Followers

26.7.10

Perkongsian: Perlukah Berbogel Untuk Berdakwah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alangkah peningnya pemikiran sesetengah pembikin filem di negara ini. Kalau anda bersetuju dengan tajuk di atas maka anda juga samalah seperti mereka ini. Minta dijauhkan Allah. Kakchik terbaca dari ManggaOnline satu artikel berkenaan tajuk di atas tu, mashaallah... salahnya fahaman mereka.

Adakah perlu berzina dulu untuk berdakwah kepada penzina? Kalau kita ikut kaedah pembikin filem tersebut, begitulah caranya. Cuba baca artikel ManggaOnline di bawah,

Perlukah Berdakwah Dengan Berbogel?
Ditulis oleh Nonie Selasa, 06 Julai 2010 11:47

Akhir-akhir ini banyak penerbit mahupun pengarah filem mahukan sesuatu yang luar biasa untuk ditonjolkan dalam produk mereka. Yang terbaru, Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli mengaku berbogel dalam filem ...Dalam Botol.

Gambar hiasan pinjam dari sini.
Memanglah tertakluk dalam perlembagaan setiap individu yang hidup di dunia ini mempunyai hak asasi dan kebebasan, namun perlu difikirkan juga sensitiviti masyarakat sekeliling, lebih-lebih lagi di Malaysia yang kaya dengan adab sopan dan santun.(Bukan setakat itu ... yang paling perlu diambil kira ialah AGAMA ISLAM).

Tidak salah berbogel jika di rumah yang pastinya adalah tempat privasi kita, namun sekiranya untuk tontonan umum walaupun tidak menampakkan bahagian tidak sepatutnya, adalah satu kesalahan di sisi agama dan undang-undang.(Kenalah juga ada sifat malu pada Malaikat bila berseorangan).

Adakah perlu babak berkenaan semata-mata apabila pelakonnya mengakui mengambil keputusan tersebut agar lakonan nampak lebih realistik? Atau tiada pendekatan lain yang boleh digunakan untuk memberi mesej dakwah? (Tidakkah mereka mengambil pengajaran dari filem-filem Iran yang berjaya di peringkat dunia w/pun tanpa membuka aurat?)

Adakah dengan berbogel, dakwah yang ingin disampaikan akan berkesan dan lebih diterima? Rasanya belum pernah terdengar lagi orang yang terpaksa mencuri semata-mata ingin berdakwah kepada pencuri lain. (Matlamat tidak menghalalkan cara.)

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, sudah terdapat ratusan filem di negara ini yang bersifat mendidik dan tidak pernah ke tahap perlu berbogel. Pihak kementerian mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyiasat dakwaan itu kerana ia dianggap melakukan satu kesalahan. (Bukan dakwaan dah YB tapi kenyataan, pelakon sendiri yang mengaku di akhbar... boleh ambil tindakan dah tu.)

"Dari segi moralnya, berbogel di hadapan orang sudah salah, termasuk ketika berlakon memang tidak boleh. Ia salah di sini agama dan juga undang-undang kerana membuka aurat juga sudah berdosa, apatah lagi berbogel seperti itu," kata Jamil. (Berbuat DOSA ni bagi pelakon kita tidak apa-apa asalkan rezeki mereka 'HALAL'.)

Ada peruntukan undang-undang untuk kesalahan berbogel di hadapan orang. Belum ada mana-mana pelakon yang didakwa atas kesalaan itu, tapi sudah banyak kes di mahkamah yang mendakwa lelaki yang sengaja menunjukkan kemaluan mereka kepada orang lain. (Kes-kes tu berjaya diselesaikan ke? Atau jadi bahan ketawa saja...)

Proses pembikinannya awal-awal lagi sudah diprotes Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana sensitiviti yang ingin ditonjolkan, jadi bagaimana alasan berdakwah itu boleh digunakan. Matlamat tidak menghalalkan cara, sekalipun ingin berdakwah di dalam filem. (Setuju dengan JAKIM. Memang HARAM.)

Meskipun dibuat atas kerelaan sendiri namun adalah salah berbogel untuk tatapan penonton lebih-lebih lagi pelakunya seorang muslim. Di mana rasionalnya keperluan adegan itu kalau hanya sekadar mahu memberitahu watak Ruby lakonan Arja sudah menukar jantina? (Tak rasional langsung. Ikut nafsu semata. Banyak cara lagi boleh tonjol. Bahkan tak payahlah buat filem murahan macam ni.)

Mangga Online akui zaman ini gejala gay atau transeksual berleluasa sehingga dilihat biasa pada pandangan mata, namun tidak perlu terlalu ekstrem memperlihatkan adegan tidak sepatutnya semata-mata kerana realiti yang ingin ditonjolkan. (Tak perlu buat filem macam ni. Kenapa nak buat filem begitu?)

Tidak dinafikan adalah realiti kebanyakan individu mandi tidak berpakaian, namun perlukah diberitahu di layar lebar akan hakikat itu? (Tak perlu. menjatuhkan maruah seorang Islam. kenapalah cara orang barat juga yang nak ditiru?)

Filem ada bahasanya dan ada cara untuk memberitahu penonton watak yang sedang dilakonkan itu sudah menukar jantina. Melalui dialog pun boleh dan tak perlu berbogel bagi mengukuhkan kepercayaan penonton bahawa watak tersebut sudah menukar jantina. (Setuju)

Arja mungkin boleh dianggap berani untuk memberitahu kebenaran di atas apa yang dilakukannya semasa penggambaran filem yang sedang menjalani proses akhir itu. Tapi keberaniannya boleh dianggap tidak kena pada tempatnya. (Glamor murahan saja.)

Apatah pada masa ini isu kes video lucah membabitkan artis Indonesia sedang hangat dan turut mendapat liputan di sini.

Nampaknya filem terbitan Raja Azmi Raja Sulaiman ini sarat dengan kontroversi. Sejak awal pengumuman lagi banyak yang diperkatakan pasal filem ini. Malah filem yang pada awalnya dinamakan Anu Dalam Botol terpaksa dipotong anunya kerana tidak bersesuaian. (Dia tak pernah insaf. Kesian sekali. Semoga pintu taubat terbuka.)

Tulisan warna merah tu komen spontan kakchik. Memang cara Raja Azmi nak berdakwah ni tak kena. Kakchik kesian kat dia sebab dia ada kemahiran dan ilmu perfileman tapi sayangnya asas pendirian agamanya masih banyak perlu dikemaskini. Alangkah bagus kalau dia seorang yang taat beragama, tentu garapan filemnya Islamik. Oh, my wishful thinking.

14 comments:

  1. salam, kakchik...


    mereka ni fikir duit aje kot. kononnya dakwah. dakwah pekebendenye cemtu, huhu

    ReplyDelete
  2. Salams Kak Chik.

    Rasa pelik pula komen kat sini. :) Berkenaan dgn isu ni, aja ada baca masa mula2 keluar dulu. Agak terkedu & tatau nak cakap ape. Kalau nak kreatif pun, bukankah ada cara lain yg lebih elok lagi? Tindakan ni seakan-akan menghalalkan yg haram ...

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Sorry to say: Filem Raja Azmi tak satu pun saya tonton! Dari mula2 buat filem - entah apa2 je!!!

    ReplyDelete
  4. entahlah kak chik...dunia nak kiamat dah ni...

    sebab(pada pendapat sy)

    1.org yang bukan ulama atau pandai agama, nak berdakwah atau nak memegang hal ehwal islam kononnya..

    2.menghalalkan yang haram..atas nama seni dan dakwah..

    astaghfirullahalazim..sy rasa takut kak chik..bila mengenangkan nak menbesarkan anak(anak2)...kuatkah mereka menghadapai dugaan?semoga kita sebagai ibu bapa/sanak saudara berjaya membimbing mereka ke jalan Allah..

    peringatan buat sy juga...sy pun belum terasa sempurna dari segi amal ibadah...semoga Allah memelihara agama kita..amin..

    ReplyDelete
  5. Salam kak Chik,

    1. Filem Raja Azmi ni sedari awal hingga kini memangtak lepas dari kontroversi..

    2. Apabila duit menjadi Tuhan mereka, segala hukum hakam agama sanggup diketepikan.

    3. Glamour instant yang dicari, bold movement one of the daring actor. Tapi tak kemana nye pun..

    4. Tak fikir secara critical dan critis apakah impact in the future cuma berkarya atas nama seni..

    5. perkara ini tak akan ada kesudahannya. Kali ini actor lelaki berbogel..next time akan muncul actress wanita pulak.

    6. Pemimpin Malaysia kita ni memang sukakan hiburan..

    7. Judi dihalalkan dan dibutakan, t-shirt ada devil diwar-warkan...camne tu...

    ReplyDelete
  6. wkslm dni. marah tu nampaknya hehe. memang ken amarah bila benda-benda maksiat nak dibuat macam tu kan.

    ReplyDelete
  7. Wkslm aja.
    Hehe, memang kakchik pun rasa pelik sebab aja selalu di KakChik's Wardrobe.
    Memang tindakan nak menghalalkan cara la tu.

    ReplyDelete
  8. Wkslm kak e. Samalah kita. Kakchik memang tak minat langsung nak tengok sebab baca sinopsis dan publisiti pun dah naik muak.

    ReplyDelete
  9. catlina. memang dunia dah akhir zaman. orang berebut nak buat kebaikan tapi masih ada yang nak mepromosikan kejahatan. moga dia dapat taufik dan hidayah ALLAH.

    ReplyDelete
  10. wkslm kak azah.
    Satu pun point akak tu kakchik tolak, semua setuju kak.
    Entah bila kerajaan kita ni nak betul2 takut pada Allah? Kalau takut pada Allah tentu pak menteri haram terus cadangan pembikin filem macam ni.

    ReplyDelete
  11. salam kakchik,

    saya tak ikut sangat perkembangan filem ni, sejak anak dah membesar ni tv pun tak tengok sebab banyak pengaruh yg tidak elok.

    saya jujurnya tidak berapa gemar dengan filem melayu yg tidak tahu malu begini... lebih suka tengok cerita kartun jer..

    upin ipin lagi best! :D

    ReplyDelete
  12. Wkslm wan.
    Kakchik pun sama Wan, dah lama sangat tak betul2 tengok tv apatah lagi nak tengok filem. Tapi bial dah kerja melibatkan suratkhabar, setiap hari kena membelek 5, 6 jenis suratkhabar hardcopy dan lbh byk lg akhbar online, maka kakchik akan dapat tau juga isu2 macam ni. Rasanya elok juga kakchik kongsikan keran ada kemungkinan anak kita, adik kita akan terasa nak tengok filem pasal gay yg pertamanya di negara kita ni. selagi boleh dipantau memang baguslah sb kita yg tentukan bahan tontonan mereka. tapi kita kena ambil tahu agar senapang dakwah kita lebih ampuh.

    ReplyDelete
  13. Salam kakchik,

    Sekiranya Raja Azmi memang benar nak berdakwah melalui filem, mengapa beliau sendiri tidak memulakan dulu dengan memakai sehelai kain penutup kepala, yakni akan menutup auratnya (baca : tudung)?

    Tapi kita tak boleh nak salahkan para pengarah atau produser filem semata-mata.. Mereka hanyalah segelintir umat yang termakan propaganda barat iaitu hak asasi manusia.. Sekiranya kebebasan tingkah laku dan bersuara yang mereka laungkan, maka mereka memang termakan propaganda Barat..

    Lagipun, dengan tidak diterapkan sistem Islam sebagai segala penyelesaian bagi permasalahan umat manusia, selagi itulah filem-filem sebegini akan dihasilakn..

    ReplyDelete
  14. wkslm shira.
    soalan yang sangat bagus dan perlu diajukan kpd raja azmi.
    ada kemungkinan pandangan shira tentang para produser tu ada benarnya. bila duit jadi raja, apapun boleh menjadi alasan.
    untuk pastikan segala nilai Islam boleh disalurkan ke dalam filem, kita perlukan pentadbiran negara ini di tangan Islam.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs