Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
Malam ni kakchik saja nak berkongsi sedikit pengalaman yang sangat terkesan di hati kakchik. Pengalaman yang membuatkan kakchik selalu mengingatkan diri agar tidak meninggi diri. Walau kita berpangkat dan berkedudukan, tidak semestinya kita harus dimuliakan. Siapalah diri kakchik ni untuk dipandang tinggi oleh orang lain.
Hari tu staf Zahra' ramai yang bercuti sama ada cuti sakit ataupun cuti tahunan. Yang pasti hanya tinggal 3 orang staf menguruskan perpustakaan pada hari tu. Kebetulan pada hari yang sama dewan kami disewa oleh satu syarikat motivasi yang mengadakan seminar kecemerlangan untuk para pelajar PMR jadi keadaan di dalam perpustakaan memang agak tidak terkawal. Staf cuma 3 orang, pengunjung dan peserta seminar sangatlah ramai.
Sebelah petang, sebelum balik kakchik yang mengambil-alih duti bertugas di Kaunter Informasi sempat memeriksa keadaan bahagian membaca di tingkat 1 dan 2. Mashaallah... rupanya selain pengunjung biasa, para peserta seminar telah sewenang-wenangnya menggunakan ruang tersebut untuk makan tengahari. Tong sampah sampai melimpah ruah dengan sisa bungkusan makanan. Sepatutnya penganjur seminar memastikan para peserta makan di lobi dewan seminar di tingkat atas sahaja.
Gambar hiasan dari sini. |
Di tingkat bawah pun sama, sampah membuak-buak sedangkan pembantu am kami bercuti pada hari tu kerana tidak sihat. Tak mengapalah, sementara menantikan penyewa menyelesaikan program mereka, kakchik mengambil peluang untuk menyapu dan mengutip sampah kemudiannya memasukkan semuanya ke dalam plastik hitam. Dalam hati sudah berkira-kira untuk memberitahu penyewa akan tanggungjawab mereka yang telah dimaklumkan.
Sementara 2 orang staf lagi naik ke atas untuk mengemaskan dewan dan peserta seminar sudah pulang, perpustakaan mulai lengang. Lagipun sudah tamat waktu operasi. Kakchik sedang memasukkan sampah ke dalam plastik sampah bila datang seorang lelaki berbaju t-shirt gaya santai, masuk dan menuju ke lif.
Kakchik: Assalamualaikum. Encik nak naik ke atas ke? Penganjur seminar ke? (Sambil tangan memegang plastik sampah).
Lelaki: Iya. Sayalah penganjurnya. Kenapa tu? (nada sedikit angkuh)
Kakchik: Maafkan saya encik tapi saya nak minta pihak encik kemaskan sampah-sarap yang dibuat oleh peserta seminar sepertimana yang kami maklumkan sebelum ni.
Lelaki: Oh, kami dah selesaikan tu. Mereka di atas dah bagitau semua dah selesai. (acuh tak acuh saja)
Kakchik: Maaf encik. Belum selesai. Ini semua sampah yang ditinggalkan peserta di 2 bahagian membaca di atas. Kenapa penganjur biarkan peserta makan merata-rata?
Lelaki: Oh, ye ke? Saya tak tahu tu. Awak ni sapa?
Kakchik: Saya staf kat sini.
Lelaki: Macam nilah, awak tolong kutip nanti saya bagi upah.
Kakchik: (Dia ingat kakchik ni apa?) Tak payah encik. Saya tuan rumah dan kerja kat sini. Tak payah nak upah saya. Terima kasih.
Lelaki: Awak bukan ke tukang sapu kat sini?
Kakchik: Maaflah encik, saya pengurus perpustakaan ni.
Terus lain air mukanya. Cepat-cepat dia keluarkan not RM10 dari dompetnya dan hulurkan pada kakchik. Allahu Akbar, dia ingat kakchik buat kerja ni nak upah ke? Encik... perpustakaan ni ibarat darah daging kakchik la, segala kerja remeh-temeh ni bukannya kakchik nak dibayar. Terasa mencabar maruah sungguh masa tu. Sambil istighfar dalam hati kakchik senyum dan kata..
Kakchik: Saya bukan nak encik bayar, ini kerja saya. Terasa hina saya ni encik hulurkan duit tu.
Lelaki: (dalam keadaan serba salah) Maafkan saya ya. Nanti saya suruh budak saya buangkan sampah-sampah ni.
Kakchik: Takpelah encik. Yang saya mahunya encik kemaskan bahagian atas tu dan ambil sampah-sampah dan letakkan di depan pagar. Nanti MPKB akan ambil. Naiklah. Nanti bayar sewa kat saya di Kaunter.
Kami berbual dalam loghat Kelantan jadi kakchik standardize ayat-ayat tu agar senang dibaca dan difahami. Selepas dari peristiwa tu penyewa tersebut macam takut-takut bila dia nampak kakchik. Agaknya dia risau kakchik sebagai ketua kat situ akan ambil tindakan apa-apa kat syarikatnya.
Kakchik terdengar perbualannya dengan salah seorang staf perpustakaan yang dia bimbang kakchik tak izinkan lagi syarikatnya menyewa dewan kami. Encik... kakchik tidaklah sampai bertindak begitu. Cuma janganlah pandang hina kerja-kerja tukang sapu dan dengan mudah mohon maaf dengan 'bribe' RM10 tu.
Kakchik tau kalau kakchik ikutkan ego pada masa tu tentu banyaklah orang itu kena tegur kat kakchik. Alhamdulillah kakchik bertahan dan ingatkan diri yang ini ujian bagi kakchik. Allahu'alam.
Salam Kak Chik... zaman sekarang masih ada lagi manusia yang tidak 'merdeka' mindanya apalagi dari pihak penganjur seminar kecemerlangan untuk murid2...
ReplyDeletecemerlang bukan diukur dari kehebatan akademik smata-mata....
Itulah kak Chik bila pangkat dan status menguasai diri.
ReplyDeletekekadang akak kesian gak dengan makcik yang sapu sampah kat staff room..susah2 payah menyapu tapi yg lain buat dek je..apa salahnya tegur makcik tu tanya makan dan minum.
Akak setuju dengan Kujie, akademik setinggi mana pun kalau tak ade budi bahasa tak kemana perginya.
Wkslm kakjie. Masa tu kakchik pun terfikir macam tu kak. Macamana dia blh menganjurkan seminar motivasi kalau dia sendiri macam tu? Allahu'alam.
ReplyDeletekak azah, kalau diingatkan kerja-kerja tu makcik yang buat setiap hari, keciknya hati dia kalau dilayan sebegitu. kakchik cukup ambil berat bila nak suruh dia buat apa-apa. mana yang boleh dibuat sendiri macam sapu pejabat dan cuci bilik air pejabat, kakchik buat sendiri je. harap2 orang tu ambil iktibar dari peristiwa tu.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletetabik kat kakchik yg tetap cool...bkn semua org boleh terima 'penghinaan' mcm tu...
meremang bulu roma bila baca.. org mcm nih patut kasik dia sedar sikit.. huhu.. tak elok memperkecilkan org yg keje tukang sapu ke apa ke.. dorg pun carik duit.. kerja halal.. tak salah kan? nasib baik sumi xjumpa org mcm nih..
ReplyDeletewkslm kak kam.
ReplyDeleteterima kasih. bergetar juga tangan menahan marah kak. perbuatan dia tu mmg menghina tapi dia sedar kot slps tu.
sumi, kalau kakchik ikut rentak dia masa tu mmg dia akan jatuh ke bawah tapi itulah, kakchik ingat banyak kesan buruknya. harap2 dia sedar kesilapan dia.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteHal2 sebegini selalu terjadi pada saya, so tak lah terkejut sangat. Sebab tu saya agak teragak-agak nak bagi tahu keja saya, bukan tak bangga tapi...itu yang jadi ukuran duniawi.
Kalau saya makcik klener, adakah layanan yang saya terima berbeza? Dah pasti. Bila dunia memandang apa yang kita ada...betapa plastiknya hidup kan...
Jadinya, sabar-sabar ajelah berdepan dengan sebegitu ramai orang yang sebegini.
sekalipun betul dia bercakap dengan makcik tukang sapu, sepatutnya dia hormat la..walaupun tukang sapu, pekerjaan tu halal dan mulia...cuba bayangkan mak kita yang jadi tukang sapu tu..Rasa2 suka tak kalau orang lain baut gitu kat mak kita?
ReplyDeleteperingatan untuk kita semua
whoooaaaah teruknya perangai.nasib baik kakchik sabar.kalau sy tuh dh lama dia dpt mkn selipar free.huuuu~
ReplyDeletewkslm anyss.
ReplyDeletepengalaman mengajar kita erti bernilainya kehidupan kan?
setakat bersabar insyaallah boleh tapi orang sebegitu sekali-sekala perlu ditegur agar dia insaf.
hidup ini saling melengkapi, ada yang pangkat tinggi dan ada yang rendah, kenalah dihormati dan sama diraikan. yakinlah dgn diri kita dan apa juga kerjaya kita kerana kita melakukan kerja yang halal dan semestinya kita juga entiti penting di dalam syarikat.
ain, mungkin dia bercakap begitu kerana interpersonal skill dia masih lemah dan kurang sikap rendah diri. tapi kakchik tengok, dah ada perubahan bila dia dtg menyewa kali kedua.
ReplyDeletesizuka, kalau bagi selipar alamat tak datang teruslah lepas tu. nanti kan dakwah tak sampai pulak, melepas... :(
ReplyDeletekakchik,
ReplyDeleteberderau juga saya baca kisah kakchik ni, kalu jadi kat saya tak tahu lah tahap kesabaran saya di mana.
Memang betullah sabar adalah jalan terbaik utk kemenangan. Pemuda itu mesti merasa bersalah bila nampak kakchik kan?
orang tu macam suka pandang rendah pada orang lain... moga2 beliau tak bersikap cemtu dah pasni ye kak chik..
ReplyDeleteSalam Kakchik,
ReplyDeleteSaya nak kongsi cerita seorang cleaner kat tempat kerja saya. Kat tempat kerja saya takde bilik yg dikhaskan untuk solat, jadi setiap kali nak solat Zohor dan asar saya terpaksa menumpang di satu sudut di dalam bilik yg boleh dipanggil store.Sebenarnya saya pun tak kisah sangat sebab tempat yg saya sediakan utk solat tu bersih.saya lapik dengan tikar dan lepas tu saya letak sejadah di atasnya. Cleaner kat tempat kerja saya seorang wanita dalam usia pertengahan dan non-muslim.Walaupun tak selalu, cleaner ni ada juga menyapu lantai dan mop kat ruang yg saya gunakan untuk solat.Setiap kali lepas dia bersihkan, saya akan selalu mengucapkan terima kasih pada kakak cleaner ni tanda phargaan saya.Saya bukanlah nak masuk bakul angkat sendiri tapi bagi saya tidak ramai orang sanggup mengucapkan terimakasih kepada cleaner2 begini...sehinggalah pd satu hari, aircon dlm bilik tu leaking dan membasahi tempat solat saya. Tanpa saya sedari cleaner itu telah bersusah payah mencuci sejadah saya yg telah basah dan mengeringkan sejadah dan tikar itu.Saya sungguh terharu, sebab kalau ikutkan...dia tak perlu buat begitu...mungkin inilah hikmahnya ucapan terima kasih yg saya selalu ucapkan pada dia....
Kak chik, mujurla masa lepas degree dulu saya pernah kerja sementara di kedai fotostat. Pernah terasa terhina apabila pelanggan datang dan memberitahu kepada anaknya supaya belajar rajin-rajin supaya tidak perlu bekerja seperti kami (yang kesemuanya sebenarnya pelajar degree). Alhamdulillah, pengalaman itu menyebabkan saya tidak memandang rendah kepada sebarang pekerjaan (selagi ia halal dan tidak pula menyusahkan orang lain).
ReplyDeleteCleaner di tempat saya merupakan pasangan berbangsa India. Kalau cuti sekolah, mereka biasa membawa anak mereka membantu. Selepas saya hadiahkan sebuah buku cerita kepada anak mereka, meja saya sentiasa dibersihkan extra clean.. hehehe
wan, bukan pemuda lagi dah tapi orang matang 40an. biarlah, asalkan dia belajar sesuatu yang positif dari peristiwa tu.
ReplyDeletekakchik pun harap begitu juga dni. sekali terkena takkan tak nak ambil pengajaran kan?
ReplyDeleteAlasmal, terima kasih atas perkongsian pengalaman. Kakchik pun rasa sikap suka berterima kasih itulah yang melembutkan hati makcik itu untuk mengasihani dan berempati dgn Alasmal. Memang apa yang Islam ajar itu cukup mudah dan hasilnya pun baik.
ReplyDeletesuri, syukurlah kita ada pengalaman begitu. w/pun kakchik tiada pengalaman bekerja di peringkat bawahan tapi kakchik kenal dengan ramai kenalan yang melalui pengalaman macam suri. lepas selalu begitu, jiwa pun dah kebal dengan kata-kata sinis dan menghina.
ReplyDeleteberbuat baik, insyaallah balasannya pun baik. teruskan.