Assalamualaikum dan salam petang ahad yang indah untuk semua.
Kakchik ni masih lagi agak kesusahan bila nak mengemaskini blog atau melakukan urusan berkaitan kedua-dua bisnes kakchik. Paling tak selesa ialah bila nak masuk myLMS OUM iaitu diskusi online yang perlu disertai oleh setiap pelajar OUM.
Jadi kakchik kena cari jalan untuk menambah dana kewangan agar cepatlah kakchik dapat membeli sebuah laptop baru. Bajet harga sekitar RM2 ribu ke bawah je. Bila terfikirkan yang blogging juga ada membantu kakchik membuat sedikit duit, kakchik ingat duit hasil iklan Nuffnang tu bermula bulan Julai ni kakchik nak kira ianya sebagai Tabung Laptop Baru kakchik.
4 Buffered Earning yang sedang aktif |
Bulan ni masih ada 4 iklan Buffered yang aktif di dua blog kakchik iaitu Keluargaku Sayang dan Abaya Elegan. Kakchik berharap dengan kesudian para bloggers melawat blog-blog kakchik, akan bertambahlah hasilnya. Kakchik paling suka tetamu datang dan baca serba sedikit kemudian komen.
Gambar-gambar screen capture ada tapi dari tadi nak upload tak boleh, Tak tahulah apa masalahnya. Nanti kat rumah kakchik cuba upload semula. Hanya sempat upload sekeping je.
Mohon sokongan dari semua agar hasrat hati kakchik tercapai. Bak kata orang, patah sayap takde laptop di zaman sekarang ni.
Kak.. Kongsi la tips camne nak dapat buffered earnings.. Saya tak pernah dapat pun.. Mungkin sebab traffic tak kencang lagi. :D
ReplyDeletefahmi, kakchik takde tips sebenarnya cuma terus menulis, berkawan, ziarah blog kawan, blogwalking bila ada masa, ping blog di Innit Nuffnang, di Gengblogger dan di Facebook, itu je yang kakchik buat setiap hari. tak tahulah yg mana satu yg berjaya menarik minat pengiklan buffered tu.
ReplyDeletetahniah, kakchik... seronok kan ada BE... bahagiamelihatnya terpampang kat akaun nuff.. syukur Alhamdulillah.. ;)
ReplyDeletesy doakan tabung kak chik akan mencukupi segera!amin!
ReplyDeletewaa..da dpt brape? ribu riban da ke?hehhe..
ReplyDeletesame la kite..x tau cam ner dpt BE tu..tiba2 je ade 7..hahha..alhamdulillah..UV average 20 je ari2..pelik2
I'll support you kak chik..Good luck ya.
ReplyDeleteNisa tak tahu di mana Innit Nuffnang tu =(
ReplyDelete& semoga apa yang Kak Chik inginkan akan menjadi kenyataan, insha'Allah.
harap benda yg sama huhuu
ReplyDeleteterima kasih dni. alhamdulillah... memang hati lebih happy bila ada BE :)
ReplyDeleteterima kasih catlina. amiin.
ReplyDeletewan hafiz ni menyindir kakchik ke? kakchik ni bukan berniaga di sini dik, dapat ratus-rauts pun alhamdulillah.
ReplyDeletetahniah la dpt banyak BE. pengiklan ni dia ada kriteria sendiri utk mengiklan BE kat blog kita. rezeki tu.
thanks a lot kak azah.
ReplyDeletenisa', bila login ke Nuffnang, cuba scrol ke bawah pada default page dashboard tu. kat petak paling kanan warna kuning tu innit nuffnang. dia macam forum dan tempat utk kita ping update terkini blog kita. kena login juga pakai id nuffnang sebab innit tu eksklusif utk member yg statusnya glitterati.
ReplyDeleteterima kasih nisa'.
Azuan pun sedang menabung utk laptop baru ke?
ReplyDeletesaya doakan tabung ni cepat penuh yer kakchik
ReplyDeletesaya tengah tunggu cek nuffnang, harapnya dapat sebelum puasa, saya pun tgh tambah dana untuk gadget yg nak digunakan utk bisness...
terima kasih wan.
ReplyDeletekakchik pun sdg tunggu cek kedua. 26 jun kakchik cash out. tak lama cek kita sampailah, insyaallah. apa yg wan nak beli tu?
x der sindir la..apis klu dpt beli coklat yg seposen 3 tu pon da ok..yg penting blogging ne kena ikhlas..:)
ReplyDeletekalau apis tak menyindir tu baguslah sebab tak baik la kan. menulis ni kerana Allah bukan kerana duit.
ReplyDelete