Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kakchik doakan teman-teman kakchik semuanya sentiasa mendapat rahmat hidayah dan taufik dari Allah SWT untuk menikmati hidup di dunia ini sebagai seorang manusia Muslim yang taat kepada-Nya. Moga-moga Allah juga memelihara diri kakchik, cik abe dan keluarga kami dari segala maksiat dan dosa agar hati-hati kami sentiasa mengingati-Nya.
Gambar hiasan dipinjam dari sini. |
Tiap-tiap hari kita baca dalam suratkhabar terutama dalam akhbar yang penuh sensasi dan propaganda tu, banyak berita mengenai kerosakan akhlak manusia. Perkataan ROGOL, BUNUH, LIWAT, DERA, TEMBAK, BUANG, LUAR NIKAH, ANAK ZINA, KES POLIS, MAHKAMAH, NGERI dan banyak lagi perkataan berbau negatif dihidangkan untuk tatapan mata, minda dan jiwa.
Gambar sekadar hiasan. Dipinjam dari sini. |
Bimbang. Teramat bimbang bila pagi-pagi hari sudah dengar berita yang menyesakkan jiwa.
Kes remaja hamil kronik
Oleh Hafizah Iszahanid
bminggu@bharian.com.my
2010/07/25Pergaulan bebas punca utama
KUALA LUMPUR: Seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang sebahagian besarnya luar nikah sejak 2008 hingga bulan lalu, akibat pergaulan bebas.
Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini saja, JKM mencatat 111 kes remaja bawah umur hamil berbanding 113 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.
Jumlah itu dipercayai lebih tinggi kerana ia berdasarkan kes dirujuk kepada JKM untuk mendapatkan perlindungan di Taman Seri Puteri, selain statistik tiga hospital kerajaan – Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Ada 135 hospital kerajaan di seluruh negara, tetapi usaha Berita Minggu mendapatkan perangkaan di kebanyakan hospital tidak berjaya, kerana antara lain alasan ialah isu sensitif dan bimbang dikenakan tindakan Kementerian Kesihatan.
Sebahagian remaja berkenaan membuat pengakuan sudah berkahwin kepada pihak hospital, ada mendakwa tidak tahu hubungan seks dengan rakan boleh menyebabkan kehamilan, malah ada kes mengaku dirogol.
Gambar dipinjam dari sini. Bagaimanapun, remaja diklasifikasi kepada dua kategori, bawah 18 tahun dan bawah 16 tahun. Remaja bawah 16 tahun yang hamil dianggap sebagai kes rogol, walaupun atas dasar suka sama suka. Justeru, pasangannya boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada, manakala remaja di bawah usia 18 tahun akan dirujuk kepada JKM sebagai pelindung yang diwartakan.
Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Noramni Mohd Yusoff, berkata pihaknya tidak hairan jika angka sebenar remaja bawah umur yang hamil lebih tinggi. “JKM hanya rekodkan kes dilapor atau memohon perlindungan. Statistik sebenar hanya boleh diperoleh dari hospital seluruh negara,” katanya kepada Berita Minggu.
Tinjauan di HKL dan HTAR, mendapati pada 2008 seramai 106 remaja bawah umur hamil luar nikah, manakala di HKL, 50 kes pada 2008, 67 kes (2009) dan sehingga Jun tahun ini, 38 kes.
Kajian Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL mendapati, kebanyakan remaja bawah umur ini tidak tahu hubungan kelamin boleh menyebabkan kehamilan.
Mereka melakukannya atas dasar ingin mencuba dan berseronok dengan rakan sekelas, kekasih yang lebih berusia selain ada juga kes mengaku dirogol.
Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, HTAR, Dr Mohamad Farouk Abdullah berkata, kajian 2008 mendedahkan kebanyakan remaja berkenaan berusia antara 14 hingga 18 tahun dengan majoritinya, berbangsa Melayu.
“Mungkin jumlahnya lebih lagi, tetapi tidak mustahil ada sebahagian yang menggugurkan kandungan. Memang jika kita lihat dari aspek sosialnya, keadaan ini teruk, tetapi dari sudut perubatan, jika mereka datang awal mendapatkan bantuan perubatan kita boleh membantu dari segi penjagaan sepanjang hamil,” katanya.
Beliau berkata, mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna ketika hamil membolehkan remaja ini menginsafi kesilapan mereka, pada masa sama, memberi peluang mereka kembali ke sekolah.
Katanya, sepanjang 2008, 13,189 kelahiran dicatatkan di HTAR dengan 256 membabitkan kelahiran di kalangan remaja bawah umur. Daripada jumlah itu 75.8 peratus mengaku sudah berkahwin, 21.9 peratus tidak berkahwin sementara tiga peratus mendakwa dirogol. Kebanyakan mereka berpendidikan sehingga Penilaian Menengah Rendah (49.6 peratus), Sijil Pelajaran Malaysia (27.7 peratus), manakala bakinya hanya belajar setakat sekolah rendah.
Dalam konteks inilah Dr Farouk berkata, mungkin sudah tiba masanya untuk masyarakat berfikiran lebih terbuka dalam isu pendidikan seks di sekolah.
“Kebanyakan remaja yang hamil luar nikah ini tidak tahu hubungan intim boleh menyebabkan mereka hamil. Buat sekali tidak hamil, jadi mereka rasa tidak mungkin hamil dan lebih kerap melakukannya dan akhirnya hamil,” katanya.
Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL, Hasnah Sulaiman, berkata memang amat menyedihkan kebanyakan remaja bawah umur ini berbangsa Melayu beragama Islam. Malah latar belakang mereka terbabit ialah daripada keluarga berpendapatan rendah selain kurang ilmu mengenai sistem reproduktif manusia.
“Apabila ditanya, majoriti menjawab mereka buat atas dasar suka sama suka, berseronok-seronok dan tidak sangka boleh mengandung. Jika dulu kita mungkin kata remaja ini adalah bohsia atau minah rempit, tetapi rata-rata hari ini mereka adalah remaja biasa yang lazim kita temui di sekolah dan ada yang bertudung labuh,”
“Jika di HKL, dalam puluhan kes pasti ada lebih daripada satu kes remaja ini datang daripada keluarga yang porak peranda atau jika tidak bermasalah tetapi susah. Malah, kajian kami pada 2004 mendedahkan banyak kes membabitkan remaja yang tinggal bersama keluarga di rumah flat satu bilik,” katanya.
Inilah yang tidak mahu kita biarkan. Gambar dari sini. |
Takut. Sangat menakutkan jika angka-angka perilaku yang rosak ini semakin meningkat. Sudah pasti akan naik jika kita hanya melihat dan menuding jari saja. Orang kita pula jika dianjurkan program mengenai isu sosial remaja, bukannya nak rajinkan diri menyertainya melainkan diwajibkan oleh jabatan. Kalau nak harapkan sukarela memang susah sangat nak kumpul kehadiran yang ramai. Paling teruk peserta lelaki.
Tak tahu kenapa orang lelaki amat sukar untuk mengahdirkan diri dalam program-program berbentuk kekeluargaan, keibubapaan atau pun rumahtangga? Padahal peranan merekalah yang sangat penting dalam memastikan institusi keluarga kukuh dan taat beragama.
Agaknya kenapa ya?
bergenang mata sy kak tgk bayi tu...alahai..tak boleh nak tgk sebenarnya.....
ReplyDeleteInstitusi keluarga yang sedari awal tidak kukuh, ibu bapa yang tidak mengambil kisah kawan2 anak mereka, pengaruh kawan, media massa, kurangnya didikan agama dan banyak lagi menjadi faktor keruntuhan akhlak di kalangan remaja masa kini. Kalau di sekolah seawal umur 13 tahun dah bermacam2 kes berlaku. Itu di luar bandar cuba bayangkan di Kuala Lumpur.
ReplyDeleteSemua pihak patut memain peranan masing2 untuk membentuk remaja2 ini. Bekerjasama dan bukannya menunding jari saling salah menyalahi antara satu sama lain..
kesian bayi hasil hubungan si cetek akal. Did write sumting pasal benda ni. I buat auto publish. dalam pkol 9 malam nanti akan di publish. Do read yeah. Just some opinion dari remaja macam saya :)
ReplyDeleteSalam... salah siapa agaknya ya...
ReplyDelete* Takut! sebab kak e ada 3 anak perempuan... diajar, dijaga, dikawal dan diberikan kasih sayang tapi masih dalam ketakutan...
Salam kakchik dan rakan-rakan,
ReplyDeleteapa khabar semua? diharap sihat alhamdulillah..
Tadi pagi saya sempat membuat 1 entri yang realted dgn post kachik nih..
http://shirashafrida.blogspot.com/2010/07/apa-nak-jadi.html
Semoga sama2 lah kita berusaha ya.. InsyaAllah..
maisarah, lembutnya hati dan perasaan maisarah kerana begitu sedih melihat gambar bayi tu. malangnya ibu mangsa langsung tiada hati dan perasaan.
ReplyDeletekak azah, sepatutnya begitulah yang sebaik-baiknya. jom la kita semua sama-sama mainkan peranan kita.
ReplyDeleteIERA, insyaallah kakchik akan singgah membaca post IERA nanti.
ReplyDeleteWkslm kak e.
ReplyDeleteAnak-anak kak e dari keluarga yang rapat, insyaallah asas agama mereka yang kukuh yang kak e telah tanam dan terus pupuk akan menjaga mereka dari anasir2 jahat tu. Temptation pasti ada, moga2 mereka kuat melawannya.
Wkslm Shira.
ReplyDeleteNanti kakchik singgah membaca post Shira tu. Moga-moga ada di kalangan pembaca yang tersentuh hatinya untuk membuat perubahan.
kakchik, maisarah tu sy...tadi sy guna id yg kedaimaisarah tu...
ReplyDeletesy terkenang kan sesuatu bila tgk bayi yg digugurkan tu...mmg tak boleh la nak tgk....terasa hati disentap2...
kes makin taun makin banyak..
ReplyDeletetapi tak nampak mana usaha nak kekang tue huhuu
salamun alaik,mohon copy untuk pesan memesan di http://www.myspace.com/semngt_saudara semoga bermanafaat ,amin ya allah
ReplyDeleteasha, nasib baik bagitau. kakchik ingatkan orang lain hehe.
ReplyDeletepengalaman memang boleh buat kita sayu. kakchik rasa tentu pengalaman tu sangat menyedihkan hati asha.
Azuan, usaha ada cuma tak begitu berjaya dan tidak diwar-warkan. Tahu sajalah media kita lebih sukakan artis dan berita gempak. Bab dakwah ni manalah mereka minat.
ReplyDeleteWkslm sss. Silakan... untuk kebaikan boleh saja.
ReplyDelete