Assalamualaikum dan salam petang untuk teman-teman semua.
Kakchik baru je membaca satu ruangan khas dalam NUR terkini yang menggunakan tajuk di atas. Bila difikirkan betul juga, kita ni bertuah sebab Allah tak takdirkan setiap DOSA yang kita buat tu menghasilkan BAU. Kita bayangkan tentu DOSA itu menghasilkan BAU yang BUSUK kan?
Jauhkan diri dari berdua-duaan begini di khalayak ramai lebih-lebih lagi kalau di tempat sunyi. Syaitan tentunya di sisi. |
Kalau kita sedang duduk dalam ramai, tiba-tiba DOSA MATA kita itu menghasilkan BAU BUSUK, huhu tentu memalukan yang amat. Dan kemungkinan besar saban hari kita ni akan hidup dalam suasana kebusukan kerana ramainya orang melakukan DOSA termasuklah diri kita. Astaghfirullah...
Halal bercampur Haram = Halam = Tetap HARAM |
Maha Suci Allah ... Dia amat menyayangi kita. Sebab itu ALLAH tidak takdirkan DOSA itu BERBAU. Dia Maha Adil kerana Dia Maha Tahu lemahnya iman kita. Mudahnya kita tergoda, terlalai, terpengaruh dengan DOSA, maka ALLAH tidak izinkan DOSA menghasilkan BAU.
Kata penulis:
"Namun, kita harus ingat bahawa hari pengadilan itu tetap ada! Jika di dunia, ada kala yang benar dikatakan salah, yang salah pula terlepas bebas. Tapi di akhirat kelak, yang benar tetap benar dan yang salah tetap terima hukumannya. Segala anggota pada tubuh akan berkata-kata, meluahkan apa jua DOSA dan PAHALA yang kita lakukan. Di dunia kita mampu menyembunyikan DOSA daripada pengetahuan manusia lain, namun MUSTAHIL menipu ALLAH dan diri sendiri. Renung-renungkanlah..."
Kita ni kena banyak bersyukur kepada Allah SWT. Cara nak bersyukur tu bukan sekadar kata, "Syukur....alhamdulillah", tapi dengan berusaha mengikut ajaran agama Islam yang Allah turunkan kepada kita semua. Tunjukkan syukur dengan berusaha beramal dengan kebaikan seperti yang diajar oleh Islam. Buktikan kita manusia yang bersyukur dengan menjauhi DOSA, MAKSIAT dan ZINA.
Tak kan tak tau apa contoh DOSA kan?
salam kakchik.
ReplyDeletemenarik n3 ni. bayangkan klu dosa itu berbau, ramai yg berbau busuk. mungkin manusia sedaya upaya mengelakkan berbuat dosa. tp bila hilang rasa malu, busuk pn busuk lah. nauzubillah....
wkslm k.anis,
ReplyDeleteterima kasih atas pandangan kak. memang ada kemungkinan tu kak. dah selalu sangat buat dosa, dah lali dgn bau busuk.
ada juga ye kompeni suh pekerja pakai cemtu. isk3... apa nak jadi la ngan majikan sekarang ni..
ReplyDeletebetul kata sis anis tu..
dni, kdg2 kompeni bagi pilihan asalkan warnanya kena dgn kod jadi pekerja tu juga yg salah pilih.
ReplyDeleteGood entry!
ReplyDeleteSemoga kita dapat menjaga hati supaya tetap bersih, menjaga amalan, ibadah, salat, zakat, dsb. InsyaAllah, Allah SWT akan menjaga kita drpd dosa-dosa...
Insyaallah Nisa'
ReplyDelete