Followers

14.7.10

Bapa Saman Anak Kerana Cucu

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.

Dalam kita gembira ni ada juga berita yang menyayat hati kita baca dalam akhbar. Di manakah silapnya hinggakan seorang anak menjadi tidak bertanggungjawab terhadap zuriat sendiri hingga membiarkan ayahnya mengasuh dan membesarkan dua orang zuriatnya TANPA SEBARANG NAFKAH? Cuba baca berita ni:

Demi dua cucu, bapa saman anak RM20,000
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
2010/07/14

MUSTAFA hadir pada pembicaraan tuntutan nafkah terhadap anak lelakinya untuk dua cucu di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu, semalam.

Mustafa turut meminta defendan mohon maaf tak pulang rumah

KUALA TERENGGANU: "Saya terpaksa ambil tindakan saman kerana ini saja cara untuk kami bertemu semula dengan dia, demi dua anaknya," kata Mustafa Ismail, 64, yang menyaman anaknya, seorang pengurus di sebuah syarikat cari gali minyak yang mengabaikan tanggungjawab menjaga dua anak.

Mustafa yang pada mulanya keberatan untuk ditemubual ketika dikunjungi Berita Harian di rumahnya di Kampung Beladau Kolam, di sini, berkata dia buntu memikirkan masa depan dua cucu yang ditinggalkan bersamanya, sekali gus terpaksa memilih jalan terakhir itu bagi membolehkannya bertemu anak lelakinya, Nasrun Mustafa, 37, yang dikatakan berpendapatan RM17,000 sebulan.

Pesara sebuah syarikat cari gali itu berkata, dia sudah tidak bekerja, malah kesihatannya juga kurang baik kebelakangan ini menyebabkan dia tidak mampu menyediakan kewangan mencukupi untuk dua cucu kesayangannya itu yang masing-masing kini belajar di Tingkatan Satu dan Tingkatan Tiga.

“Saya hanya mahu dia pulang supaya kami dapat bertemu. Selama tujuh tahun dia tidak pernah menjenguk kami, kedua ibu bapanya dan dua anaknya... dia tidak pernah memberi nafkah kepada anaknya,” katanya.

Isteri Mustafa, Mariam Abdullah, 54, pula berkata anak sulungnya itu berkahwin dengan isteri pertamanya yang berasal dari Kampung Batu Hampar, Telemong, Hulu Terengganu pada 1994, sebelum bercerai pada 1 Julai 1997. Bagaimanapun, perceraian mereka disahkan pada 30 Disember 1998.

Dia berkata, selepas pasangan itu bercerai, dua cucunya dijaga oleh bekas menantunya hingga 2004, manakala anak lelakinya tidak pernah mengambil tahu perihal anak mereka. Bagaimanapun, selepas berkahwin lain, bekas menantunya menyerahkan penjagaan cucunya kepada dia dan suami.
“Anak lelaki mak cik pun berkahwin lain selepas bercerai dengan isteri pertama. Entah di mana silapnya, sejak itulah dia berubah, tidak pernah menjenguk kami dan dua anaknya. Malah, perbelanjaan anaknya juga tidak pernah diberi. Mak cik bukan nak memuji, sebelum berkahwin kali kedua, Nasrun seorang anak yang sangat baik.

“Bercakap dengan mak ayah pun ‘beraluh’ (sopan santun), sembahyang pun tidak pernah tinggal, malah sebagai anak sulung dan abang kepada enam adik, dia sangat mengambil berat hal keluarga. Siapalah yang tidak sedih apabila perkara begini terjadi kepada keluarga,” katanya sambil menyeka air mata dengan tudung dipakainya.

Mariam yang lebih dikenali sebagai Zaharah di kalangan penduduk kampung itu berkata, sebagai nenek, dia kasihan melihat cucunya yang sering bertanyakan perihal ibu bapa sehingga ada beberapa waktu pelajaran cucunya merosot, sedangkan mereka adalah pelajar pintar di sekolah.

Katanya, kali terakhir mereka sekeluarga bertemu Nasrun adalah ketika hendak pergi menunaikan haji lebih tujuh tahun lalu.

Pagi semalam, Mustafa memfailkan tuntutan terhadap Nasrun di Mahkamah Rendah Syariah di sini, untuk memberi nafkah kepada dua cucunya.

Mustafa menuntut tunggakan nafkah berjumlah RM20,000 untuk dua cucunya itu serta mengemukakan dua lagi tuntutan iaitu meminta defendan yang bekerja sebagai pengurus pelantar minyak syarikat beribu pejabat di Kuala Lumpur membayar nafkah dua anaknya RM800 sebulan secara potongan gaji.

Plaintif juga mahu defendan memohon maaf kepadanya kerana mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anaknya dan tidak pulang ke rumah sejak tujuh tahun lalu.

Peguam plaintif, Fazru Anuar Yusoff, berkata Nasrun yang tidak diwakili peguam tidak hadir ke mahkamah, tetapi mengemukakan permohonan melalui surat supaya kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah.

Terdahulu, Hakim Kamarulazmi Ismail menasihatkan supaya kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah kerana perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan sangat mengaibkan apabila ia dirujuk ke mahkamah, berikutan membabitkan hubungan antara anak dan bapa.

“Kalau sudah bawa ke mahkamah, memang cukup mengaibkan. Kes pertama seumpama ini pernah berlaku di Negeri Sembilan apabila ibu bapa memfailkan tuntutan di mahkamah disebabkan anak kandung dan suaminya memungkiri janji untuk menjaga kebajikan mereka, selepas bapanya memindah milik nama rumah kepada anak perempuannya itu.

“Walaupun ibu bapa itu menang kes berkenaan, dari segi hukum memang tidak sepatutnya perkara seperti itu berlaku. Rasulullah SAW pernah menyebut orang yang derhaka kepada ibu bapanya akan mendapat balasan di dunia. Kalau ketika ini dia hidup senang dengan pendapatan berbelas ribu ringgit, tetapi ia tidak akan kekal lama,” katanya.

Kamarulazmi kemudian menetapkan 24 Ogos ini untuk tarikh sebutan semula kes.

Wang yang banyak, kerja yang berpangkat, tidak menjamin seorang individu itu mampu menggalas amanahnya dengan sebaik mungkin. SAMAN terpaksa dibuat kerana mahukan individu derhaka kembali memohon ampun maaf dan bertanggungjawab ke atas zuriatnya.

Pandai buat tapi tak pandai tanggung! Moga lelaki itu insaf dan segera pulang. 

KITA NI, semasa hayat ibu bapa kita masih ada inilah kita perlu sebaik mungkin berbakti kepada mereka. JANGAN tunggu mereka kembali ke Rahmatullah baru nak mohon ampun. Begitu juga ibu bapa MERTUA kita. Mereka juga umpama ibu bapa kandung kita kerana kita kini punya pertalian melalui anak mereka.

Teringat nasyid kumpulan Rabbani,



Ummi, Ayah, Mak dan Ayah, mohon ampun maaf atas segala salah silap.

12 comments:

  1. bagus tindakan atuk nie...semoga menjadi pengajaran kpd kaum bapa yg lain....

    ReplyDelete
  2. salam
    gaji tinggi,pangkat besar...tp perangai hampeh...

    ReplyDelete
  3. mcmane leh hilang perasaan rindu kat anak ye? uhuhuhu

    senangnye manusia lupa kasih sayang kepada anak2...

    ReplyDelete
  4. macam2 hal sekarang ni, jika difikir balik, elok juga disaman dan dipaksa bayar nafkah jika tidak mahu beri cara baik...

    kesian anak2 mangsa pergolakan hidup ibubapa...

    ReplyDelete
  5. Salam kak Chik,

    sedihnya bila dengar perkara macam ni ..menjadi peringatan kepada akak juga untuk mendidik anak sebaik mungkin..

    ReplyDelete
  6. berapa harga syampoo abaya tu k.cik?
    bagusnya k.cik belikan pizza tu utk suami...

    ReplyDelete
  7. kak nza, pengajaran yang memerlukan pengorbanan. atuk tu mengorbankan malunya demi keluarga. semoga Allah leraikan masalah mereka dgn baik.

    ReplyDelete
  8. asha, memang hairan kan? tapi hati manusia ni bila sudah hitam, kerasnya mengalahkan batu. tapi bila insaf dan taubat, ia akan kembali lembut seperti ... apa2 yg lembutlah :)

    ReplyDelete
  9. wkslm kak kam. manusia boleh jadi kufur nikmat kak,

    ReplyDelete
  10. kakchik pun setuju dgn pandangan wan tu. pakcik tu terpaksa mengorbankan rasa malu dia ibarat membuka pekong keluarga tapi dah terpaksa, perlu juga buat begini. kesian sangat.

    ReplyDelete
  11. Wkslm kak azah. Peringatan untuk kita semua kak.

    ReplyDelete
  12. Biarlah rahsia, kakchik lupa nak cek harganya. Nanti nak cek dan akan kakchik edit post ni nanti. Harga tentu dlm USD kot sb kat M'sia belum ada.

    Isteri syurganya di bawah tapak kaki suami. Cuba buat yg terbaik utk suami mengikut cara Islam, selebihnya Allah uruskan. Harap2 ia dikira amalan baik.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs