Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua.
Alhamdulillah hari ni dapat lagi kita bersua di alam maya ni. Walaupun kedudukan kita mungkin jauh berpuluh km, beratus km bahkan ada yang beribu km, kalian insyaallah dekat di hati kakchik.
Pagi ni kakchik dengan gembiranya nak maklumkan entri Filem Harry Potter and the Deathly Hallows malam tadi ialah post kakchik yang ke-1000 !!! Tak sangka dan sampai seribu dah post yang kakchik publish di dalam blog ini. Dari bermula dengan post sekadar gambar-gambar anak-anak saudara kakchik pada November 2005 hinggalah kini dah ada macam-macam post dalam blog kesayangan kakchik ni.
Agaknya kalau kakchik berpindah ke dotcom sendiri untuk blog Keluargaku Sayang ni berbaloi tak?
Kakchik dah agak lama menyimpan dotcom kakchik tu sebab masih belum muktamad blog mana yang nak kakchik pindahkan ke dotcom. Bila nak guna dotcom kenalah pulak mahirkan diri dengan wordpress yang mana kurang kakchik gemari berbanding blogspot yang dah sebati dengan diri.
Apa komen kalian pasal kakchik.com tu? OK ke tak OK?
Satu lagi berita gembira yang nak kakchik kongsikan dengan teman-teman semua ialah rezeki dari iklan Nuffnang yang baru masuk 3 hari lepas.
Buat pertama kalinya blog Abaya Elegan telah mendapat 2 iklan buffered earning sekaligus. Alhamdulillah... selama ni hanya Keluargaku Sayang dan Kakchik's Wardrobe yang mendapat iklan buffered earnings. Syukur, nampaknya kesudian pengunjung ke blog Abaya Elegan terutama peminat dan pemakai abaya telah menarik perhatian pengiklan untuk mengiklan.
Terima kasih banyak ya. Kakchik sangat gembira dengan sambutan peminat ke blog tersebut. Itu tandanya semakin ramai muslimah tempatan yang suka memakai pakaian sunnah yang menutup aurat dengan sempurna. Alhamdulillah.
Itulah dua berita gembira untuk pagi ini. Terasa bahagianya nikmat dapat bernafas lagi pada hari ini. Masih banyak amal makruf nahi mungkar yang ingin kakchik buat. Tapi nak tengok buku sikit sebab esok ada tutorial. Jumpa lagi. Ma'assalamah.
p/s: Hadiah istimewa untuk pengkomen yang PERTAMA, KEDUA dan KETIGA !!
Salam kak chik...
ReplyDeletekak chik ni dah kira blogger tegar ni. heh.
waahh.. kerongsang. ~wink.. wink~
byknye entry....tahniah..jadi blogger tegar yg hebat dan penuh info juga ayat2 mendidik..
ReplyDeleteberkenaan dotcom tu sy sendiri tak bape paham...camne nak buat tu...kena byar ke?
akk nak bagi adiah ke..wah besnyaaa
ReplyDeletekakchik,
ReplyDeleteelok juga jika nak gunakan .com sendiri tapi kenapa tidak dikekalkan dengan nama sedia ada macam keluargakusayang.com masih boleh gunakan blogspot seperti biasa..
andai kakchik.com tu blog baru maka pengisian yg bagaimana pula di sana yer...
bangga dengan kakchik yg boleh handle banyak blog sekali gus... semua dpt sambutan pulak tu , tahniah yer kakchik
salam kak chik
ReplyDeletewah ada hadiah untuk pengkomen lak....kira saya pengkomen kedua ke nih
Salam kakchik,
ReplyDeletehadiah sampai ketiga je ke? hukhukhuk
sampai keenam takleh ke? =D
Wa'alaikummussalam Irma. Belum begitu tegarlah dik, hanya blogger harian. Lepas ni emailkan address ya, kakchik nak hantar hadiah. Email kakchik hanniaziz@yahoo.com
ReplyDeleteasha, belum cukup tegar ni... baru tahap hari-hari je. blogger tegar tu mesti berpuluh post dlm sehari kot hehe.
ReplyDeletedotcom ni memang berbayar. domain dalam RM50 setahun dan hosting pula dalam RM70.
orang kata bila ada domain sendiri ni lebih ada kredibiliti.
asha, nanti emailkan alamat ya.
iya noriza, istimewa sempena post ke-1000. emailkan alamat dan no tel ke hanniaziz@yahoo.com ya
ReplyDeleteWan, kalau blog ini dipindahkan ke kakchik.com kemungkinan besar url akan bertukar tapi pengisiannya tetap sama kerana tajuk blog masih sama, Keluargaku Sayang.
ReplyDeleteTerima kasih Wan. Kakchik cuba cari masa untuk menghiburkan pembaca.
Wa'alaikummussalam shiori. Alangkah dukacitanya komen shiori ialah komen yang ke-5. Maafkan kakchik ya, dah lebih kouta.
ReplyDeletewkslm shira. maafkan kakchik ya sebab setakat tu je yang kakchik hajat nak bagi hadiah. lain kali akan ada lagi.
ReplyDeleteSalam kakcik...alhamdulillah kalau gitu... boleh kakcik... gunalah kakcik.com nama yang lebit catchy tu. Ttg wordpress takpe, akak boleh belajar... keluar dari zon keselesaan untuk maju dan berkongsi dengan lebih baik insyaAllah.
ReplyDelete-ibunoor-
waahh.. 1st kak chik. hehe. nanti sy send alamat Malaysia. sy hadiahkan pula pada mak. kalau nak hantar sini jauh sangat =)
ReplyDeletealkisahnya. smlm sy dah log out pc. tp memandangkan baru lepas sahur & subuh sy rasa awal sgt nak tido balik.
bila bukak balik pc. tgok list blog kak chik ada entry baru. ada hadiah plak tu.
jazakillah khair kak chik. rezeki org berpuasa =)
Wkslm ibunoor. Terima kasih kerana bagi semangat. Cik abe kakchik pun asyik dok tanya bila nak aktifkan kakchik.com tu. Dia takpelah mmg dah terlalu expert dah guna wordpress. Kakchik pulak ada malas sikit hehe.
ReplyDeleteiya irma. you're the 1st commenter. kakchik pun dok ingat nak minta address kat sini je takut terlebih bajet kalau ke luar negara. maklum aje... skrg bajet tgh ciput. mmg betul tu, rezeki orang puasa.
ReplyDeleteteruskan berblogging.. insya Allah akan berjaya
ReplyDeletesaya sokong pindah domain ..macam penjenamaan semula la ni..tp jgn lupa senaraikan pro n kontra nya ya kak chik..saja buat rujukan sblm buat keputusan
ReplyDelete