Followers

31.7.10

Tahniah Imam Muda Ashraf

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah dapat kembali menulis selepas semalaman terhalang. Hajat hati untuk menonton final Imam Muda pun terkandas gara-gara tertidur keletihan selepas solat Isyak. Anyway, pagi ni kakchik masih dapat membaca berita kejayaan Imam Muda Ashraf si pengantin baru, telah menjadi Juara rancangan realiti tv yang sangat bagus tu.

MUHAMMAD Asyraf Mohd Ridzuan (kiri) dinobatkan juara Imam Muda pada pertandingan akhir malam tadi di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Tempat kedua, Hizbur Rahman Omar Zuhdi. - Foto Eizairi Shamsudin, BH

Inilah program realiti yang kakchik sangat suka dan setuju jika terus dianjurkan pada tahun-tahun akan datang. Satu galakan kepada generasi muda mendekati Islam melalui pendekatan seperti yang dilakukan oleh penerbit rancangan itu. Cuma satu yang kakchik tak setuju dalam episod baru-baru ni yang mana para imam muda itu disuruh makan cara orang Barat. Isyk, tak patut ada dalam program Imam Muda kerana tidak selari langsung dengan cara hidup Islam.

Anyway, kakchik bangga dan berterima kasih kepada orang yang menghasilkan idea bernas program Imam Muda ni. Cayalah! Semoga Allah berkati kalian. TAHNIAH kepada semua peserta Imam Muda, kakchik doakan kalian semua sama ada berjaya atau belum berjaya akan menjadi contoh dan idola kepada remaja dan kanak-kanak di negara kita. Kekalkan prestasi akhlak mulia kalian semoga terus dicontohi.

Dan di bawah ialah berita tentang Juara Imam Muda di BH hari ini:

Asyraf Imam Muda
Oleh Zaidi Mohamad
bhnews@bharian.com.my
2010/07/31

Graduan Usuluddin dan Fikah UM juara Imam Muda

KUALA LUMPUR: Rezeki menyebelahi Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, malam tadi.

Graduan Usuluddin dan Fikah Universiti Malaya (UM) itu menewaskan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, untuk merebut gelaran pertama Imam Muda. Dengan kemenangan itu, Muhammad Asyraf menerima insentif berbentuk tawaran sebagai Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, Muhammad Asyraf juga menerima biasiswa pakej Berlian pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU), sebuah kereta Proton model Exora, pakej menunaikan ibadat haji, pakej umrah, pakej percutian ke Bandung selama empat hari dan tiga malam serta pakej perabot jati bernilai RM10,000.

Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej spa Maghribi untuk seorang, wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, sebuah iPhone 3G, trofi Imam Muda serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.

Muhammad Asyraf ketika berucap sebaik menerima hadiah kemenangan mengucapkan terima kasih kepada isteri, ibu bapa, rakan-rakan dan penyokong yang mendoakan kejayaannya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Astro, guru-guru, JAWI dan tenaga pengajar yang tidak kedekut ilmu, mursyid (mentor), mudir (pengetua), penonton dan wartawan yang menyebar luas (program Imam Muda).

“Hanya Allah SWT membalas jasa dan semoga kita bertemu pada program Imam Muda tahun depan,” katanya yang pernah berkongsi misinya mengubah persepsi masyarakat yang menganggap kerjaya imam hanya tertumpu di masjid dan majlis tertentu saja, sedangkan ia lebih meluas.

Naib juara, Hizbur Rahman pula membawa pulang biasiswa pakej Emas pengajian ke MEDIU, wang tunai RM15,000, trofi Imam Muda, iPhone, komputer riba, sijil penyertaan, kad pentauliahan diiktiraf JAWI dan beberapa hadiah menarik lain.

Turut diumumkan sebagai kejutan ialah hadiah tawaran biasiswa pakej Perak melanjutkan pengajian ke MEDIU kepada lapan peserta Imam Muda lain. Mereka turut menerima pakej percutian ke Bandung, sebuah Iphone, trofi dan sijil penyertaan.

Lapan peserta yang dimaksudkan itu ialah Sharafuddin Suaut, Ahmad Syakir Zamri, Amiril Md Banin, Nik Muhammad Adib Md Amin, Muhammad Khairul Azhar Ghazali, Nuri Ali Arbain, Ahmad Hazran Ahmad Kamal dan Mohd Taufek Mohd.

Bagi cabaran akhir, Muhammad Asyraf dan Hizbur Rahman dikehendaki menyampaikan tazkirah, mengaji Al-Quran secara bertaranum, menyanyikan lagu zikir dan menjawab soalan berkisar hukum agama Islam secara spontan.

Segala aspek pemarkahan dan penilaian diadili Tuan Pengetua yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz. Beliau dibantu dua Mentor, Shahrizan Daud dan Syed Norhisyam Al Idrus, manakala Dzulkarnain Hamzah pula sebagai hos.

Imam Muda yang disiarkan Astro Oasis selama 10 minggu mencipta fenomena tersendiri biarpun kali pertama diterbitkan. Program realiti ini juga mencatat sejarah kerana mendapat liputan media antarabangsa.

INFO

Finalis Imam Muda

Nama Penuh: Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26
Asal: Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 12 Februari 1984
Bangsa: Melayu
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Imam
Nama Isteri: Nurhusna Yusof, 23
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah, Universiti Malaya
Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Syariah di UM

Nama Penuh: Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27
Asal: Baling, Kedah
Tarikh Lahir: 1 April 1983
Bangsa: Melayu
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Guru Tahfiz
Pendidikan: Sarjana Muda Syariah (Tahun Akhir), Universiti Al-Azhar, Mesir
Nama Isteri: Liliyana Hasanah Yudi, 23

6 comments:

  1. Nisa juga tak berkesempatan untuk tulis entri tentang Imam Muda ini. Hanya mengucapkan tahniah dalam Facebook ajelah...

    Program realiti tv Imam Muda juga merupakan rancangan favourite Nisa. Imam Muda Asyraf memang layak memenangi program musim pertama ini kerana mempunyai potensi dalam memberi sesuatu ucapan dan lebih matang berbanding Hizbur (agak beremosi).

    Ahh, teringinkan suami yang mempunyai peribadi seperti mereka-mereka (Imam-imam Muda) ini...

    ReplyDelete
  2. Salam kakchik,

    Shira tak pernah berpeluang menyaksikan program realiti Imam Muda ini..

    Apa2 pun mereka memang layak..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Chik,

    Akak pun tak berkesempatan nak tengok programme ni secara terus2an..tapi cukup bangga dan gembira kerana rancangan seperti ini berjaya diterbitkan dan mendapat sambutan yang sungguh hangat...Semoga akan terus berkekalan ke tahun2 yang akan datang..

    ReplyDelete
  4. Nisa', kita terlepas takpe sebab masih ada cara untuk menontonnya. Kakchik baru tengok episod 7. Yang lain2 belum sempat.

    Insyaallah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Lelaki yang soleh untuk perempuan yang solehah. Nisa' akan jumpa lelaki yang paling sesuai dengan Nisa'.

    ReplyDelete
  5. Wkslm Shira, nampaknya kita sama-sama tak kesempatan. Sama-samalah kita doakan, mereka akan menjadi ikutan generasi muda.

    ReplyDelete
  6. Wkslm kak azah, hehe, kita berempat semuanya melepas. Tapi tak kisahlah kan asalkan kita menyokong program yang bagus ni. Tulis entri begini pun ada saham juga kot :)
    Kita sama-sama doakan para penerbit akan berebut untuk hasilkan banyak lagi program yg baik macam ni. Amin.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs