Followers

29.7.10

Kepenatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah masuk jam 6 petang barulah kakchik ada kesempatan nak menulis serba sedikit di blog kesayangan ni. Kalau hari Khamis memang jadual kakchik agak padat kerana ada macam-macam agenda yang perlu diuruskan. Hari ni je kakchik dapat beri sepenuh tumpuan untuk MariBaca Bookstore, Abaya Elegan dan PALING PENTING, rumahtangga.

Abaya dari Jeddah.
Sejak shipment abaya dari Dubai dan Jeddah sampai pagi semalam, balik dari kerja semalam hinggalah pagi tadi kakchik isikan masa dengan merekodkan stok-stok baru dan membungkus abaya-abaya tempahan pelanggan yang telah selesai dibayar. Alhamdulillah pukul 10 lebih pagi tadi sebahagiannya telah selamat kakchik poskan melalui Poslaju di Telco Cherang.

Temankan kakchik di Zahra'
Nak ambil gambar abaya pun tak sempat sebab kamera kesayangan kakchik tu tertinggal di Zahra'. Selepas mengepos bungkusan tu barulah cik abe bawa kakchik dan amni ke Zahra' untuk mengambil kamera seterusnya kami ke MariBaca untuk menghantar stok abaya dan kakchik bermesyuarat sebentar dengan pembantu-pembantu kakchik.

Partner kakchik datang untuk melihat abaya baru dan seperti biasa dialah orang yang BERTUAH kerana dapat tengok dan cuba abaya baru, hehe. Kadang-kadang kakchik kesian kat pelanggan yang ingatkan kedai abaya kakchik ni ada cawangan di KL atau Selangor begitu juga dengan MariBaca. Ada yang tanya alamat untuk singgah dan mencuba abaya. Sayangnya bisnes abaya ini masih bisnes sampingan dan belum pun ada kedainya.

Biarlah bisnes ni dijalankan secara online dulu sambil kakchik mantapkan bisnes MariBaca yang baru meningkat di lokasi baru tu. Minggu depan kakchik nak daftarkan perniagaan Abaya Elegan ni selepas janji dengan Partner kakchik, jika bisnes berkembang, eloklah ianya didaftarkan. Plan nak daftarkan hari ni tapi banyak pula aral yang lain. Moga-moga dipermudahkan Allah minggu depan.

Nasi Goreng Anja Special - sedap
Hari ni kakchik tak masak macam biasa kalau hari cuti. Kami makan di Anja Cafe kat atas Kota Sri Mutiara tu. Makan Nagi Goreng Anja Special, Kentang Goreng dan minum air Fresh Orange, Sirap Bandung dan Radix panas. Alhamdulillah.

Balik ke rumah dalam keadaan gembira sebab sebahagian urusan penting telah diselesaikan. Tinggal lagi nak ambil gambar tudung-tudung untuk jualan, edit-edit gambar, upload ke FB dan ke blog Abaya Elegan dan rehat-rehat. Alangkah bahagianya.

Kalau takde aral, kita jumpa malam ni la pulak.

4 comments:

  1. salam Kak chik,

    Kak Chik sibuk betul hari ni..rasanya satu hari tu tak cukup untuk menghabiskan semua urusankan. Akak mengucapkan selamat beristirehat esok. Moga dipermudahkan segala urusan kak Chik.

    ReplyDelete
  2. wkslm kak azah,
    hari khamis mmg macam tu kak. itu je hari yg ada untuk buat urusan bisnes tapi hari ni juga free, kelas dah takde, tunggu nak exam je. terima kasih kak azah. semoga hari ni akak mendapat byk keberkatan dariNya

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs