Followers

22.7.10

Perkongsian: Wahai Ayah dan Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni kakchik punya jadual yang agak padat jadi kemungkinan besar tidak dapat nak berlama-lama di blog atau di FB. Sebagai hidangan jiwa kita hari ni, kakchik ingin kongsikan satu puisi khusus untuk kita yang bergelar IBU BAPA. Puisi ini disalin dari blog seorang teman, Ummu Husna.

Gambar hiasan dari Photobucket deen_islam.

Wahai ayah dan ibu,
Didik anak perempuanmu,
Bukan sekadar cantik dan gaya,
Bukan untuk memukau mata jejaka,
Tetapi didik mereka rasa mulia,
Peribadi sopan bersulam malu,
Jati diri muslimah sejati, menarik cinta dan kasih ILAHI.

Wahai ayah dan ibu,
Didik anak lelakimu,
Bukan semata kuat dan kuasa,
Bukan sekadar tubuh sasa, tampan mempersona,
Tetapi didik mereka cemburu, kehormatan, dan bijaksana,
Kuasa ilmu penampilan muslim bertaqwa.

Wahai ayah dan ibu,
dari pancaran sinar mata anak-anakmu,
Kalianlah teladan, penunjuk jalan, arah pandu kehidupan,

Kadang bimbingan tidak perlu kata-kata,
Banyak ketika, panduan tidak perlu jutaan bicara,
Cukuplah tindakan, perkataan dan cara hidupmu mereka perhatikan,
Jika ingin anakmu hidup berakhlak dan berpedoman,
Hiduplah sebagai contoh ikutan!

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

Semoga kita dapat sama-sama berfikir sejauh manakah kita benar-benar memikul amanah sebagai ibu bapa Muslim.

6 comments:

  1. sedap puisi ni, kakchik... pedoman untuk kita semua..

    ReplyDelete
  2. salam kak Chik,

    Indahnya..tanggungjawab ibu dan bapa adalah sangat berat apatah lagi macam akak yang jadi ibu dan juga ayah kepada anak2 akak..

    ReplyDelete
  3. Menjadi ibu bapa generasi alaf 21 ini bukanlah sesuatu yang mudah.. malah sangat rumit..

    Lagi2 sekarang ini media massa memainkan peranan dan memberi efek yang sangat besar terhadap muda mudi..

    ReplyDelete
  4. dni, memang buat kita berfikir bila membacanya.

    ReplyDelete
  5. wkslm kak azah. memang benar kak. kadang-kadang ramai ibu bapa yang bersikap ala kadar dalam mendidik anak. akhirnya banyak masalah yang berlaku. beban t/jawab akak lagilah berat bila kedua-dua peranan kena dipikul. bersabarlah kak. insyaallah nanti akak dan suami dapat bersama semula.

    ReplyDelete
  6. shira, segalanya menjadi cabaran kepada Islam. bila ibu bapa tidak berperanan sebaik-baiknya, didikan anak-anak terutama akhlak Islam mudah terabai. dan segala anasir perosak akan mudah masuk mempengaruhi anak-anak i.e. media massa yg melaghokan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails