Followers

18.2.10

3 Penzina Wanita Disebat

3 wanita disebat

Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my


PEGAWAI Jabatan Mufti Negeri Pahang menunjukkan cara sebatan kes peminum arak dan zina pada satu seminar di Kuantan, baru-baru ini.

Kumpulan pertama jalani hukuman ikut undang-undang syariah: Hishammuddin

PUTRAJAYA: Tiga wanita yang disabitkan dengan kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah, menjadi kumpulan wanita pertama menjalani hukuman sebat mengikut undang-undang syariah di negara ini.

Pelaksanaan hukuman itu dijalankan di Penjara Wanita Kajang pada 9 Februari lalu dengan disaksikan 13 orang termasuk Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan serta pegawai dari Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dua daripada wanita itu dikenakan enam sebatan, manakala seorang lagi empat sebatan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 23 (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 antara Disember 2009 hingga Januari lalu.

Sambil merujuk kebimbangan sesetengah pihak berhubung hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang belum dilaksanakan, beliau menegaskan sebatan terhadap tiga wanita itu tidak langsung mendatang kecederaan.

"Dari segi pelaksanaan dan kebimbangan orang ramai kononnya apa yang berlaku (hukuman) tidak berperikemanusiaan dan mencederakan, tidak berasas dan hanya digembar-gemburkan sedangkan apa yang dilihat tiada kesan kecederaan langsung.
"Berdasarkan temubual dengan tiga pesalah wanita itu, didapati bahawa mereka reda, insaf dan bertaubat dengan hukuman yang diterima.

"Walaupun sebatan tidak mendatangkan luka pada badan, mereka mengakui ia mendatang kesan yang mendalam kepada diri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini, semalam.

Beliau berkata, seorang daripada wanita itu sudah dibebaskan Ahad lalu selepas menjalani hukuman penjara sebulan, seseorang lagi akan dibebaskan hujung bulan ini manakala pesalah ketiga Jun depan.

Selain tiga wanita terbabit, katanya, empat pesalah lelaki turut dikenakan hukuman enam sebatan pada hari sama pada jam 10 pagi. Tahun lalu, keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman enam sebatan terhadap Kartika Sari kerana kesalahan meminum arak, mencetuskan kontroversi sehingga menyebabkan hukuman berkenaan terpaksa ditangguhkan sehingga hari ini.

Beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan hukuman itu yang didakwa sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan walaupun Kartika Seri sendiri rela untuk dikenakan sebatan.

Hishammuddin berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama dan kehakiman syarie dalam melaksanakan hukuman itu.

"Saya berharap isu ini tidak disalah erti sehingga mencemarkan kesucian Islam. Hukuman berkenaan adalah untuk mendidik dan memberi keinsafan supaya mereka yang terlanjur dapat kembali ke pangkal jalan dan membina hidup baru yang lebih baik," katanya.

NOTA KAKCHIK:

Semoga bukan mereka sahaja yang insaf tapi kita semua turut insaf dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai anggota masyarakat yang prihatin. Sama-samalah kita ingat-mengingati agar DOSA seperti ZINA ini tidak berleluasa di kalangan kita terutama di kalangan anak-anak remaja.

17 comments:

  1. Salam,

    Heran kan kak chik? Hukuman islam yang dilakukan utk tujuan mendidik pesalah dan org lain yg melihatnya dikatakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.kalau nak tahu hukuman sebat sivil lagi kejam, tangan diikat, dalam keadaan bogel, tangan tukang sebat diangkat tinggi, pujulannyer na'udzubillah, tanggal daging2, tapi takde saper pun cakap hukum tu tak berperikemanusiaan. atas nama islam, sumenya salah... apalah umat zaman ni... ni sume keja orientalis n org islam yg suka ikut telunjuk orientalis macam sisters in islam tu...

    ReplyDelete
  2. alhmdulillah, semoga ia menjadi permulaan yg baik untuk perlaksanaan hudud seterusnya, insya-Allah

    ReplyDelete
  3. kak chik, sy pun tgk kes kartika tu belum setel2 lagi..siap ade human activist nak defend n mintak batalkan , tukar hukuman lain, padahal pesalah dah merelakan..susah nya kita nak tegakkan hukum Islam di negara yang dikatakan negara Islam..

    ReplyDelete
  4. pelikkn manusia ni. hukum Allah yg dh trmaktub ditolak sewenang2nya...ttp yg lebih pelik, org2 yg xbrkenaan lak sibuk sdgkn yg pesalah redha menerimanya.

    ReplyDelete
  5. salam kak chik,
    bagus juga ada yg mahu tegakkan perkara yg betul. moga jadi tauladan

    ReplyDelete
  6. kenapa telalu susah bila nak laksana hukum Allah???

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikummussalam Areef.
    Begitulah bila mana manusia itu hidup mendambakan dunia bukan akhirat. Yang ditakuti ialah manusia bukannya Allah.

    ReplyDelete
  8. kaknik, insyaAllah... semoga tercapai juga cita-cita tu suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  9. Catlina, mereka yang nak meringankan hukuman tu sebab mereka lihat hukuman itu sbg zalim berdasarkan cerita2 atau gambar2 yang pernah disebarkan di media. Hakikatnya mereka tidak tahu dan tidak faham.

    ReplyDelete
  10. kak nza, nak buat macamana kak? masih ramai yang tak yakin dengan hukum Allah.

    ReplyDelete
  11. wa'alaikummussalam nur.
    kalau kerajaan betul-betul buat kerja, insyaAllah jenayah begini sudah lama ditangani.

    ReplyDelete
  12. ~O~ jawapannya terletak di tangan kita.

    ReplyDelete
  13. salam kak chik..akak pun tak berapa gemar org dtg ke sb..pastu mcm memaksa kita suruh kliklah..suruh follower dialah..
    kalau malaysia ni boleh ikut undang-undang islam macam kat acheh tu insyallah tak adalah lagi cerita bayi di buang merata-rata.

    ReplyDelete
  14. pasangannya tak kena sebat sekali ke?confius pula bila bc brita ni..

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikummussalam kak ina.
    Memang rasa geramlah juga kan kalau selalu sangat tengok mesej cam tu. Rasanya copy paste je ke serata blog yang diterjah.
    Kalau nak kira pelaksanaan hukuman seba tu belum betul2 Islamik sebab hanya beberapa orang saja yang tengok. Orang tak mau ikut kak... yang di Acheh ada contoh pun diorang kata macam-macam.

    ReplyDelete
  16. Hamizah, soalan yang bagus! Kita hairan kan kenapa tak dilapor pun pasal pasangan zina pesalah-pesalah ni. Mereka terlepas ke?

    ReplyDelete
  17. salam
    betol tu hamizah
    naper sibuk berkokok nak sebat perempuan
    sbb tu SIS sibuk berkokok jgak
    adakah diorg ni ada pakatan tentang hukuman "merotan"
    adakah saja nak tonjolkan ketidakadilan supaya org label tak adil

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs