Hari ni kakchik cuti dan sebelah pagi tadi kakchik dan ummi keluar shopping barang-barang dapur. Asal niatnya nak shopping kat tepi jambatan tu je tapi kakchik teringat dah dua hari tak jenguk MariBaca jadi pecut ajelah ke Kota Sri Mutiara.
Bila selesai urusan di MariBaca, kami berdua buat keputusan untuk shopping dalam Billion Supermarket saja lagipun harga barangan basah agak murah berbanding di pasar basah biasa. Misalnya harga ikan kerisi di luar RM10.00 sekilo, kat Billion RM7.99 sekilo. Jimat dalm RM2 kan?
Tapi post yang ni bukan pasal apa yang kami beli... kali ni kakchik nak kongsikan satu email yang masuk ke inbox pagi tadi iaitu pasal Pokok Beracun yang biasa digunakan sebagai pokok hiasan di banyak rumah. Dulu-dulu kami pun ada tanam tapi dah mati. Laaaaama dulu.
Ini kandungan emailnya:
Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.
Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".
Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.
Kakchik tak pasti dakwaan penulis email ni benar atau tidak sebab emailnya takde fakta sains dan seumpamanya. Tapi pengalaman masa kecil dulu selalu juga dengar orang jadi kegatalan berpanjangan hingga rosak kulit bila terkena getahnya.
Email ni dihantar oleh kenalan yang bekerja dengan tumbuh-tumbuhan. Mungkin ada kebenarannya. Allahu'alam.
saya pun dapat jugak email ni kakchik, cuma tidak tahu kebenarannya...
ReplyDeletepokok ni memang selalu ditanam sebagai pokok hiasan laman rumah....
dni tak ada pokok ni..isk3 bahaya juga ye
ReplyDeletesaya juga tidak tahu sejauh mana kesahihannya...tp tidak pula meragui..
ReplyDeleteorg kata prevention is better than cure..
:)
wan, mgkn sb takde fakta yg kukuh kan tapi kita hati-hati ajelah.
ReplyDeletedni, tahap bahaya atau tidak tu tak pasti sb takde bukti.
ReplyDeletebetul tu tukang kata. lebih baik hati-hati kan?
ReplyDelete