Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua teman-teman tersayang.
7 Ogos nanti Hari Terbuka OUM, kakchik buka gerai. Jemputlah datang ya. |
Terlebih dahulu maafkan kakchik kerana belum membalas komen di beberapa post terdahulu dan juga di kotak jerit shoutmix di sebelah. Sejak pagi semalam semua post yang di'publish'kan di sini adalah telah kakchik skedulkan sejak awal pagi. Maknanya pada waktu tertentu satu post akan diterbitkan secara automatik. Ini semua kerana kakchik menggunakan sepanjang hari untuk menelaah modul-modul pembelajaran dan mengemaskini tugasan yang akan dihantar hari ini (alhamdulillah, sudah pun dihantar sebentar tadi).
Oleh kerana ada sedikit urusan keluarga kakchik minta balik awal dari tutor dan alhamdulillah mereka mengizinkan. Tapi petang ini selepas Jumaat masih ada satu kelas lagi iaitu Teaching of Grammar. Jadi kakchik ada masa lagi untuk membaca serba-sedikit beberapa bab terakhir modul subjek tersebut.
Suasana di Dataran Ilmu, KB tempat kulaih Jumaat. |
Tok Guru sedang memberi kuliah. |
Beramai-ramai mengaminkan doa Tok Guru. |
Di hari Jumaat ni hati memang teringin sangat untuk ke kuliah tok guru di Kota Bharu tapi sudah beberapa kali kakchik terlepas peluang. Kadang-kadang kalau tak dapat hadir mendengar kuliah agama, alternatifnya ialah kuliah online secara live ataupun yang dirakam di youtube. Cuma hilanglah sedikit keseronokannya kerana tidak berada dalam suasana di tempat kuliah.
Kakchik tak boleh lama-lama ni. Insyaallah petang nanti kakchik akan update sekali lagi blog ini dengan cerita-cerita lain. Menarik atau tidak tu terserahlah kepada para pembaca. Wassalam.
Salam kakchik,
ReplyDeleteramai kan yang hadiri kuliah Tok Guru tuh..
Biasanya kuliah tuh diadakan di dataran mana?
salam kakchik,
ReplyDeleteInsyaAllah kalau dni lapang masa tu dni singgah ke gerai kakchik ;)
ramai jugak ye yang hadir bagus la...kekadang orang kita kalau ceramah pasal agama ni kurang je...yang datang..tapi ceramah tok guru cam ramai je
ReplyDeleteWkslm shira. Alhamdulillah memang ramai sekali. Dataran Ilmu tu ialah sepanjang Jalan Dato' Pati, KB. Biasanya hari Jumaat jalan tu akan ditutup dari awal pagi hingga jam 12 tgh untuk beli laluan kepada 2 siri kuliah agama.
ReplyDeletewkslm dni. jemput ya. sehari je hari terbuka oum ni.
ReplyDeleteshiori, kehadiran tu boleh tahan, ada kot dalam min 3 ribu org. alhamdulillah sejak 20 tahun lalu, pagi Jumaat rakyat Kelantan ramai berkumpul di situ. tapi masih ramai yang berbungkus dlm selimut. Jumaat kan hari cuti umum.
ReplyDelete