Followers

13.7.10

Orang kata kalau tekak sakit elok makan aiskrim

Assalamualaikum dan salam petang semua.

Petang ni tekak kakchik terasa perit-perit sikit. Macam tanda-tanda nak selsema semula je. Ini yang kurang enak ni tapi balik kejap lagi kakchik nak singgah cari aiskrim la. Teringat sangat-sangat Mango Icecream kat DailyFresh. Mmm... yummy!

Gambar pinjam dari blog Shopping-Shopping Di Kelate
Tapi sebab ada sikit kemalasan nak memandu ke KB Mall semata-mata untuk makan aiskrim Mango ni, ada baiknya kakchik singgah di Mydin Kubang Kerian. Lagipun dalam perjalanan nak balik rumah tu. Kalau ke KB Mall tu macam melawan arus pulak.

Pernah pergi DailyFresh tak? Kalau kat KB ni yang kakchik tau kedai yang kat dalam KB Mall tu je. Tingkat 1 depan butik First Lady atau kedai kasut Esarli. Warna teman kedai dia pun kena sangat dengan minat kakchik, apple green.

Tengoklah ni:

Emran kat depan DailyFresh yang serba ceria.
Kat sini pun ada snek yang ringkas tapi enak - jagung stim.
Nampaknya nak kena kemas dulu. Kakchik kat kaunter ni memasukkan data buku-buku sumbangan yang belum habis kakchik key-in. Insyaallah sehari dua lagi siaplah tu.

Ok, jumpa lagi malam ini jika diizinkan Allah. Wassalam.

4 comments:

  1. lamanya tak makan icecream....

    pantang tuk aiesyah sebenarnya sebab dia tak boleh makan sejuk2 nanti dadanya berombak kuat...

    ReplyDelete
  2. kakchik pun dah lama tak makan aiskrim atau air batu ni terikut-ikut tabiat suami yg tak suka benda sejuk tapi tahun ni dah terbuka puasa dah hehe.

    aiesyah ada asthma ke wan? anak2 sedara kakchik pun tak boleh makan sejuk.

    ReplyDelete
  3. haah kakchik, diakan ada alahan sket...

    kadang tu beli juga sebab kasihan dengan dia terliur bila tengok kawan2 makan, tapi tidak boleh kerap.

    dr pun tak kasi makan yogurt, vitagen apa semua tu.... hai memang dia suka sgt bende tu...

    ReplyDelete
  4. Patutlah... kalau gitu elok ikut nasihat pakar la kan. Kalau tidak kesian anak tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails