Followers

22.7.10

Tuah Seorang Amah

Majikan beri amah RM14 juta



GAMBAR menunjukkan apartmen yang dipercayai menjadi tempat tinggal Christine bersama majikannya di Singapura.



SINGAPURA - Seorang amah Filipina yang setia berkhidmat selama lebih 20 tahun menjadi jutawan segera kerana majikannya memberikannya sebanyak S$6 juta (RM14 juta) menerusi wasiat, lapor sebuah akhbar semalam.

"Sama ada memiliki atau tidak wang itu, saya merupakan amah yang paling bertuah di Singapura," katanya yang dikenali dengan nama Christine.

Berusia 47 tahun dan masih belum berkahwin, dia enggan mendedahkan identiti dirinya dan mahu dikenali sebagai Christine kerana bimbangkan keselamatannya di Filipina yang merupakan negara yang sering menjadi lokasi penculikan untuk mendapatkan wang tebusan.

Dia mendapat wasiat itu daripada majikannya yang juga seorang wanita, Dr. Quek Kai Miew yang meninggal dunia pada tahun lalu semasa berusia 66 tahun.

Kekayaan segera itu meliputi wang tunai dan sebuah pangsapuri mewah berhampiran pusat beli-belah Orchard Road.

Dia sangat rapat dengan majikannya.

Christine yang kini sedang memohon menjadi penduduk tetap Singapura menyatakan bahawa kekayaan itu tidak akan dapat mengubah gaya hidupnya.

Amah tersebut turut menjaga ibu doktor itu dan dia diberitahu akan menjadi seorang penerima wasiat yang sedang disediakan oleh majikannya pada 2008.

"Tidak ada rahsia di antara kami. Saya tidak terkejut apabila diberitahu berapa banyak yang saya akan perolehi" katanya.

Christine berasa kecewa setahun lalu apabila majikannya meninggal dunia.

"Kematian itu amat mengecewakan saya kerana tempoh saya bersama dengan doktor itu lebih lama daripada saya bersama ibu saya," tambahnya.

"Saya akan berasa sedih setiap kali saya teringatkan dia (majikannya)," kata amah tersebut. - AFP

=================================================

KakChik: Berbuat baik dan ikhlas, insyaallah dibalas baik.

10 comments:

  1. assalamua'laikum.
    rezeki dia buat baik kan kak chik. saya&husband pun gelak tadi bila dgr berita ni dlm kete.
    kalau kakchik dpt duit sedebuk gini kongsi dgn saya ya!

    p/s: sejak kakchik cite ada rfc di k.kerian, rindu benar saya nak balik.lambatnya raya haji!!!!huhuhu

    ReplyDelete
  2. salam kak Chik,

    Bertuahnya badan dia..betapa sabarnya dia dengan majikan dia sampai berpuluh tahun.

    Akak pernah ada maid tapi maid akak ambil kesempatan atas kebaikan akak dengan membuat business maid..Rumah akak jadi markas maid2 yang dia curi untuk bertandang..hehhee

    ReplyDelete
  3. rezeki amah tu...berkat ikhlas bekerja..dan menjaga ubu majikannye..kalau anak sendiri pun kadnag2 belum tentu boleh jaga mak /keluarga sendiri...

    ReplyDelete
  4. salam kak cik..tu kiranya rezeki dia kan..mungkin majikan dia puas hati sbb dia ni kerja dengan ikhlas.


    tak perlah kak chik bzzz..demi masa depan..

    teruk tul org tu anggap kak cik tkg sapu..tak ada manners kan..

    ReplyDelete
  5. salam kakchik,

    rezeki setiap orang memang berbeza2 kan..

    rezeki yang Allah nak beri, sememangnya tak pernah kita jangka.. Macam Amah ni..

    Tuah badan..

    Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu..

    =)

    ReplyDelete
  6. wa'alaikummussalam normi.

    memang dia sangat bertuah. kita ni kalau dapat sejuta pun tentu terkedu sakan, inikan pula 14 juta, huhu. bukan setakat kena kongsi dgn normi malah ramai yang memerlukan tu. zakat dan cukai pun banyak :)

    p/s: raya haji lama lagi tu, kena balik raya puasalah dekat sikit

    ReplyDelete
  7. wa'alaikummussalam kak azah.

    bukan mudah nak cari maid yang setia berkhidmat dan sabar dgn kerenah. lagikan anak-anak sendiri pun belum tentu mampu menjaga ibu bapa sebegitu baik. moga-moga kita boleh berbakti sebaik2nya kpd orang tua kita.

    canggihnya maid akak, sampai blh buat bisnes. agaknya dia tiru macam dlm drama tu kot.

    ReplyDelete
  8. betul kata catlina tu. sebagai anak, kakchik pun setuju dgn ayat kedua tu.

    ReplyDelete
  9. wa'alaikummussalam kak ina.

    memang rezeki dia. sekali fikir nasib dia tu macam dalam novel kisah dua darjat je hehe.

    busy sebab dah nak habis belajar kak. seminggu dua je lagi nak final exam.

    pasal orang yg panggil kakchik tukang sapu tu, takpelah kakchik dah maarkan.

    ReplyDelete
  10. wa'alaikummussalam shira. memang betul. kita hanya mampu berdoa kepada Allah agar mendpt banyak tuah dariNya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs