Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam Nisfu Syaaban.
Petang-petang ni kalau kakchik balik awal, rumah kami jadi tumpuan anak-anak saudara. Kalau mereka rajin, mereka baca buku. Kalau malas mereka suka ke sana ke mari dalam rumah ini atau kat serambi. Seronok dan terhibur sekali dengan pelbagai telatah mereka.
Terhibur kami berdua dengan kerenah beberapa orang anak-anak saudara ni. Ini belum ada semua lagi ni tapi rumah dah riuh-rendah dengan suara mereka. Ada yang sedang semangat membaca buku macam Amriena dan Amierah. Ada yang suka bercerita non-stop macam Emran dan Amni. Ada yang suka makan macam Ikhwan dan Iffah dan ada yang suka dikendong hingga terlena seperti Eqbal.
Inilah selalunya suasana petang di teratak kakchik dan cik abe.
Sesi membaca di ruang membaca bawah tangga. |
Bermain-main di depan rumah. |
Si kecik yang suka didukung. |
Gambar lama tapi si comel Amni ni memang suka makan coleslaw. |
Hilang stres bila dapat bermain-main dengan mereka. Orang lain tak faham perasaan ini tapi kakchik memang sangat sayangkan semua anak-anak saudara kakchik termasuklah yang lain-lain yang tidak ada di dalam gambar ini.
Semoga Allah melindungi semua anak-anak saudara kakchik dari mara bahaya buatan manusia ataupun syaitan. Amiin.
Assalamu'alaikum kak chik :)
ReplyDeleteMoga Allah rezekikan kita dengan zuriat yang soleh solehah, penyejuk mata dan penawar hati. Allahumma ameen.
Salam Kak Chik,
ReplyDeleteSeronok tengok meriahnya rumah kak chik dengan suara kanak2..tak menang tangan dibuatnyakan? alhamdulillah..
aminn:)
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Wardahul Shaukah, semoga Allah perkenankan doa kita. Amiin.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Kak Azah, alhamdulillah kak. Meriah dan terhibur sekali.
ReplyDeleteTerima kasih sizuka.
ReplyDelete