Followers

17.7.10

Seks bantu proses pulih minda suami isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar kalian semua hari ni? Kakchik doakan semuanya dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Di hari Sabtu yang cerah ceria ni tentu ramai yang bermalas-malasan di rumah. Maklum... kita semua tahu hari ni hampir seluruh Malaysia orang makan gaji bercuti hujung minggu. Tapi apakan daya, ada juga insan yang bekerja di hari ini seperti kakchik dan sebahagian kecil rakyat negara ini. Kesian kan? Hehe tapi tak mengapa kerana kakchik suka dengan kerja kakchik dan cik abe pun sedia maklum yang kakchik bercuti tak serupa orang lain dan bekerja pun tak sama dengan orang lain.

Anyway, hari ni ada sesuatu yang menarik untuk mereka yang sudah berkahwin di dalam Berita Harian mengenai kesihatan seksual. Maafkan kakchik kerana buat pertama kalinya menulis sesuatu berkaitan seks dengan meminjam tajuk dari BH. Tak senang hati dibuatnya untuk menulis s e k s ni. Bukan perkataan yang senang-senang disebut dan dibualkan secara terbuka di kalangan masyarakat kita. Tapi di hari ini tajuk ini dipilih kerana fokusnya lebih kepada sebahagian besar pembaca kakchik yang telah berumahtangga.

Buku-buku bacaan yang patut dibaca oleh suami isteri.

Bukan bermakna yang single tidak boleh membacanya tapi bacalah dengan sangka baik, cukup sekadar menambah ilmu demi masa depan di dalam alam rumahtangga nanti. Seks adalah juga satu ibadah bilamana ia dilakukan atas nama Allah dan dengan LESEN HALAL melalui NIKAH YANG SAH. Mari kita baca apakah soal-jawabnya berkaitan tajuk di atas.

Bismillahirrahmanirrahim

Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.
tanyadrxy@bharian.com.my
2010/07/17

Soalan:

SALAM sejahtera, doktor. Saya sudah mendirikan rumah tangga hampir 12 tahun lalu. Masalah saya, sekarang saya mengalami keinginan melakukan hubungan seks dengan isteri terlalu kerap, malah hampir setiap hari. Apakah ini mendatangkan masalah kesihatan kepada diri saya dan isteri?

Ingin Tahu

Jawapan:

SAUDARA, hubungan seks yang kerap walaupun pada kadar setiap hari, tidak akan menimbulkan apa-apa kemudaratan. Hubungan seks dianggap satu proses pemulihan (healing) yang baik untuk minda dan tubuh badan.

Berikut ialah beberapa kelebihan melakukan hubungan seks:

1. Sejenis senaman.

Hubungan seks ialah salah satu bentuk aktiviti fizikal. Ketika hubungan berlaku, berlaku pelbagai perubahan fisilogi yang berlaku dalam badan seolah-olah seperti seseorang lelaki sedang menjalani aktiviti senaman.

Contohnya, semasa hubungan seks, tahap kadar pernafasan akan meningkat. Peningkatan pernafasan dan pernafasan yang dalam akan meningkatkan tahap oksigen dalam badan dan boleh memperbaiki sel-sel yang rosak. Kapasiti paru-paru juga akan meningkat. Begitu juga dengan degupan jantung, ia akan meningkat ketika hubungan seks dan ini akan meningkatkan aliran darah dalam badan.

Ketika hubungan seks, pelbagai otot mengalami kontraksi dan selepas hubungan seks, sering kali saudara dapati saudara letih dan berpeluh. Ini bermakna ada aktiviti fizikal yang membakar kalori berlaku semasa hubungan seks. Dianggarkan, jika saudara melakukan hubungan seks tiga kali seminggu dan setiap kali hubungan memakan masa 15 minit, saudara akan menggunakan 7,500 kalori setahun. Ini umpama saudara berjoging sejauh 120 km. Hormon testosterone yang dikeluarkan ketika hubungan seks juga akan meningkatkan kekuatan otot dan menguatkan tulang.

2. Penawar kesakitan.

Semasa hubungan seksual, sejenis hormon yang dipanggil ‘endophine’ akan dirembeskan. Hormon endophine ini mempunyai fungsi melegakan kesakitan dan sejenis hormon penahan sakit.

Satu kajian dijalankan menunjukkan semasa hubungan seksual terutama semasa orgasma, seseorang tidak akan merasa kesakitan dan selepas hubungan seksual, kesakitan ringan akan berkurangan.

3. Perlindungan kepada kelenjar prostat.

Sebahagian besar dari cecair yang dikeluarkan semasa ejakulasi datangnya dari kelenjar prostat. Hubungan seks yang kerap dapat membantu meningkat produksi cecair yang baru serta dapat mengeluarkan cecair yang berada dalam kelenjar. Jika ejakulasi lama tidak berlaku, akan terjadi pengumpulan cecair dalam kelenjar dan ini boleh menimbulkan inflamasi atau keradangan pada kelenjar prostat.

4. Pengurangan risiko mendapat masalah mati pucuk (ED)

Lima puluh peratus dari lelaki yang berumur lebih dari 40 tahun akan mengalami masalah mati pucuk. Salah satu langkah pencegahan ialah dengan kerap melakukan hubungan seks.

Semasa proses ereksi berlaku, banyak darah dari arteri akan dipamkan ke batang zakar dan darah ini akan membawa oksigen dan nutrien kepada tisu batang zakar.

Proses ini akan mengekalkan kesihatan batang zakar dan ketegangan batang zakar.

5. Mengurangkan stress.

Sudah terbukti dari segi kajian saintifik bahawa hubungan seks yang kerap dapat mengurangkan stress. Ini adalah kerana semasa hubungan seks, badan akan menghasilkan dopamine iaitu sejenis kimia dalam badan yang boleh mengurangkan stress.

Sejenis kimia lagi yang dikenali sebagai oxytocin, juga dirembeskan dan hormon ini bertindak sebagai hormon yang memberi kesan kelegaan serta kesan positif terhadap keinginan dan nafsu seseorang lelaki.

6. Lain-lain kelebihan.

Kajian di negara Barat menunjukkan hubungan seks yang dinikmati dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan sakit kepala, mengurangkan kemurungan serta dapat memberi kebaikan pada otot dan sendi. Selain itu, hubungan seks juga dapat mengukuhkan hubungan dan mengeratkan kasih sayang antara pasangan suami-isteri.

Kawan-kawan,

Isu seks ni jika dibicarakan dari sudut kesihatan suami isteri tidaklah menjadi bahaya kerana ia adalah untuk kebaikan hubungan mereka malah kesinambungan zuriat pasangan. Akan tetapi isu seks menjadi jelik bila ia dijadikan mainan mulut dan perlakuan dosa di kalangan mereka yang tidak ada LESEN HALAL untuk melakukannya.

Lelaki Ingin Tahu di atas sedang mencari jawapan dari segi tahap kesihatan akibat kekerapan berhubungan fizikal dengan isterinya. Dan pihak doktor telah memberikan jawapan berdasarkan sudut kesihatan. Jawapan doktor itu bagi kakchik amat selari dengan kepentingan perkahwinan di dalam Islam yang mana untuk menjaga kebajikan sosial insan. Kita boleh baca lebih lanjut di dalam buku Pendidikan Anak-Anak di Dalam Islam oleh Abdullah Nasih Ulwan.

Ringkas kata, hubungan fizikal antara suami isteri walau sekerap mana pun akan meningkatkan tahap kesihatan pasangan tersebut. Keseimbangan akal dan nafsu dan keharmonian hubungan antara suami dengan isteri banyak dibantu apabila kepuasan batin kedua-dua pihak dapat dijaga dengan sebaik-baiknya.

Carilah yang Halal kerana yang Halal itu Berkat.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs