Followers

24.7.10

Bila anak-anak gadis menukar baju kurung kepada seluar jeans

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar kalian di hari Sabtu yang mendung ni? Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kakchik dan cik abe alhamdulillah dua-duanya sihat. Sekarang ni kakchik di Zahra' sedang memantau para pengunjung yang datang. Hari ni jumlah pengunjung sehingga jam 11 pagi tidaklah seramai hari-hari Sabtu yang lain. Ramai... tapi tidaklah padat.

Dari perhatian kakchik sepanjang 2 jam di bahagian lobi perpustakaan ni semua remaja perempuan yang masuk memakai seluar jeans, bert-shirt paras pinggang dan bertudung kecil. Manakala beberapa orang kanak-kanak sekolah rendah berbaju kurung, berseluar panjang dengan t-shirt paras lutut dan bertudung paras dada. Oh, sekarang ada seorang remaja kolej datang dan berbaju kurung.

Apa yang kakchik nak sentuh di sini ialah remaja hari ini lebih gemar berseluar jeans atau seluar panjang berbanding berbaju kurung atau mana-mana pakaian yang labuh. Dalam hati kakchik ada rasa sayu dan kesian melihat pilihan pakaian mereka. Iya, alhamdulillah mereka masih berpakaian penuh walaupun tidaklah menepati ciri pakaian Islam yang menutup aurat dengan sempurna.

Banyak kekurangan yang kakchik lihat bila remaja suka berpakaian seperti di bawah:

Contoh kesilapan dalam berpakaian.

Of course la mereka tidak memakai kasut tinggi tapi kasut biasa atau selipar sahaja tapi pakaian atasnya sama macam gambar di atas. Kekurangannya ialah:
  1. Kurang sifat kelembutan seorang perempuan.
  2. Cara berjalannya agak laju
  3. Cara duduknya yang agak bebas, memanglah mudah nak melangkah dan memanjat tapi macam hilang seri keperempuanan gitu.
  4. Nampak tangkas - sepatutnya sifat ini ada pada lelaki tapi bila selalu berseluar kita sendiri pun dapat rasa kita lebih bebas bergerak.
  5. Ciri sopan-santun makin kurang 
  6. Tingkah-laku agak bebas
  7. Tutur-kata juga makin hilang lemah-lembutnya
  8. Ketawanya agak terbuka
  9. Dengan lelaki pun bebas bergaul.
  10. Tidak cantik.
Berpakaian begini pun cantik, sopan dan menutup aurat.
Ini pemerhatian kakchik ya bukan ambil fakta dari mana-mana kajian atau penulisan. Oleh kerana kakchik bekerja di tempat awam, jadi kakchik selalu memerhatikan tingkah-laku masyarakat kita terutama bila berkaitan dengan wanita, pakaian dan Islam.

Bukan bermakna bila kita berpakaian sopan seperti berbaju kurung, berjubah dan seumpamanya kita sudah baik segala-galanya, tidak... jangan fikir begitu kerana kita juga makhluk lemah dan tidak sempurna. Tapi amat berbeza sekali sikap dan sifat kita sebagai perempuan, wanita atau muslimah bila kita berseluar panjang.

Nampak manis dan sopan.
Secara peribadi kakchik rasa mendidik anak-anak perempuan berbaju kurung adalah lebih baik untuk iman mereka. Bukan sekadar nampak cantik tapi keayuan perempuan Melayu Islam juga terserlah. Manis dipandang dan insyaallah lebih baik akhlaknya.

12 comments:

  1. rasanya ibu bapa juga yang mendidik mereka berseluar. bila dah besar pilihan pakaian sebegitu mmg banyak.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak chik,

    yang paling menyakitkan hati,rasa nk tarik je tudung tuh..sb seakan sama dgn omputih sini...pakai tudung nmpk rambut.pastu bju tu jgn cetela..ketat,singkat sume...adeiiii..letih je tutup pala tuh,baik bukak terus.

    itu yang sya paling geram tgk.

    baik bukak dr pakai tudung tuh.

    kak chik,kdg2 ibubapa dh ajar tetapi pengaruh kekwn.ada tu dpn mak ayah pakai tudung litup,jauh mak ayah tudung simpan.huhuhu..saya pun pening dgn situasi gini.takut terjadi pada anak2 kita sendiri.mintak dijauhkanla.pasal bila derang besau,derang bebas dr kita.

    kita rasa doa ibu kena senantiasa ada lam solat utk lindungi mereka dr semua ni.

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikummussalam CT.

    Tentu dalam hati terfikir, mak ayah diorang ni tak tengok ke pakaian anak-anak? Kat sini yang pakai tudung nampak rambut tu selalu orang dewasa, remaja ni stail tudung singkat atau nampak tocang di belakang. Entahlah CT, susah benar rasanya nak berdakwah soal pakaian Islam ni dengan remaja kita. Pengaruh rakan sebaya sangat kuat dan ibu bapa pula ada yang bersikap, asal dia pakai tudung.

    Kakchik setuju pasal doa tu tapi harapnya terlebih dahulu ibu bapa juga pakailah pakaian menutup aurat dgn sempurna.

    ReplyDelete
  4. saya pun suka kenakan seluar bila keluar, kalau berjubah pun dalam tetap dengan seluar panjang... hehe

    ni sekadar pandangan saya sahaja kakchik, kadang2 bila berseluar lebih terjaga aurat berbanding pakai kain, bila berjalan kdg kain boleh terselak, bila duduk pun begitu, tapi seluar insyaAllah cuma seluar tu kenalah longgar dan baju labuh ke paras lutut.

    Macam anak saya juga nampaknya suka berseluar, mungkin sebab ibunya selalu kenakan seluar utk dia walaupun pakai dress, seluar tetap pakai di dalam sebab taknak anak nampak seksi bila berkain, maklum sahaja anak2 terselak sana-sini, itu yg suka dipakaikan seluar panjang.

    ReplyDelete
  5. wan, kakchik pun pakai seluar panjang juga wan tapi dalam abaya la kan.
    kakchik setuju dgn pandangan wan tu jika seluar dipadankan dengan baju yang labuh, tiada masalah kerana masih ada nilai kelembutannya. yang kakchik tidak setuju ialah bila bajunya singkat dan tudungnya kecil.
    sebaiknya begitulah, kenakan seluar panjang w/pun memakai kain agar bila terselak, terjaga aurat kita dan anak-anak.

    ReplyDelete
  6. salam kak Chik,

    Ibu bapa banyak memainkan peranan dalam mendidik anak2 cara2 berpakaian ini. Kekadang sedih gak bila jumpa students di luar sekolah tak pakai tudung, jeans ketat, make-up lagi sampai akak sendiri tak kenal.

    Tapi ada juga students yang suka berabaya bila melihat akak hari2 ke sekolah berabaya malah ada jugak yg nak beli utk ibu mereka..:-)

    ReplyDelete
  7. wkslm kak azah.
    memang benar kak. didikan bermula dari rumah. di sek tu mereka terikat dgn peraturan tapi bila di luar mereka bebas walhal ada peraturan agama. alangkah bagus kalau anak-anak didik ni semuanya baik-baik tapi kehidupan ni tidak sebegitu, mesti ada yang berlawanan barulah kita dapat praktikkan dakwah skills kita.

    ReplyDelete
  8. Salam, kakchik..

    Shira setuju dgn kata2 Wan Anie.. Memang lebih elok pakai seluar di dalam jubah/jilbab/abaya/kain.. Sebab kalau tidak, akan kelihatan lebih seksi daripada biasa..

    Shira dulu memang suka pakai seluar.. Tetapi setelah faham bahawa harus memakai jubah/jilbab, maka seluar tidak juga tinggalkan.. lebih2 lagi sekarang, kerana ayah shira memberi kebenaran utk shira memakai jeans..

    Jadi, kdg2 kwn2 pelik bila shira ckp shira pakai jeans dan pakai seluar.. Dan shira ckplah, shira pakai jeans di dalam jubah..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  9. salam kak chik,

    saya pernah alami zaman perubahan dr pakai baju kurung ke berseluar...tapi tidaklah ke tahap yg teruk.
    rasanya benda ni berlaku sbb terpengaruh dengan kawan2 dan suasana sekeliling. Seingat dulu kalau saya balik ke TRG sy amat segan nak berseluar bila keluar...lebih selesa berbaju kurung,mungkin sebab suasana dan juga dekat dgn ibu bapa...sebab famili saya amat jaga dalam bab2 ni...
    Tapi bila balik Uni...huhuhu...tak segan pulak . sebab kawan2 pun pkai macamtu.
    tapi keadaan pakairemaja kita sekarang ni terlampau sgt. kita yg tengok pula jadi malu...
    setuju sangat peranan ibu bapa amat ptg dalam hal ni...didikan agama perlu dititk beratkan.

    ReplyDelete
  10. Wkslm Shira.
    Memang yang paling baik ialah memakai seluar panjang di dalam kain. Kakchik pun amalkan begitu demi keselamatan dan pergerakan yang lebih pantas. Pakailah jeans atau apa saja jenis seluar panjang asalkan baju luarnya labuh dan tidak menampakkan bentik peha dan betis kita. Pakai seluar tak salah bila kena caranya.

    ReplyDelete
  11. Wkslm Suzi.
    Kakchik faham, itulah pengaruh rakan sebaya. Kalau diperhatikan memang pengaruh rakan ni sangat kuat terutama bila jauh dari ibu bapa. Tapi asas agama yang dlm diri Suzi tu masih berjaya menjaga maruah Suzi, alhamdulillah. Ha'ah zaman sekarang ni memang isu pakaian remaja ni sangat membebankan jiwa mungkin sebab ibu mereka yang juga berpakaian begitu (baru jumpa contoh ni ptg semalam).

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs