Assalamualaikum dan salam bahagia semua.
Kali ni nak tulis sikit pasal persiapan hari raya tahun ni. Kalau umur panjang insyaallah sempat lagilah berhari raya dan memakai barang-barang yang dibeli. Sebenarnya kami suami isteri ni jarang buat persiapan untuk raya tapi sebab kakchik ada beli beberapa barang baru, rasanya eloklah disimpan untuk raya nanti.
Tujuan kakchik tulis tajuk di atas tu bukan kerana beriya-iya nak beraya ya. Yang patut beriya-iya ialah kakchik nak masih ada umur melaluinya iaitu puasa Ramadhan lagi. Post ni hanya nak kongsi gambar je. Sebelum ni dah kongsi kat KakChik's Wardrobe jadi hari ni nak kongsi kat sini.
Dibeli di Vincci baru-baru ini.
Oleh kerana kakchik sudah punya abaya baru yang black-on-black, kakchik ingat nak matched dengan kasut ini dan mungkin hijab yang semacam ini:
Baru angan-angan je ni. Tudung tu kemungkinan warnanya akan kakchik cari yang pudar sikit dan semestinya lebar dan panjang. Senang nak buat biar jadi purdah sekali.
Ini pulak abaya baru kakchik:
Beli yang simple saja.
Asalnya beli kasut untuk pakai saja-saja, tapi fikir semula, elok simpan untuk raya ajelah.
wah bestnye dah siap2 beli utk raya:)
ReplyDeleteAbaya ni wpun simple tetap cantik kan...
ReplyDeleteBie pun peminat abaya juga...sebelum ada ank mmg rajin pakai abaya bila kuar jalan2...dan sepanjang pregnant mmg tak pyh beli baju mengandung just pakai abaya je gi keje hari2...tp bila ank masih kecil dan menyusu terpaksa simpan abaya dlm almari...susah nk jumpa abaya yg ada butang di depan.
sizuka, asalnya nak pakai dah tp bila difikir semula, masuk syaaban dan ramadhan tak payah dah nak sibuk membeli-belah ye tak?
ReplyDeleteBie, tak sangkalah pulak hehe. Anyway, sekarang dah banyak abaya belah depan sama ada berbutang atau berzip. Senang dah ibu2 menyusu yg pakai abaya. Kakchik pun ada jual kat Abaya Elegan.
ReplyDeletesalam chik...
ReplyDeletewah..dah ada persiapan raya..memang bagus kalau awal2 kita siapkan..takde la lasti minit kan..tapi kalau beli last minit ni pun syok jugak..sebab tengok macam2 ragam orang membeli.. :P
wkslm cikmin.
ReplyDeletehehe, suami kita tak berapa nak rajin kalau shopping last minute tu. nanti chik sorang2 je kena shopping.
takpe... cuci mata je lah nanti. kalau membeli pun mgkn utk ummi, ayah, mil dan fil.
dah ada kasut raya kakchik....
ReplyDeleteuuhh... jelesnya saya ni ntah dapat ke tidak kasut raya tahun ni...
gojes la kasut tu kakchik! dni suka ^__^ wowww.... dni lom beli lagi kasut raya... tak saba nak g beli ni... t bulan posa tentu ramai orang kat mall jenuh nak cari parking lak. baik beli sekarang. kalau tdung raya, dni nak beli tudung kat avon. bulan depan dijual, tudung datin norjuma tau kakchik :)
ReplyDeletewan, kasut kerja bertukar jadi kasut raya. kalau ada kasut lain yg masih elok dan bersih, pakai je wan.
ReplyDeletekakchik asalnya nak gantikan kasut rorrine yg dah sangat lusuh tu tp sayang la pulak hehe.
tenkiu dni. ha'ah kb mall tu tau sajolah lagu mano bila masuk ramadhan.
ReplyDeletekalau gi avon atas billion tu singgahlah kedai buku kakchik, maribaca. depan avon jah.
nanti tayang gamba kak chik ye..
ReplyDeletemiza, kena tunggu rayalah hehe
ReplyDeleteKak Chik, hijab tu lawa kalau dipakaikan dengan Kak Chik punya abaya. Very cun melecun! I suggest cari warna hijab yang (just because I love red color)
ReplyDeleteKak Chik dapat mana gambar hijab tu? Menariklah design dia...
terima kasih nisa'. gambar hijab tu dari polyvore.com dik. kakchik pun sk design dia.
ReplyDeleteSemua pilihan kak Chik saya suka...kak Chik ni boleh jadi fashion consultant la..kalau kat US sure dah famous and fabulous..:-) The red shawl tu very gorgeous match the shoes perfectly.
ReplyDeleteTerima kasih Azah atas kata-kata semangat ni. Hmm... kenapalah kakchik tak create kerja macam tu kan? Fashion consultant ni mahal juga komisyen dia, hehe. Just kidding.
ReplyDeletewah, merah la kakchik thn ni.. hu2..
ReplyDeletesekali-sekala dik awrapurnama, apa salahnya kan?
ReplyDelete