Amni Wadhihah, 2 tahun
Assalamualaikum dan salam bahagia semua.
Alhamdulillah Amni Wadhihah, anak saudara kesayangan kami hari ni genap 2 tahun usianya. Begitu cepat masa berlalu hinggakan kakchik terlupa pada tarikh yang sama 2 tahun lalu kakchik bersama Ummi dan Abahnya Amni menanti kelahirannya di wad bersalin HUSM.
Antara ibu-ibu saudaranya, kakchiklah orang yang pertama melihatnya selepas dilahirkan. Masih merah, berbalut kain hijau, diiqamahkan oleh abang ipar kakchik. Pada waktu itu air mata kakchik jatuh berderai kerana takjub melihat seorang bayi kini di hadapan mata setelah sekian lama dia di alam rahim Umminya.
Amni Wadhihah, dari hari pertama hingga kini. Termasuk beberapa keping gambar keluarganya.
Amni hari ini sudah begitu petah berkata-kata, lincah dan pantas pergerakannya malah begitu cerdik dan pintar sekali pemikirannya. Kesukaannya ialah selain Ummi, Abah, Abe Ikhwan dan Kak Iffah ialah Cheja, Ayah Wae, Kungfu Panda, coleslaw dan laptop.
Saban hari jika Amni tahu kakchik ada di rumah, inilah ayat favourite dia, "Cheja... adik nak masyuk..." memujuk dan merayu di balik pintu rumah kami. Kehadirannya menyeri rumahtangga kami, menghiburkan Ayah Waenya dan keletahnya membuatkan kami tidak kering gusi.
Semoga Allah memelihara anak saudara kakchik ini dalam rahmat kasih sayangNya, diberkati hidupnya dan sentiasa dipandu jalan kehidupannya di atas jalan kebenaran. Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sayang!
Jemput singgah di blog AMNI WADHIHAH.
Salam kakChik,
ReplyDeleteComelnya Amni Wadhihah, auntie ucapkan Happy Birthday dan semoga Allah senantiasa merahmati dan bersama Amni...Happy Birthday dear..
*jarang jumpa toddler yang suka makan coleslaw*.
hihii! Comel... :D
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletehappy birthday utk amni, moga membesar jadi anak solehah.
suka tengok anakpatung amni, auntie pinjam blh? hehehe....
hepi besday amni...semoga menjadi penyeri kepada org sekeliling..
ReplyDeleteWkslm Azah. Terima kasih atas ucapan untuk Amni. Hehe, Amni ni yg paling dia gemar ialah coleslaw dan keju.
ReplyDeleteterima kasih Dakjaat
ReplyDeleteWkslm Suzi. Amiin. Anak patung Rozanne tu tinggal satu je dr koleksi yg kakchik jual, tuah Amni. Makcik Suzi nak pinjam susah sikit la bila dah dok di tangan Amni, dominan.
ReplyDeleteterima kasih asha.
ReplyDeletesanah hilwah amni yang comel...rasa nak peluk2 je amni ni...semoga jadi anak solehah, muslimah solehah insyaallah...
ReplyDeleteterima kasih banyak ain.
ReplyDelete