Assalamualaikum dan salam bahagia semua.
Kakchik doakan tean-teman semua dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia dalam melakukan apa saja kerja hatta berehat sekalipun. Hari ni kat sini hujan tapi tak lebat sangat. Hujan macam ni turun kat kampung memang buat kakchik rasa nak tarik selimut je. Udaranya nyaman, sejuk sikit dan suasana mendung membuatkan nak keluar rumah pun jadi malas.
Sebenarnya kakchik ambil cuti hari ni untuk selesaikan beberapa observasi bagi menyiapkan 3 tugasan akademik kakchik. Sekarang ni sedang siapkan bahan rujukan sementara selesaikan observasi. Bukan mudah nak cari pusat pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di KB ni yang mudah-mudah nak izinkan kakchik masuk ke pusat mereka untuk observe teknik pengajaran mereka.
Ada yang ingat kakchik ni dari rival company yang datang buat kerja detektif, haha, kelakar sungguh. Tapi begitulah realiti di alam bisnes. Ramai yang takutkan bayang-bayang sendiri dan bayang-bayang pesaing (tak elok panggil musuh).
Kakchik memang tak sempat nak buat kunjungan mesra atau kunjungan balas kerana nak concentrate menaip tugasan-tugasan tu. Doakan kakchik dapat selesaikan semuanya esok. Ingat nak submit awal daripada biasa. Bolehlah relax sikit untuk buat persediaan final exam di awal Ogos nanti.
Sebelum kakchik pen off jom kita peringati diri dengan petikan ini,
"Rasulullah saw menegaskan: Pandangan itu merupakan seutas panah beracun daripada panahan iblis. Barangsiapa yang menjaga atau mengawalnya nescaya Allah akan mengurniakan dalam jiwanya kemanisan beribadat yang akan dirasainya sehingga hari kiamat." (Riwayat Imam Ahmad dan at-Tabrani)
Salam Kak Chik,
ReplyDeleteSemoga kak Chik dapat menyiapkan segala tugasan dengan success. Terima kasih di atas peringatan yang diberi kak Chik. Bertambah pengetahuan saya hari ni.
Wkslm Azah.
ReplyDeleteTerima kasih Azah. Kakchik cuba siapkan sebaik mungkin ni.