Followers

25.8.10

Bagaimana nak istiqomah menutup aurat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar hari ni? Semoga semuanya ceria-ceria selalu hendaknya. Kakchik hari ni dari pagi hingga ke Zohor asyik menaip data buku-buku sampai naik lenguh jari-jemari. Alhamdulillah dah 70% siap dan insyaallah by this afternoon semuanya akan siap sepenuhnya.

Tak sempurna lagi.
Sementara tu kakchik ambil masa untuk berehat sebentar sambil mengemaskini blog buat kali pertama untuk hari ni. Komen-komen teman-teman di entri terdahulu masih ada yang kakchik belum sempat balas. Insyaallah bila balik ke rumah petang nanti, kakchik akan balas satu persatu.

Baiklah, kali ni kakchik nak tulis sikit tentang soalan di atas. Dah banyak kali juga ada orang bertanya kakchik tentang hal ini. Oleh kerana kakchik bukanlah scholar atau ahli agama, kakchik mengambil masa untuk menulis tentang hal ini.

Tapi kakchik tulis mengikut ilmu yang sedikit ini dan juga pengalaman hidup selama 36 tahun yang dipinjamkan Allah kepada kakchik. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Baiklah, untuk memastikan diri terus istiqomah dalam menutup aurat ni pertama sekali kita kena faham KONSEP AURAT. Apa yang kalian faham tentang aurat? Oklah, kakchik rasa majoriti tahu aurat itu bagi seorang wanita ialah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Itu tafsiran mudahnya mengikut ayat dari Surah an-Nur ayat 31.

Juga tak sempurna.
Jadi, mudah sangat konsepnya, TUTUP SELURUH BADAN kecuali muka dan tapak tangan. Sekarang ni tanya diri masing-masing, "Aku ni dah tutup seluruh badan ke?"  Kalau ya, alhamdulillah... lepas satu tahap.

Ok, sekarang kena fahamilah pulak, bila perbuatan ini ada dalam Quran, maknanya ia suruhan Allah. Suruhan Allah adalah WAJIB. Bila buat dapat PAHALA, tak buat BERDOSA. Penting kena ingat ialah BERDOSA kalau TAK TUTUP AURAT.


Lepas tu kena faham pulak, tutup aurat ni pakai apa pun boleh ke? Haaaa.... kat sinilah yang ramai orang keliru. Kena tahu, syariat dah pun memberitahu kita akan kriteria-kriteria pakaian menutup aurat ni. Kalau masih juga tak tahu, baiklah kakchik senaraikan kat sini. Senarai ni belum lengkap ya.
  • tidak nipis
  • tidak jarang
  • menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
  • tidak menampakkan bentuk badan
  • tudung dilabuhkan ke bawah paras dada
Manis menutup aurat.
Jadi, kalau dah tahu, kenapa masih juga pakai baju t-shirt lengan pendek?  Memang sangat tidak kena bila kepala bertutup dengan tudung tapi bajunya lengan pendek menampakkan lengan. Pas tu bajunya pula kecik, kadang-kadang melekat di badan, menampakkan cembung dadanya, lekuk pinggang dan kecik atau besar pinggulnya. 

Jadilah usaha nak tutup aurat TIDAK SEMPURNA. Maka, bila tak sempurna, SIA-SIAlah ia. Pahala tak dapat, malah DOSA pula yang kita kumpul.

Sempurna

Ok, ok, kita kembali kepada cara nak istiqomah menutup aurat. Segalanya terletak pada diri kita sendiri. Bila kita tahu dan sedar yang kita ini makhluk Allah dan satu hari kita akan mati, dan akan disoal-siasat di hadapan seluruh manusia. Di situlah titik penting yang membuatkan kita akan rasa, "aku kena tutup aurat dengan sempurna." Bukannya susah pun... hanya perlu pakai baju yang kena dengan syarat kat atas tu je.

Tak gitu?

21 comments:

  1. salam kakchik, lama tak jenguk blog kakchik ni...

    saya pun belum sempurna sepenuhnya, belajar utk beristiqomah terutama tang stokin.

    ReplyDelete
  2. Salam kak chik,

    Akak tertarik sungguh membaca article sebegini kerana ianya mengingatkan diri akak supaya senantiasa beristiqomah menutup aurat. Walau bagaimana pun kekadang lidah akak tidak terkeluar menasihati kawan2 yang beranggapan bahawa mereka menutup aurat tetapi bentuk badan jelas kelihatan ramping dan slimnya. Bentuk dada besar dan kecilnya jelas kelihatan walaupun mereka bertudung. Alasan yang diberi oleh mereka, suami suka dan menyuruh mereka berpakaian demikian. Akak rasa tiada suami yang menyuruh isteri mereka berpakaian menyerlahkan bentuk badan kecuali si isteri yang memang suka berpakaian demikian. Waallah hu'alam. Akak seorang insan yang masih belajar.

    ReplyDelete
  3. salam
    kakchik...kdg2 akak pun heran,para suami tak tegur ke si isteri yg berpakaian tak cukup kain...serius..malu tgk tp suami depa relaks ja...

    ReplyDelete
  4. wkslm wan. takpe... kakchik tak kecik hati. lagipun wan pun busy dgn pelbagai urusan juga.
    stokin tu kalau keluar rumah, kena biasakan diri. tapi kalau pakai but yang tinggi menutup sampai ke atas buku lali, tak pakai stokin pun takpe sebab kaki dah tertutup.
    tapi nak selamat, pakailah stokin. selamat berusaha utk istiqomah wan.

    ReplyDelete
  5. wkslm kak azah.

    nak beramal makruf nahi mungkar tak semuanya senang kak. teruskan usaha akak, insyaallah lama-lama diorang dah takde alasan dah. betul ke suami yang suruh tu... atau suami tak kata apa. ada ustaz kata kalau suami tak kata apa lihat isteri dan anak2 perempuan buka aurat, itu suami DAYUS. kita sama-sama berdakwah kak sebanyak mana ilmu yang ada, kita cuba. Insyaallah Allah bersama kita.

    ReplyDelete
  6. Wkslm kak kam. Suami pun mungkin tak faham juga pasal aurat ni kak...

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Kakchik,
    Saya pernah ditanya oleh seorang bukan muslim "mengapa perempuan islam pakai tudung macam2 cara? mana satu yang betul?"

    Maksud kawan bukan islam saya itu adalah; mcm2 gaya pakai tudung ada. Macam contoh yang kak chik tunjuk pun ada, ada yang pakai tudung tapi pakai skirt, pakai kebaya, baju jarang mcm kelambu tapi pakai tudung dll lagi. Pening kepala nak menjawabnya masa tu...

    ReplyDelete
  8. wkslm anyss.
    kalau next time ada lagi non-muslim yang tanya gitu, anyss boleh jawab macam ni.
    "tutup aurat tu wajib, hukumnya rigid tak boleh nak ubah. TAPI cara nak tutup aurat tu fleksible.. nak pakai cheongsam pun boleh asalkan syarat2 pakaian menutup aurat tu dipenuhi. yg pakai macam2 gaya tp tak cukup syarat tu agaknya belum faham pasal aurat w/pun dah lama Islam."

    ReplyDelete
  9. salam kakchik..
    rose singgah sebentar
    isu yang sgt menarik dan dikupas dgn santai tp mantop!bagus kakchik ku:)

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Kak cik,
    Sayang betul rakan bukan islam saya itu tidak sempat ditarik dan mendapat hidayah untuk hidup dalam Islam hanya kerana dia ragu-garu dengan masyarakat islam sendiri yang tidak hidup berlandaskan nilai-nilai Islam. Sekarang dia sudah berkahwin dan berhijrah ke penang, bertemu suami tercinta dalam gereja. Semua ilmu pasal islam dia tahu termasuk bab poligami, hanya belum mendapat hidayah Allah.

    ReplyDelete
  11. salam kak chik,
    sesuai... saya baru je lepas keluarkan memo kat ofis ni tentang aurat. bila bulan puasa makin hebat dedah aurat, pakai ketat. geram, tapi kesian juga kat org2 mcm ni. semoga Allah tetapkan hati kita. saya pun masih belum istiqomah bab stokin, tapi mesti kuat terus buat! :)

    satu lagi kan kak chik, kenapa sekarang nak buka blog kak chik ada warning 'may harm your computer', ye?

    saya nak share post kak chik ni ye... tq... :)

    ReplyDelete
  12. wkslm rose. terima kasih rose. alhamdulillah kalau rose rasa santai. kakchik nak lari dr ai jadi akademik macam berleter pulak.

    ReplyDelete
  13. wkslm anyss.
    takpe... Allah belum izinkan dan belum bukakan pintu hatinya.
    kalau dah sampai hidayah Allah tak nanti dia tahu macam2 pasal Islam, cukup dengan membaca terjemahan al-Fatihah pun dia boleh beriman.
    anyss boleh doakan dia agar Allah beri hidayah. macam yg tok khatib di penang doakan agar Allah beri hidayah kat guan eng. hehe bising satu negara.

    ReplyDelete
  14. wkslm ratna.
    cabaran nafsu di bulan puasa ni kuat. masa ni lah kita boleh buat penilaian diri.
    semoga mereka insaf dari berpakaian tapi telanjang.

    pasal warning tu, ada network yg kakchik sertai tu ada malware, dah berjangkit ke sini.

    sila, sila.

    ReplyDelete
  15. salam kak chik,

    alhamdulillah trima kasih byk2 buat nules topik ni..mmg lov sgt2 perlukan ransangan dan nasihat yg sbegini..

    lov ambl bln ramadan ni utk blaja mnutup aurat sepenuhnya dan hrp2 dr bln ni juga la lov akn troskn usaha ni..

    mule2 pakai tudung labuh rsa mcm malu sgt..coz ramai kwn2 lama asyik jeling2 je..then ramai yg tgo..lov ni buang tebiat ke.. br balik haji la..n mcm2 lg..

    berkat nasihat suami n coretan kakchik buat lov kuatkn semangat ni..

    thnks skali lg..smoga allah sntiasa memberkati kak chik..

    ReplyDelete
  16. wa'alaikummussalam lov.
    sama-sama lov. entri ni kakchik tuju khas utk lov sbg jwpn kpd soalan yg lov hulurkan sblm ni.
    tahniah kakchik ucapkan kerana lov berani melawan arus semasa. di zaman ini bila bertudung kecil menjadi besar ramai yg pndg pelik. jika sebaliknya, takde sapa nak kisah.
    semoga lov akan istiqomah walau apa dugaan yg dtg. suami pun sokong, kakchik pun sokong, Allah yang suka.
    terima kasih lov.

    ReplyDelete
  17. nice article...mohon share kat FB ain ye kak..ingatan utk diri sendiri dan kawan2....tq...

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum . Tatau blog ni still activ or tak . Yana masih tadapat lg cara na istiqomah yg kakchik sebut . Bab baju . Alhamdulillah dah longgar sejak jd wife somebdy . Tudung cuma labuh ngam-ii bawah paras dada . Adakah kira tutup aurat smpurna ? Niat jugak na pakai tudung lebih labuh . Tp rasa mcm ta mampu na istiqomah . Sbb Yana sdiri baru setaun mula pakai tudung . Ada nasihat utk Yana ?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs