kira orang jahat atau orang baik, semuanya kena. itu yg kakchik bimbang. kakchik tak tahu dalam kategori mana diri ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs