Followers

1.7.10

Filem Harry Potter and The Deathly Hallows

Assalamualaikum semua.

Kakchik nak tanya, antara kalian semua siapa yang dah habis membaca kesemua siri Harry Potter? Wah... tentu ramaikan? Kakchik ni antara peminat Harry Potter yang sanggup booking awal untuk mendapat terbitan pertama buku ini di setiap keluaran. Tapi ada juga yang terlepas jadi kenalah membelinya pada harga biasa yang beratus ringgit tu.

Sebahagian dari buku Harry Potter kesayangan kakchik.

Hari ni sudah hangat diperkatakan, filem Harry Potter bagi siri yang ke-6 tidak lama lagi akan turun ke pawagam. Maknanya tak lama lagi koleksi filem ini akan menjadi sebahagian koleksi kakchik. Kakchik pun manusia juga, ada minat tertentu tapi tidaklah sampai melalaikan. Insyaallah.

Jom kita tengok trailer filem Harry Potter and The Deathly Hallows.



Sejak kali pertama membaca siri pertama buku ini di Zahra', kami terus tersangkut. Memang menyeronokkan membacanya dan membantu penguasaan bahasa Inggeris kakchik. Walaupun ada pihak yang mempertikaikan membeli dan membaca buku siri Harry Potter ni, bagi kakchik, dengan kefahaman kita terhadap agama kesayangan kita ini, insyaallah kita akan tahu bagaimana untuk mengawal pengaruh bahan bacaan kita.

Kalau Allah izin dapatlah kakchik tengok filem ini satu hari nanti.

6 comments:

  1. Tak pernah pun baca buku dia. tengok movie je hehehe. dorg ckp yg last ni ada 2 parts kn. satu on november this year, satu lagi july nest year. tataw la huhu

    btw, click ur nuff ; inception :)
    return the favor blh? hehe :P

    ReplyDelete
  2. wah cantik2 buku nye...tak pernah sy tgk..ehehehe...tgk movie je selama ni...bagi sy ok la ceritanye...tak la sy suka sgt mcm peberet movie sy lost n desperate housewife.......maybe harry potter lebih kebudakan kot..

    tapi sy layan jugak..ehehhehe...sbb famous tul cerita tu..

    ReplyDelete
  3. Hudhud, baca bukunya lagi seronok dari tengok filem. Tapi bila dah tengok filem akan spoil sikitlah bila baru nak baca buku hehe.
    Kakchik belum dengar tu pasal 2 parts tu. Tak kisahlah kan asal dapat tengok.
    Thanks ya hudhud. Nanti kakchik cuba tengok ada ke iklan yang menarik utk kakchik klik.

    ReplyDelete
  4. kagumnya dengan koleksi akak!

    ReplyDelete
  5. asha, baca bukunya lagi best. kakchik lebih suka baca buku dulu sebelum tengok filem. filem dah banyak ubahsuai selalunya. hilang sikit kick dia. hehe, kakchik ni banyak tengok yg movie sesuai kanak-kanak sb kakchik buat kajian kanak2 dan membaca. HP ni sesuai utk seisi keluarga, syarat anak2 kena tonton dgn ibu bapa utk kawal fahaman tahyul dll.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails