Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua.
Apa khabar kalian semua hari ni? Tahniah la untuk Sepanyol yang julung kali menjulang Piala Dunia 2010. Tahniah jugalah kepada para penyokong yang sanggup bersengkang mata melihat liputan perlawanan sampai setengahnya terkandas solat Subuh pagi ni. Tahniah ... sebab secara sengaja dah buat dosa mudah-mudah. Bagi yang mampu tidur lewat tapi solat Subuhnya tetap di awal waktu malah ke masjid lagi, TAHNIAH sebab kalian berjaya menyeimbangkan dunia dan akhirat.
Ok, cukuplah pasal bola. Sekarang nak cerita pasal topik pagi ni.
Tadi sambil-sambil tunggu air masak, kakchik baring-baring sambil tengok KBS World. Pagi-pagi ni biasanya ada program dokumentari. Kakchik suka. Sebabnya memang menepati kehendak hati kakchik. Ia menceritakan kehidupan manusia di Korea yang sebahagiannya boleh kakchik hubungkan dengan realiti kehidupan kita di sini.
Dokumentari pagi tadi ialah KBS World: 3 Days.
Ini kali pertama kakchik dapat tonton program ni kerana selalunya astro tu kenal channel berita dan channel sukan saja. Kakchik jarang tengok tv sebenarnya. Kalau kakchik tengok selalunya kakchik akan ke KBS World, saluran 303 atau saluran 551, 553, 556 dan 703.
Dalam KBS World ni yang paling kakchik suka ialah Screening Humanity, satu dokumentari kisah kehidupan masyarakat di Korea Selatan. Biasanya dia suka features kisah survival orang-orang susah. Tapi hari ni kakchik tengok 3 Days. Masa buka tv tu program dah sepatuh jalan.
Dalam siri tadi pihak produksi memaparkan kehidupan golongan wanita bujang Korea Selatan yang berhijrah ke bandar Seoul untuk mencari kerja. Dengan persaingan yang tinggi dan taraf hidup juga tinggi, mencari penempatan yang murah bukanlah mudah. Maka Kerajaan KS telah membina 11 buah apartmen khas untuk wanita di seluruh Korea.
Golongan wanita muda dibenarkan tinggalkan di bilik apartmen yang sempit dan padat dengan kos yang sangat minima sama mereka sudah punya kerja, sedang mencari kerja atau menganggur. Di apartmen itu mereka hidup sendirian atau berkongsi bilik yang umpama asrama dengan wanita dari tempat berlainan.
Dari apa yang kakchik lihat, terfikir juga, ada baiknya kerajaan merea buat bangunan khas untuk penginapan golongan wanita bujang ini. Misalnya keselamatan mereka lebih terjamin kerana bangunan dikawal dan dijaga dengan baik. Bandingkan jika menyewa di merata-rata tempat, tentu hidup anak-anak gadis bujang tu lebih bebas lebih-lebih macam di negara kita yang sekarang ni berleluasa masalah zina.
Satu kebaikan lagi ialah terbinanya persahabatan di antara individu yang datang dari latar belakang yang berbeza, kerja yang berbeza, pengalaman hidup yang berbeza. Ada yang datang dari kampung, bercakap dengan dialek kampung yang jika didengar oleh warga bandar akan diketawakan. Tapi dengan sokongan rakan-rakan di bangunan apartmen wanita, mereka mampu berdikari dan membina keyakinan diri.
Kesimpulannya, kakchik sukalah idea apartmen khas wanita macam di Korea Selatan tu walau mungkin ada juga keburukannya.
salam akkchik
ReplyDeletekebetulan...sama la kita,pas solat subuh,...sambil2 buat air dan sarapan ringkas utk abg nk pi kerja,tiap pagi mest tgk KBSW...
biasanya abg pun ,berat, nak tinggalkan rancangan ni...seronok tgk...
wkslm kak kam.
ReplyDeletehaha, best la dapat tau akak pun suka rancangan tu. kakchik jarang la dapat tengok kak melainkan cik abe bagi tukar channel lain hehe. tau-tau ajelah orang nak buat berita, memanjang channel tv tu channel dia.
sekali fikir kenapa produser negara kita tak minat nak buat program cam tu. Bersamamu TV3 pun dah hilang umph dah skrg ni.