Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah pagi ni dengan izin Allah SWT dapat lagi kita bersua di alam maya ini untuk mengeratkan lahi persaudaraan di antara kita melalui pelbagai perkongsian. Sebagai pembuka tirai kakchik cuma ingin berkongsi kisah membeli-belah di Mydin Hypermart semalam.
Antara barangan yang dibeli semalam. |
Semalam tu ialah kali ketiga kakchik ke Mydin Hypermart tapi adalah kali pertama membeli-belah. Dua kali sebelum ni hanya pergi meninjau dan kerana ada program Nisa' di situ. Tak lupa, kakchik mematuhi janji untuk membeli aiskrim, ubat sakit tekak.
Kakchik beli dua jenis, perisa keladi dan perisa coklat. Memang sedap terutama yang coklat tu. |
Sampai kat rumah terus kemaskan barang dan buat roti aiskrim - roti di dalamnya ada aiskrim. Makan bersama cikabe dengan enak sekali. Harapan agar tekak tak sakit hari ni berjaya, alhamdulillah. Betul-betul mujarablah.
Perisa coklat yang sangat sedap. Jenama King's |
Insyaallah bekalan barangan dapur kami boleh bertahan 2 minggu. Maknanya tak shopping dalam masa yang agak lama juga tu. Lauk-pauk tu kena juga beli dalam dua hari sekali kerana kakchik suka makan yang segar.
Sebagai langkah jimat-cermat paling bagus ialah menyediakan senarai keperluan sebelum ke pasaraya atau ke mana-mana tempat untuk shopping. Tau ajelah kita orang perempuan, kalau tak berhati-hati kan banyak barang yang TERbeli hehe. Misalnya macam pizza Mydin ni:
Pizza berharga RM6.49 telah menggoda kakchik membelinya. Iman masih lemah. |
Walaupun TERlebih bajet sikit kakchik rasa masih ok sebab beli makanan yang boleh dimakan bukan pakaian atau barangan lain yang mungkin akan TERbazir nanti. Pizza ni untuk cikabe. Kalau dia lapar sambil bekerja tu dia boleh panaskan je. Kenyanglah kalau dapat habiskan pizza sebesar dulang air tu hehe.
Apa yang penting, SENARAI membeli-belah. Betul tak?
sakan shopping kakchik..kak nza xbrkesmptan nk ke sana masa cuti hr tu cz brtmbung dgn muktamar...jem sungguh....
ReplyDeletekak chik! dni suka beli bihun goreng dengan donat besar kat mydin mall.. nyummmiest :)
ReplyDeleteSalam kak chik..
ReplyDeleteBetul2 akak setuju dengan cara kak chik..senaraikan dulu barangan dapur yang ingin dibeli.
Mydin memang murah berbanding ngan hypermarket yang lain. Kak chik pun beli mozarella cheese? hehehe sedap tu buat pizza atau pie..
kak nza, kita shopping sekali-sekala je kak sebab kakchik berdua je kat rumah tu. musim cuti sek baru2 ni mmg padatlah KK tambah2 muktamar tp kalau skrg ni lengang je.
ReplyDeletedni, beli kat bahagian makanan siap kat dalam tu ke? ada juga tengok ptg semalam tp kakchik terliur mee kari kat gerai depan food court tu, sedap juga.
ReplyDeleteWkslm kak azah.
ReplyDeleteSenarai memang sangat bagus kan kan? Zaman ekonomi tak menentu ni berjimat lagi baik untuk kewangan kita. Kalau nak kira kat sini kebanyakan pasaraya harganya murah kak. Masing2 berlawan sapa paling murah kot.
kak azah, terlupa nak jawab. cheese tu untuk anak-anak saudara, amni dan emran yg suka makan begitu saja. kalau buat pizza kakchik ada grated mozzarella.
ReplyDeleteseronoknya tgok kak chik membeli.. tgok brg kak chik beli. rindu plak kat kedai msia.
ReplyDeletesemualah yg kak chik beli sy rindu.. hehe.
wah..
ReplyDeleteada hypermarket mydin ye kat situ..
saya akan berpraktikal hat husm bulan depan..
x penah jejakkan kaki kat kelantan pon..
bila tau ada mydin kat situ..
lega sket :D
Irma, kakchik tau dik... sabar ya. Tak lama dah nak balik M'sia kan? Insyaallah nanti dapatlah lepaskan rindu puas-puas.
ReplyDeleteintan, selamat datang berpraktikal di sini dik. tak payah risau kerana Kelantan di luar bayangan fikiran anda. datang aje dgn hati terbuka insyaallah intan akan lega di mana saja. kalau Kubang Kerian tu segalanya ada.
ReplyDelete