Followers

6.7.10

Sarapan Untuk Suami

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.

Kakchik sekadar nak kongsikan sarapan yang kakchik sediakan untuk cik abe pagi ni. Kakchik tak sempat nak sama-sama sarapan dengan dia sebab masa dah lewat untuk bertolak ke pejabat. Jadi cukuplah hidangkan untuk dia Bihun Goreng Telur dan Sayur bersama kopi Radix segelas.

Bihun Goreng Telur dan Sayur

Tak kisahlah masak yang mudah-mudah pun asalkan cik abe makan dia kata sedap, hehe. Isteri ni bukan barangan yang diharapkan sangat tapi ucapan terima kasih dan penghargaan dari suami. Betul tak? Bila kita bersusah payah memasak dan menyediakan segala kelengkapan untuk suami, ucapan terima kasih dari mulut suami dengan senyum yang mekar di bibirnya sudah cukup membuatkan hati isteri ini berbunga sepanjang hari. 

Tentu teman-teman yang bergelar isteri setuju kan.

4 comments:

  1. salam Kak Chik..

    Saya setuju. Pabila suami berselera makan hidangan yang dimasak oleh kita sendiri pun sudah cukup membuatkan para isteri merasa sangat bahagia...

    ReplyDelete
  2. setuju..setuju..! kalau masak tak sedap pun kena kata sedap jgk..hihi..

    ReplyDelete
  3. wkslm azah.

    ha'ah, itulah yg paling menggembirakan kita para isteri ni kan azah?

    ReplyDelete
  4. haha, nadiah memang tepat sekali tapi kakchik lagi suka suami cakap benar. sebab tu sblm diangkat kakchik minta cik abe rasa dulu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails