Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Malam ni ialah malam Jumaat, penghulu segala hari. Malam ni kakchik nak bercerita sikit tentang menyemai minat membaca. Walaupun tajuk ni agak membosankan bagi sesetengah orang namun bagi kakchik dan sebahagian dari kita, isu membaca adalah satu isu yang sangat menarik.
Petang tadi selepas kakchik ke Telco untuk mengepos beberapa bungkusan dan hadiah-hadiah pengkomen terawal (baru dapat diposkan, itupun bungkusan sangat adhoc kerana beberapa perkara), kakchik bersama cik abe membawa anak-anak saudara kami ke Pantai Irama Bachok untuk melihat Pesta Wau Tempatan.
Sementara menantikan Emran yang ke tandas untuk 'melabur' kakchik mengisi masa menunggu dengan ber'read-aloud' dengan anak-anak saudara kakchik di dalam kereta. Mereka memang suka sangat. Inilah caranya kakchik gunakan untuk membuat mereka semua mendengar kata.
Buku jenis lift-the-flap sangat digemari mereka. |
Semuanya khusyuk mendengar sambil bertanya itu-ini. |
Dan inilah buku yang kami sama-sama baca,
Harganya tak mahal sangat, berbaloi dengan hasilnya. Cuma kalau tak suka 'dog' tu ada problem sikitlah sebab di akhir buku ini ada 'dog'. |
Sepanjang perjalanan tu kami membaca sambil membuat mimik bunyi semua jenis haiwan yang ada dalam buku 'Dear Zoo' tu. Memang seronok. Barulah aktiviti membaca menjadi seronok.
Kakchik suka letak pelbagai jenis buku dan majalah dalam kereta. Ruang yang sesuai kan banyak... jadi apa salahnya jika kita manfaatkan sebaik-baiknya dengan buku. Bila anak-anak saudara ikut kakchik ke mana-mana mereka suka membaca dan membelek buku-buku yang ada. Seronok kakchik tengok. Alhamdulillah.
salam kakchik.
ReplyDeletecomel2nya anak-anak dlm keta tu termasuklah tukang ceritanya.:))
Beruntungnya ada anak =)
ReplyDeletewah bestnye.efektif gitu kan~
ReplyDeletewkslm k.anis.
ReplyDeleteterima kasih kak, hehe... saiz makcik dgn anak buah dah nama sama kak...
nisa', memang orang yang punya anak beruntung kalau dapat mendidik mereka dengan sebaik-baiknya mengikut didikan Islam. kakchik belum ada anak dik.
ReplyDeletememang efektif sizuka. cub buat dgn anak2 sedara dan lihat hasilnya.
ReplyDeleteKakchik, shira pun ada 2 kazen yg suka sgt dgn buku.. walaupun yg sorg tuh suka mewarna, tapi itu permulaan yg baik kan..
ReplyDeleteshira, itu memang permulaan yang bagus. untuk lebih bagus, galakkan ibu ayah mereka atau ahli keluarga yang lain untuk cari masa membaca dengan mereka. baca buku yang ringkas2 pun jadilah.
ReplyDeletebagus lah kakchik, membaca boleh di mana sahaja....
ReplyDeleteanak2 ni diorang lebih suka jika membaca bersama lebih mesra kan
cuba buat yang terbaik wan, mempraktikkan apa yang dipelajari, difahami dan dihayati. kalau tak buat dengan mereka, dengan siapa lagi kakchik nak tengok hasilnya kan?
ReplyDeleteha'ah, ikatan kasih-sayang lebih erat dengan aktiviti membaca bersama ni.