Assalamualaikum semua.
Entri ringkas sebelum kakchik berehat. Kali ni mengenai servis pengiklanan ManggaOnline atau ManggaAd. Sebenarnya kakchik telah mendaftar dengan ManggaAd dalam bulan Jun untuk blog My Culinary Adventures sebagai percubaan. Blog masakan kakchik tu takde la aktif sangat sebab kakchik sebelum ni jarang memasak. Cuma bila dah masuk rumah sendiri ni barulah rajin sikit.
http://network.manggaonline.com.my/v/pages/main/ms/ |
Setakat hari ni blog tu dah dapat hasil dalam RM 2.30 dikira dari CPM atau berdasarkan pageviews. Pengunjung blog masakan kakchik tak sampai pun 50 orang sehari jadi hasilpun tak seberapa. Kakchik pun bukan nak kejar duit tapi nak tahu jujur atau tidak diorang ni.
Sebentar tadi kakchik daftarkan satu lagi blog iaitu KakChik's Wardrobe. Untuk elakkan status glitterati Nuffnang ditarik, kakchik keluarkan dulu iklan Nuffnang dari situ dan sudah pun meletakkan kod-kod iklan ManggaAd. Tengoklah esok bagaimana.
ManggaAd ni kelebihannya terletak pada kiraan pendapatan berdasarkan pageviews iaitu berapa banyak orang masuk blog kita dan selak entri yang ada. Makin banyak orang klik older posts makin tinggi pageviews dan insyaallah pendapatan pun akan bertambah.
Itu aje. Wassalam.
salam kak chik..
ReplyDeleteinfo yang menarik..
terima kasih sebab kongsi menda nih...
=)
salam chik..
ReplyDeletecikmin dulu fikir semak je mula2 bila tengok org pasang iklan..tapi bila sendiri dah pasang dan merasa..alhamdulillah..dapat jugak la tampung duit hosting dengan domain tu.. :)
mangga ni pun dalam percubaa jugak.. :)
Wkslm AraWani,
ReplyDeleteSama-sama. Kalau dapat kongsi maklumat dan ramai dpt manfaat apa salahnya kan?
Wkslm cikmin,
ReplyDeletehehe, samalah cikmin. Chik pun fikir macam tu jugak tapi pendirian tu berubah bila kita tahu kebaikan dan menyusun iklan di tempat yg sesuai. Takdelah serabut dilihat.
Kita sama-sama tengok.
nak tahu juga outcome nyer macamana... nanti cerita yer kakchik,
ReplyDeletesaya ada juga letak advertlet... sebagai percubaan utk blog yg x reg kat nuffnang, so far income 4.80, nak tengok dulu... cemana, visitor pun ciput jer kat blog tu...
salam kakchik
ReplyDeleteaklak pun ada jugak join mangga ads ni..tp mcm kakchik juga la..tak pernah terpikir utk collect duit bila letak iklan kat blog...
Wan, insyaallah kakchik nak cek hasil di KakChik's Wardrobe utk sehari. Nanti kakchik shar kat sini.
ReplyDeleteakaun advertlets kakchik dah tak diaktifkan sejak letak nuffnang. Setahun guna last kakchik cek ada dlm RM48.
Wkslm kak kam.
ReplyDeleteHa'ah kakchik tau lagipun kita dah jadi partner kat manggaAd kan.
Kita tengok ajelah kak. Kalau ada rezeki, adalah kan.