Followers

24.1.13

12 Rabiul Awwal 1434 Hijrah : Sudah 12 Tahun

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Terima kasih ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Berkat rahmat-Mu bahtera rumahtangga kami hari ini sudah masuk tahun ke-12. Terima kasih kerana sentiasa melindungi bahtera kehidupan dua orang insan ini. Suatu perjalanan yang ada pelbagai suka-dukanya. Hari ini? Aku serahkan kepada-Mu ya Allah. Moga bahagia jua yang Engkau limpahkan.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-12 Suamiku!





Aku doakan sepanjang kita hidup bersama, dirimu lebih banyak menikmati kebahagiaan berbanding kedukaan. Walau isterimu ini jauh dari sempurna dan selalu saja membuatkan hidupmu diuji, aku tetap mendoakan dirimu setiap hari terasa bahagia dan bermakna menjadi seorang hamba Allah yang punya seorang isteri, miliki kerjaya yang memuaskan hati dan mampu berbakti kepada kedua orang tuamu dengan gembira.


12 Rabiul Awwal 1434H, 12 tahun membina hidup.

Sering aku bertanya pada diri, "Adakah aku telah melaksanakan amanah sebagai hamba-Nya dan sebagai seorang isteri dengan sebaik-baiknya?" "Apakah kebaikan pada diri dan kebaikan kepada orang lain yang telah aku lakukan?" Aku sebenarnya takut, takut hidup ini semakin meningkat usiaku semakin aku jauh dari-Mu ya Allah. Tolong selalu pandu aku agar sentiasa di atas jalan-Mu ya Allah.

Meraikan Cinta. Hanya dengan usaha dan doa.

Semoga suamiku sentiasa sihat tubuh badannya. Semoga suamiku sentiasa kuat untuk solat berjemaah 5 waktu di masjid. Semoga suamiku sentiasa seronok ke majlis-majlis ilmu. Semoga suamiku taat berkhidmat kepada kedua ibu bapanya. Semoga suamiku sentiasa bertanggungjawab ke atas dirinya dan diriku. 

Semoga suamiku sentiasa penyayang dengan keluarga dan kanak-kanak. Semoga suamiku sentiasa pemurah dengan senyuman, pemurah dalam kebajikan. Semoga suamiku sentiasa membimbingku agar mencintai nabi dan perjuangan menegakkan agama Allah sepanjang hayatku. Semoga suamiku sentiasa menjadikan Allah dan RasulNya sebagai yang paling utama dalam hidupnya.

Aku mencintaimu kerana Allah.

Ya Allah ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosaku. Ampunkanlah dosa-dosa suamiku. Ampunkanlah dosa-dosa kami sama ada yang telah dilakukan atau yang akan datang. Ampunkanlah ya Allah. Sesungguhnya aku hamba-Mu yang sangat lemah, memohon belas ehsan-Mu agar menetapkan imanku di atas jalan-Mu. Melindunguku dari bisikan-bisikan syaitan yang membolak-balikkan hati dari jalan keimanan. Aku mohon Engkau memberkati perkahwinanku, rumahtanggaku dan kehidupanku sehingga akhir hayatku. Aku lemah dan aku tahu hanya Engkau Yang Maha Mendengar segala bisikan hatiku. Aku hamba yang sentiasa menzalimi diri sendiri tapi aku mohon rahmat-Mu agar mengampunkan dosa-dosaku dan dosa-dosa suamiku. Bimbinglah aku dan suamiku agar sentiasa berada di atas jalan-Mu. Jauhilah kami dari syaitan yang direjam. Hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kami, Muhammad Sallallahu 'alaihi wa Sallam.

Amin. Amin ya Rabbal alamin.

Salam Maulidur Rasul. Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad ya Rasulullah.

21 comments:

  1. Selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 12 Kakchik.. semoga cinta kalian kekal hingga ke syurga.. Semoga semua doa kakchik dihari berbahagia ini dimakbulkan Ilahi..

    ps: tarikh ulang tahun kita sama, harini ulangtahun kami yg k2 10 tahun hijrah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zefa NorAsmara. Moga Allah kabulkan doa Zefa. Kakchik doakan perkahwinan kalian berdua sentiasa diberkati Allah SWT. Amin.

      Zefa pun ikut tahun hijrah jugak ya?

      Delete
  2. Selamat ulang tahun...
    Moga Allah kasih dirimu & keluarga.

    Salam Maulidur Rasul.
    (^__^)y

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Chik,

    Selamat ulang tahun perkahwinan. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT, dipanjang usia perkahwinan dan berbahagia selalu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm wr wbt Ummu Madihah.
      Jazakillahi khairan kathira :)
      Moga Allah kabulkan.

      Delete
  4. Assalamualaikum wbt kak Chik..
    Selamat ulang tahun kakchik..
    Entah kenapa nor baca entry ni nor rasa sayu.. terharu dan gembira..

    Moga ALLAH kakchik suami isteri di rahmati ALLAH. di beri kesihatan yang baik dan di kurniakan ALLAH kebahgiaan dunia akhirat..

    Salam Sayang,
    Nor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam warahmatullah wabarakatuh Nor.
      Jazakillahi khairan kathira dik.
      Hehe... mungkin perasaan tu hadir sebab semasa kakchik menulis ni kakchik menangis.
      Amin, amin ya Roobal alamin.

      Delete
    2. Nor merasainya kakchik ,betapa tinggi dan mekar cinta kakchik ^^,) ALLAH.. muga di kekalkan hingga ke jannahNYA.. muga kekal kasih cinta DI SANA..

      Ia lahir dari hati , pasti hati juga yang merasa . cewaahh berpujangga pulak hehe..

      Delete
  5. Selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 12 kak cik.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah...

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah panjangkan jodoh Kakchik dan suami sampai ke syurga. Selamat ulang tahun perkahwinan..:)

    ReplyDelete
  7. Amin. Mudah-mudahan segala doamu akan dimakbulkan oleh Allah.

    Selamat menyambut Ulangtahun Perkahwinan yang ke-12 buat Kakchik dan suami. Semoga Kakchik dan suami akan berbahagia hingga ke syurga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillahi khairan kathira Nur.
      Dah lama kakchik tak jenguk Nur.
      Semoga Nur dan suami juga sentiasa diberkati Allah SWT.

      Delete
  8. Happy Anniversary kakchik...bercintalah hingga sampai ke syurga.

    ReplyDelete
  9. Salam Ziarah, semoga tuan empunya blog ini senantiasa berbahagia di samping En Suami dan di dalam pelukan rahmat Allah.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah tahniah kakchik dan en suami..

    sudah pnjg perjalanannya semoga berkekalan hingga ke syurga

    semoga segala yang dihajati termakbul akhirnya..

    Alhamdulillah..hppy 4u kak..

    ReplyDelete
  11. Salam kak chik,
    Selamat menyambut ulangtahun menyatukan cinta dan kasih. Moga bahagia ke akhir hayat hendaknya dan tercapai segala impian kak chik dan suami. :)

    ReplyDelete
  12. I have really liked the ideas presented in this article. It is highly insightful, and beneficial with unique ideas that classify best support with any such requirements.


    non woven bags

    ReplyDelete
  13. Sayu baca entry ni.. I thing I am so far from being a good wife.

    Harap Allah akn masih beri kesempatan . Untuk berusaha perbaiki diri..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs