Followers

9.7.10

Roti Naan & Sardin Masam Manis

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Alhamdulillah sebab masih dapat bersiaran malam ni. Tadi kakchik rehat-rehat sebentar sambil menonton Slumdog Millionaire. Belum habis tonton lagi, kena pause bila cik abe hints nak makan sesuatu. Hmm... kena ada tindakan pantas ni. 

Alhamdulillah ada sebungkus roti naan segera jadi cepat-cepat kakchik goreng  (roti tu dah 2 minggu dibeli :D ) dan sediakan kuah sardin masam manis sebagai sos pencicahnya. Tapi... tak seronok sangatlah sebab boleh ambil gambar tapi tak dapat nak download sebab software berkenaan utk kamera special kakchik tu dok dalam laptop yang rosak.

Jadi, kakchik pinjamlah gambar dari Google. Nak serupa dah gambarnya cuma roti naan kakchik ni bentuknya macam segitiga sikit.

Roti Naan - gambar dari Libertas - Reborn

Alhamdulillah tiga keping roti naan dan semangkuk kuah sardin masam manis berjaya juga dihidangkan untuk cik abe dalam masa tak sampai 20 min. Kakchik cuba makan sikit, mmm... boleh tahan yummy.

Kuah Sardin (hampir serupa) - gambar dari Aneka Resepi Sardin

Memang kena ada bekalan makanan segera macam roti naan, roti canai, chicken chop (belum buat lagi), sosej dan seumpamanya. Berguna bila emergency macam tadi.

Kalau nak belajar buat sendiri pun boleh. Ada banyak video yang boleh kita tengok dan tiru. Misalnya yang di bawah ni, simple je.



Syukur...

4 comments:

  1. Salam kak Chik,
    Simple dan menyelerakan..akak pun suka roti nan..Makanan instant macam tu memang kena selalu ada stock. In case of emergency midnight craving.

    ReplyDelete
  2. Wkslm Azah.
    Hehe, cik abe tu sblm makan dgn kuah tu dia makan begitu saja. Macam sedap je. Betul tu kena ada emergency stock macam ni.

    ReplyDelete
  3. shedapnya....lapaq nih...

    ReplyDelete
  4. @yuE, kalau lapaq, nak kena pi kedai carik

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails