Followers

16.7.10

Harta Punya Pasal, Bapa Saman Anak Kandung

Astaghfirullahalaziim... apa nak jadi dengan anak-anak sekarang. Kerana berebut harta bapa yang masih lagi hidup, mereka sanggup berbuat apa saja hatta mengurung bapa mereka semata-mata untuk memaksa beliau menandatangan surat penyerahan harta. Kenapalah saban hari kes-kes anak derhaka ni semakin banyak.

Sehari dua lepas bapa saman anak kerana cucu juga kes anak derhaka. Dan hari ini kes harta pula. Mashaallah...  kita lihat di akhir zaman ni memang benar berlaku ibu bapa melahirkan 'tuannya'. Orang tua sudah tidak dihormati lagi bahkan dibuli dan dizalimi.

Mari kita baca laporan di akhbar Sinar Harian ni:

Bapa saman tiga anak tuntut ganti rugi RM2j

SHAH ALAM – Seorang bapa memfailkan saman menuntut ganti rugi lebih RM2juta terhadap tiga anak lelaki kandungnya setelah mendakwa dikurung dan dipaksa menandatangani surat akuan untuk serah harta.

Baharom Long, 85, memfailkan saman itu melalui peguamnya, Muhd Azmi Talib di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Dalam saman itu Baharom selaku plaintif menamakan tiga anaknya, Md Hanafiah, 55, Zakariah, 52, dan Musa, 50, sebagai defendan. Selain defendan, dua lagi anak plaintif ialah Roslan, 48, dan Azizan, 44.

Melalui pernyataan tuntutan, pesara Keretapi Tanah Melayu itu mendakwa dikurung dalam rumah dengan tingkap serta pintu berkunci dan dipaksa menandatangani satu surat tidak diketahui kandungannya sekitar November 2007.

Menurut plaintif (dalam saman), sekiranya enggan menandatangani surat itu dia tidak dibenarkan untuk melangsungkan perkahwinan.

Setelah mendapat salinan surat itu, plaintif mendapati ia adalah surat akuan bersumpah mengenai pembahagian dua lot tanah miliknya dan juga arwah isteri yang meninggal dunia 10 tahun lalu, Maimunah Husin.

Dua lot tanah yang didakwa itu masing-masing di Selayang Baru dan Kampung Nakhoda, Batu Caves.

:Plaintif mendakwa ketiga-tiga anak lelakinya itu bertindak di luar batasan undang-undang dan kemanusiaan, menipu dan memanipulasi kedudukannya dengan memaksanya menandatangi surat akuan bertarikh 3 Disember 2007.

Akibat perbuatan anaknya itu, warga emas itu mendakwa mengalami tekanan emosi, perasaan dan trauma serta sering ketakutan sekiranya berseorangan di rumah.

Plaintif mendakwa terpaksa berulang alik ke hospital menerima rawatan psikologi akibat trauma teruk itu dan memakan ubat bagi mengurangkan ketakutan yang menyebabkannya kerugian wang ringgit.

Bapa yang menyambut hari lahirnya semalam menuntut antaranya ganti rugi teladan dan teruk masing-masing berjumlah RM1juta, ganti rugi khas RM16,000 serta faedah lapan peratus untuk setiap ganti rugi.

Pada masa sama Baharom memohon perintah mahkamah supaya mengisytiharkan bahawa surat akuan itu sebagai tidak sah.

Plaintif hadir ditemani anaknya, Roslan.

Bertuah punya anak! Berdasarkan laporan akhbar ni memanglah cerita sebelah pihak saja tapi macamana sekalipun seorang anak tidak boleh menzalimi ibu bapa, dilarang agama. Nak kata UH pun tak boleh, inikan pula mengurung dan memaksa. Astagfirullah... tidak takut mati dan tidak takut Tuhan sungguh mereka ni.

Marilah kita sama-sama beringat, sayangilah ibu bapa kita juga ibu bapa mertua kita kerana pahalanya bukan sedikit. Sebagai orang muda juga sebagai anak, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jika ibu bapa kita beri, kita terima dengan syukur. Janganlah kita sanggup memaksa mereka yang sudah tua itu. 

Jika mereka terasa hati dan tidak redha, bagaimana nak mengucap bila nazak nanti? Allahu'alam.

16 comments:

  1. allahuakbar...ya allah..
    naper lah jd mcm tu...
    dunia didahulukan..
    ibubapa jd taruhan..
    ya allah lindungilah kita semua...

    ReplyDelete
  2. uishhh apa nak jadi la skrg ni kan kak.. mintak djauhkan dr ahli keluarga kiter.. mashaAllah!

    ReplyDelete
  3. Tak malu punya anak.. Harta2 tu sume hasil penat lelah dia semasa kerja d KTM dulu. Ish..! Ish..! Ish..! Sedap2 je dia kurung bapak dia dek kerana tanah 2 bidang tu.. mmmmmmm.

    ReplyDelete
  4. kak zaa, sedih kan bila baca berita macam ni. kita doakan anak2 tu segera insaf dan mohon ampun dari ayah mereka. kalau dia mati dalam keadaan tidak redha... entah la.

    ReplyDelete
  5. kakchik pun tak tau nak kata dah hana. kes anak derhaka ni menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  6. Memang anak tak malu tu kak lis. Tau nak makan harta bapak je... Bukannya nak berlembut tapi dizalimi pulak. Geram kan k.lis?

    ReplyDelete
  7. isk! teruknya..I nak mintak air coke setin kat bapak I pon takut....isk isk isk....

    ReplyDelete
  8. net, kita punya segan nak minta-minta kat ayah kita depa pulak main kurung lagi ayah yang berusia tu. bahasa kasarnya diaorang tu kurang ajarlah kan?

    ReplyDelete
  9. ini dah kes ke-3 ayah saman anak sendiri kan...

    saya pasti ayah takkan saman anaknya/gunakan mahkamah, jika anak baik dengan mereka...

    ReplyDelete
  10. setakat pengetahuan kakchik, ini kes kedua wan. mungkin ada yang kakchik terlepas pandang.

    kakchik pun setuju dengan pandangan wan tu.

    ReplyDelete
  11. na'uzubillah....
    harap2 saya dan anak2 xla jadi mcm anak2 dia ni kan kakchik?...

    ReplyDelete
  12. fmina, kita usahakan dan doakan agar kita dan anak-anak tidak menzalimi ibu bapa kita.

    kisah pakcik ni belum jelas dari banyak segi tapi sebagai anak, yang tua didahulukan selagi mana tidak bertentangan dengan hukum Allah.

    ReplyDelete
  13. Kalau dulu, banyak juga kes seperti ini. Ingatkan sudah tiada, tapi terkejut bila keluar di berita mengenai pakcik tua ni. Kesian sangat. Betul kata, Kak Chik. Memang kita dengar dari sebelah pihak je, tetapi sebagai anak, tidak sepatutnya bertindak di luar batasan, menderhaka, menzalimi orang tua begitu sekali. Mereka lemah dan there are always ada cara lain untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik.

    Semoga Allah SWT melindungi kita semua, anak-anak yang soleh daripada melakukan kejahatan seperti ketiga-tiga anak derhaka tersebut.

    ReplyDelete
  14. Nisa', sama-samalah kita doakan hubungan mereka anak-beranak pulih selepas ini. Sedih betul kalau retak terus.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs