Followers

15.7.10

Cek Tahap Kebersihan Sebelum Membeli: Kuah Sate Perisa Katak

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.

Syukur kakchik dan cik abe sudah selesai makan baru kakchik terbaca berita ni,

Kuah sate perisa katak


Sinar Harian, PERMATANG BADAK - “Cucu saya nyaris termakan seekor anak katak dalam kuah sate yang baru dibeli oleh menantu saya,” kata Zakaria Nor Mohd, 51, yang bersyukur cucunya, Nurul Elyana Maisara, 6, tidak makan anak katak tersebut memandangkan hampir separuh kuah sate itu dimakannya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber seperti tercatat di atas.

Nurul Elyana yang ternampak anak katak itu terus muntah dan tidak lalu makan kerana kegelian.

Sate yang dibeli berhadapan dengan sebuah pasar raya di sini adalah salah satu tempat kegemaran mereka sekeluarga membeli sate.

“Cucu saya ini gemar makan sate, kalau dah makan tak pandang kiri kanan tetapi kebetulan pula dia terlihat anak katak tersebut lalu terus termuntah.

“Saya risau jika cucu saya ini termakan anak katak itu kemungkinan dia boleh keracunan dan menjadi satu masalah pula kepada kami,” katanya.

Zakaria kesal dengan sikap sambil lewa peniaga yang menjual sate ini yang tidak menitikberatkan soal kebersihan makanan mereka walaupun sudah lama berniaga. (kita sebagai pembeli pun kenalah tengok-tengok kebersihan kedai dan penyediaannya sebelum membeli.)

Menurutnya, usaha untuk menelefon peniaga terbabit gagal dan dia mahu tidak ada orang lain akan mengalami nasib yang sama seperti cucunya itu.

Zakaria berkata, peniaga tersebut perlu menjaga kualiti produk mereka yang mempunyai pelanggan tetap dan memperoleh pendapatan lumayan hasil daripada jualan sate tersebut.
“Saya kecewa apabila kejadian seumpama ini berlaku kepada kami kerana sebelum ini di tempat yang sama juga kami membeli sate,” katanya.

Sementara itu, dia belum membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga tersebut.

Bagaimanapun dia mahu orang ramai berwaspada dengan makanan yang dibeli oleh mereka agar tidak ada lagi kejadian seumpama ini berlaku.

“Saya juga berharap agar pihak yang bertanggungjawab memantau semua gerai dan peniaga yang menjalankan perniagaan menjual makanan ini agar kebersihan dan mutu makanan tersebut terjamin,” katanya.

Geli-geleman bila terbayang anak katak ada dalam kuah makanan yang sedang di makan. Mashaallah... tentu sekali kedai yang menyediakan makanan tu tidak bersih. Kalau tidak, bagaimana boleh ada anak katak dalam kuah sate?

Sebab tu lah, kita sebaik-baiknya pilih kedai untuk kita membeli makanan siap atau panas. Bimbang kejadian seperti di atas dialami kita. Kakchik memang particular sikit memilih tempat makan kalau di luar.

Hairan bila melihat orang kita selamba saja makan di gerai-gerai terbuka misalnya siang hari tempat itu adalah bengkel mencuci kereta tapi malamnya jadi gerai makan, fuh punyalah ramai pengunjungnya, satu lagi kaki-kaki lima pejalan kaki atau tempat parking kereta dijadikan tempat makan oleh restoran-restoran, iiii... tengok pun kakchik tak lalu nak makan.

Dengan habuknya, bisingnya, gelapnya, nyamuknya... boleh pula orang kita ni membawa keluarga makan kat situ. Patutlah kita ada banyak masalah sosial sebabnya banyak sungguh orang kita makan makanan yang dalam status makruh. Allahu'alam.

18 comments:

  1. eeeeeeee.dasyatnye.gelinye.teruk betul org yg jual tuh.ntah2 katak beranak dekat kedai dia:P

    ReplyDelete
  2. sizuka, kakchik rasa la kan, bila dah lama berniaga dan pelanggan pun ramai, peniaga tu mula cuai menjaga kebersihan makanan jualannya.

    ReplyDelete
  3. Salam kakchik.

    Dulu, kak tie kerap gak makan sate di satu gerai (bukan di Ganu). Kemudian, satu hari ada pelanggan mengadu jumpa tisu dalam kuah sate.

    Rupa-rupanya pakcik jual sate tu campurkan balik kuah sate yang tak habis dimakan oleh pelanggan gerainya. Agaknya nak jimat, ish..loya lak!

    Besar kemungkinan pelanggan- pelanggan sebelum tu buang tisu dalam mangkuk sate. Adoi laa.... tak senonoh betul pakcik tu. Kak tie serik bila dengar kisah tu, dan setiap kali makan sate di gerai, selalu intai tingkahlaku penjual sate.

    ReplyDelete
  4. Wkslm kaktie.
    Alahai... gelinya kaktie. Sampai hatilah pakcik tu baut begitu kat pelanggan.
    Trauma juga kan.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Chik,
    itulah kalau orang yang terlalu mementingkan keuntungan semata. They all mana pandang pasal kebersihan ni..
    Teringat pagi tadi kawan cerita pasal pekerja Indon yang bancuh air kat canteen..kukunya penuh ngan fungus dan hitam tengah perah limau ...euwwwww...kembang tekak akak mendengarnya..

    ReplyDelete
  6. sebab tulah akak memang cerewet pilih tpt makan..takut terkena benda camni..buat sendiri lagi baikkan..


    alhamdulliah kak chik tak apa-apa..klu kereta rosak tak kisah lagi..risaukan tubuh badan kita..nasib baik jugak pemandu tu nak mengaku salah...

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Chik...
    Iza pun geli geleman bila baca berita ni. Cuma kan...err teringat juga satu hal lagi, itu pun bila dengar cerita kawan2 di mana ada pihak2 tak bertanggungjawab memasukkan benda2 kotor sebagai pelaris!!
    Allahu Akbar... kembang tekak. Sudahlah menipu pelanggan, buat benda khurafat pulak :(

    ReplyDelete
  8. jangan kata menengok, membaca apa kak chik tulis ni pun dah rasa geli geleman..nauzubillah..jumpa ulat dalam sayur pun dah rasa nak termuntah apatah lagi katak..eee...kes berniaga kerana RM semata2 la ni kan..

    ReplyDelete
  9. Astaghfirullah... dasyatnya manusia ni boleh masak ngan katak2.. hu

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikummussalam kak azah.
    Euuwwwww gelinya kak. Kita kalau kuku panjang sikit pun dah tak selesa. Meremang bulu roma gelinya.

    ReplyDelete
  11. kak ina, akak mmg bagus sebab selalu masak. gerai makan mmg banyak tp tulah kan, bkn senang nak yg gred B atau A.
    alhamdulillah kak.

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikummussalam iza.
    Ha'ah kakchik pun pernah juga dengar pasal kes-kes macam tu. Letak seluar dalam la, kasut la, bak kata sesuatu yg tak terfikir dek kita untuk dimakan. Tak lalu. Niat jahat mgkn lepas atas dunia, akhirat tunggulah diorang tu.

    ReplyDelete
  13. kita tak taulah MamaYatie niat sebenarnya tapi yg pasti RM dapat. kakchik pun kalau jumpa ulat atau rambut memang takleh nak telan dah.

    ReplyDelete
  14. dni, tak cek lah tu periuknya ada apa sebelum dimasukkan bahan2 tu.

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Kdg2 bukan gerai di luar aje tahap kebersihan mencurigakan, saya pernah terkulum anak2 lipas yg sedang lenang buat rumah dlm straw di KFC Segamat. Ini mungkin kisah lama, tapi effect bila teringat anak2 lipas berenang2 dlm mulut (yg mulanya saya ingatkan ais).. isykk... horror!

    ReplyDelete
  16. kak chik,

    org niaga ni kdg2 taktik kotor,kuah sate esp,deme buat ntah2 1 bulan sekali n frozen.sb tu elak mkn kuah kacang dr kedai.better beli sate saje,buat kuah sendiri.dan kdg2 deme punya dapur mak oi,kalau kak chik m asuk konfem geli geleman nk mkn.saya pernh pegi umh org menjual,dia selamba je basuh lauk2 kt kawasan toilet.

    ReplyDelete
  17. Wkslm Lin Elier.
    Memang betul tu. Kakchik makin geli bila baca pengalaman Lin ni. Memang horror la Lin.

    ReplyDelete
  18. ct, kakchik pernah masuk kat dapur satu restoran ni. bhgn depan mmg la cantik dan bersih tap kat dapur mashaallah... malas nak cite. lebih kurang dgn cite ct tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs