Followers

27.7.10

Komputer Termurah di Dunia, USD35 Sahaja

Salam perjuangan dan salam keamanan semua.

Hati kakchik sungguh teruja bila membaca berita tentang komputer termurah di dunia ni. India kini makin maju dalam menghasilkan gajet-gajet teknologi yang canggih dan mampu milik. Alangkah bagusnya kalau komputer ni dijual di sini, bolehlah kakchik beli. Maklum saja USD 35 tu hanyalah dalam RM100 lebih je.

Kalian pun tahu kan kakchik membutuhkan sebuah laptop baru sejak laptop kesayangan kakchik rosak awal bulan ni. Sekarang ni kalau pergi survey harga laptop di pasaran sekitar KB ni paling murah pun dalam RM1200 lebih, itupun jenis yang kecil tanpa DVD-player-writer. Kakchik perlukan gajet yang lengkap.

Tak tahulah sejauh mana performance laptop termurah di dunia yang dihasilkan India ni? Tapi, jika prestasinya sebagus laptop lain di dunia ni, memang berbaloilah dimiliki. Kat bawah tu ada sedutan berita dari The Newsfeed.

India Debuts Prototype for World's Cheapest Laptop

Kapil 
Sibal
(AP Photo)
How cheap? $35 cheap! And it's likely to get even cheaper.

The “laptop”-- which is a touch screen gadget that looks somewhat similar to the iPad--was unveiled this week by India's human resource development minister, Kapil Sibal.

The Guardian reports that it has been designed for students and will likely be rolled out in 2011.

Sibal says that for the $35 price tag they've been able to develop “the motherboard, its chip, the processing, connectivity… including memory, display, everything.” Reportedly, the device will use a memory card and can be run using solar power.

What's more, Sibal says the price is expected to go down, eventually being available for a mere $10.
Seronoknya... USD35 je. Senang bak bawa ke mana-mana. Huhu memang menggamit hati kakchik ni. Kalau ikut berita tu, semuanya lengkap, boleh digunakan dengan kuasa solar (jimat letrik), guna memori kad dan harganya mungkin akan turun lagi!

Tapi... ada DVD/VCD drive tak?

8 comments:

  1. wah.makin hari makin mcm2 benda manusia boleh buat.dunia teknologi zaman sekarang ni mcm2 ada.

    ReplyDelete
  2. sizuka, manusia semakin cerdik dan pintar tapi ramai juga yang menyalahgunakan kecerdikan dan kepintaran mereka. kalau jadi bijak macam org India kan bagus.

    ReplyDelete
  3. azry, kalau nak, kenalah tunggu tahun depan sebab 2011 baru nak dipasarkan.

    ReplyDelete
  4. Kak Chik,

    Jangan percaya barang2 dari India...memang le tersangat murah tapi semua cepat rosak. Kereta termurah pun dari India, baru 1 hari pakai dah terbakar...

    Suami akak tinggal setahun di India. Barangnya memang tidak berkualiti.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kak azah kerana kongsikan pengalaman tu. Setakat ni barangan dari India yang kakchik selalu beli ialah buku kanak-kanak dari Goodwords, alhamdulillah kualitinya bagus. Barangan lain tu takde pengalaman. Akak lebih tahu sebab suami pernah dok sana kan. Insyaallah angan-angan je nak beli laptop tu. Tak memenuhi ciri kehendak kakchik tu.

    ReplyDelete
  6. Macamana tuh bentuknya Kakchik? Mcm pelik pula Shira tengok. Hee..

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Chik,

    Kalau buku, India is heaven of books..Buku2nya adalah cukup murah, kalau kat sini beratus2 tapi di sana tak sampai pun seratus. Begitu juga dengan burqa..kat sana memang murah dan cantik cuma quality kain tak macam abaya dubai le..pakaian memang murahlah..Kalau shopping memang best tapi kalau barangan macam laptop tu baik kak chik beli di Malaysia shja sebab warranty nya ada di sini. lagipun banyak choice..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs