Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
logo rasmi |
Kakchik dengan sukacitanya mengadakan 'Ramadhan Giveaway' yang syaratnya sangat mudah dan tidak menyusahkan peserta. Ingat tak sebelum ni kakchik ada janji nak buat peraduan tapi kerana pelbagai kesibukan duniawi, draf post yang sudah siap untuk peraduan tu kakchik terlupa nak publish hinggalah ke hari ini. Jadi ada baiknya segala hadiah yang telah tersedia tu kakchik hadiahkan untuk 'Ramadhan Giveaway' ini.
Syarat-syaratnya ialah:
- Meletakkan LOGO RASMI di atas di sidebar blog anda dengan dipautkan ke blog ini.
- Meninggalkan KOMEN MEMBINA di bawah post ini untuk TOPIK 'Apakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?' (WAJIB)
- Peserta yang sudi membuat post khas mengenai 'Ramadhan Giveaway' ini di blog masing-masing insyaallah akan mendapat bonus istimewa dengan syarat anda meninggalkan URL di KOTAK KOMEN di bawah.(OPTIONAL)
- 5 Pemenang akan dipilih secara rawak kerana semua jawapan adalah betul. Kakchik akan cetak setiap jawapan dan buat cabutan (divideokan nanti, insyaallah). Hanya KOMEN MEMBINA diambil kira.
- Tarikh tamat 'Ramadhan Giveaway' ini ialah pada 31hb. Julai 2010 jam 7.00 petang waktu Malaysia.
- Tulis email anda di bawah jawapan supaya senang dihubungi jika anda MENANG.
Hadiah di atas akan diberi secara rawak. Pemenang tak boleh memilih. Maafkan kakchik ya. Jadi, BERMULA MALAM INI, penyertaan adalah dibuka. Selamat berjaya bagi yang menyertai!
salam kakchik...
ReplyDeletehari ni dni ke jeram pasu ;) hehe..
wahh... GA kakchik hadiah2 avon. dni pun suka barangan avon. InsyaAllah dni akan join secepat mungkin. pur blanca tu best!:)
wkslm dni.
ReplyDeletewah... seronoknya. pergi dgn keluarga ke? rehlah sakan la dapat main air terjun.
ha'ah, kakchik ada banyak barangan avon ni kerana berjiran dgn avon. memang hajat hati semasa membelinya dulu adalah untuk dihadiahkan sebab kakchik tak pakai semua tu. hanya barang tertentu je yg kakchik guna.
Salam kakchik,
ReplyDeletespeacial post Ramadhan Giveaway nih shira dah buat..
Silalah ke blog shira ye.. =)
http://shirashafrida.blogspot.com/2010/07/special-post-ramadhan-giveaway.html
tapi untuk komen 'Apakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?' kejap lagi shira buat..
sebab nak ke rumah kawan sekejap..
Salam kak Chik,
ReplyDeleteBagusnya kak chik ni macam2 idea ada utk para pembaca. even though akak tak dapat participate coz tak ada blog but I will always monitor the contest..Utk pengisian ilmu. Thanks kak chik..
Best hadiah avon tu..
Wkslm shira.
ReplyDeleteTerima kasih banyak. Walaupun tak dipaksa, shira sudi juga buat post tu. Nanti kakchik tengok ya.
Takpe... tempoh nak buat komen masih banyak.
wkslm kak azah.
ReplyDeletenak menyertai tak perlu ada blog kak. yang penting syarat no 1 dan 2 kak. no 3 tu optional.
Assalamualaikum k Chik. Niza teringin nak join giveaway kak Chik yg terulung kalinya ini. Untuk pengetahuan kak Chik dan semua, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia disisi Allah swt. Banyak hikmah terdapat didalamnya dlm meningkatkan ketaqwaan kpd-Nya. Dan perkara yang paling menarik tentang Ramadhan bagi niza adalah Solat Tarawih. Ini kerana segala dosa yang dilakukan sebelumnya akan diampunkan Allah swt, bg yg mendirikannya dgn penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan-Nya. Almaklumlah, kita takkan dapat lari dari membuat dosa, besar atau kecil. Inilah salah satu cara terbaik untuk kita bertaubat. Wallahua'lam..
ReplyDeleteurl: http://nizarazi.blogspot.com/2010/07/ramadhan-giveaway.html
my email: jaji_81@yahoo.com
menarik hadiah kakchik ni, harus difikirkan entry nya....
ReplyDeletesalam kak cik..ida dh join dah....
ReplyDeletenie URL blog ida:
http://namaku-ida.blogspot.com/2010/07/contest-ramadhan-giveaway.html
email ida :
petite_girlz07@yahoo.com
terima kasih yer....
dan selamat menyambut bulan Ramadahan yg bakal menjelma
nice blog..sorry x blh nak chat kat shoutbox sbb error ..so komen kt sini jer la..dah folo awk..mai folo sy jg k..tq
ReplyDeletewaaaaaaa.bestnye hadiah2 tuh.hehe tapi nnti kalo sy join kot2 menang tah cane nk pos kesini.hehe.pape pun semoga contest ini sukses:)
ReplyDeletewah kakchik buat giveaway...mesti join ni...insyaAllah akan menyusul join...
ReplyDelete'Apakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?
ReplyDeleteBagi shira, perkara yang paling menarik tentang Ramadhan adalah pahala yang dilipatgandakan.. even benda yang remeh..
Biasanya paling bermaksud the best tapi Ramadhan bagi shira bukan hanya satu..Kerana Allah telah menjadikan satu malam di bulan Ramadhan ini yang nilainya lebih baik dari seribu bulan, untuk umat Islam beribadah di dalamnya. Jadi, tidak hairanlah jika orang-orang Mukmin dan Mukhlis sentiasa berlumba-lumba untuk menggapai segala kebaikan yang ada di bulan ini. Rasulullah bersabda,
“Sesungguhnya telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah, Allah mewajibkan atas kalian berpuasa. Dalam bulan ini dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa terlepas kebaikannya, sesungguhnya telah terlepaslah ia” [HR an-Nasa’i dan Ahmad].
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mewajibkan kita berpuasa agar kita menjadi hamba-hambaNya yang bertaqwa, firmanNya,
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” [TMQ al-Baqarah (2):183].
Wallahulam..
Emel shira di : mas88.angah@gmail.com
salam....
ReplyDeleteida dh tukar dah post 2 letak kt komen kak cik nie..terima kasih sbb tgur ida tow....
uhuhuhuh
Apakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?'
perkara menarik tentang Ramadhan bg ida adlh saat pegi ke masjid tok solat terawih bersama-sama ma dan abah....sgt bes....sbb jarang bkumpul ramai2 ngn org kg.....leh kukuhkan ikatan silaturrahim....bes sgt...dan satu lg yg menarik tentang Ramadhan adalah ia memg mguji kesabran nafsu mkn dan perasaaan yg nak marah bler time lapar memuncak..huhuhuhuhuh
:email:(petite_girlz07@yahoo.com )
nie URL blog ida:
http://namaku-ida.blogspot.com/2010/07/contest-ramadhan-giveaway.html
selamat menyambut bulan ramadhan yer...
salam kakchik...
ReplyDeleteApakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?'
bagi saya time pose ni seronok...sahur ngan family....
buka ngan family....
dpt wat amal....
masa terasa panjang utk wat ibadah....
dapat tolong mak masak2....seronok !!!
dpt kuar jln2 ngan ayah g bazar....
dpt g masjid ngan kuarge....
kalau kat kolej...dapat merapatkan lagi ukhuwah ngan kwn...
iftar dlm dalang....mkn ramai2....syok !
time pose bkn utk letiy2...tp lagi cergas....
best sgt !!
khuratulaqyun.blogspot.com
Wa'alaikummussalam Niza.
ReplyDeleteTerima kasih banyak sb sudi join giveaway kakchik ni.
Kakchik dah tengok post Niza juga.
Wan, jemputlah join Wan. Mudah je.
ReplyDeleteWkslm ida.
ReplyDeleteTerima kasih banyak sebab sudi join giveaway kakchik ni dan sudi juga buat post. Insyaallah komen terbaru tu kakchik ambil kira.
mohammka7476, terima kasih. no problem komen kat mana-mana pun tapi bab follow2 ni kenalah sukarela ya. kakchik kurang suka kalau diajak2. maafkan kakchik ya.
ReplyDeletesizuka, apa salahnya... nanti hadiah boleh kakchik pos ke rumah sizuka kat sini. Jom la join dik.
ReplyDeleteasha, kakchik tunggu penyertaan asha.
ReplyDeleteshira, terima kasih banyak dengan komen yang panjang lebar. alhamdulillah.
ReplyDeleteadik mulutmuncung, terima kasih banyak kerana sudi menyertai ramadhan giveaway ni. selamat berjaya.
ReplyDeletekakchik....
ReplyDeleterindu sgt akan ramadhan....
mcm2 kenangan....
dr sahur sampai la ke terawih....
ari pertama pose ni nak ponteng klas sbb nak sambut pose pertama dgn family....walau ape2 pun yg terjadi...family first....
kakchik....
nape ramadhan jd bulan paling sayu dan sebak bg sy...?
terasa diri byk sgt dose...
adik mulutmuncung,
ReplyDeletekita semua rindu dan menantikan Ramadhan dengan begitu berdebar. mungkin sebab kita tahu di bulan itu terlalu banyak kelebihannya. tapi dik, kita jangan lupa yang Allah sediakan kita 11 lagi bulan yang mana jika kita buat kebajikan tetap mendapat ganjaran pahala. jom kita bersihkan diri sebelum Ramadhan tiba agar bila kaki melangkah ke malam pertama Ramadhan kita terasa suci sesucinya diri kita.
insyaAllah kak !!!
ReplyDeletexsabar nak tunggu 1 ramadhan....
usrati !! tunggu kepulangan ku !!!
salam kakchik...
ReplyDeleteain dah buat post pasal ramadhan giveaway tu kat blog ain...
skang ain tinggalkan komen berkaitan tajuk. sorry kakchik terpanjang plak. kakchik tak baca pun takpe, ain tak kisah...ain mmg suka membebel camni...heheh
Bagi saya bila tiba Ramadhan, perkara yang menarik adalah solat terawih di malam harinya. Solat terawih yang Allah sediakan istimewa hanya di bulan Ramadhan. Masa ni kita akan berkumpul bersama-sama menunaikan ibadah kepada Allah. Bukan la waktu lain kita tak berkumpul untuk beribadah, tapi berbeza suasananya dengan solat terawih di bulan Ramadhan ni. Bila dah berkumpul tu, tentu sekali akan terjumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa, tak kira la kawan yang muda atau yang tua. Macam saya kat kampung ni, time macam ni la dapat jumpa makcik-makcik sekampung yang jarang jumpa. Kalau nak ziarah rumah ke rumah tu, entah bila la agaknya.
Ramadhan juga menarik bagi saya sebab bulan Ramadhan ni la adik beradik dapat berkumpul kat kampung. Abang-abang dan kakak-kakak saya semuanya sudah berumahtangga dan tinggal berasingan dari mak. Jadi bila tiba bulan Ramadhan, mereka akan cuba juga pulang ke kampung walaupun sekali sebab nak ambil peluang berbuka dengan keluarga terutamanya mak. Saya suka sangat suasana tu, sangat-sangat suka. Duduk berbuka ramai-ramai, ditambah dengan riuh rendah anak-anak saudara. Ah! Saya rindukan saat tu. Saya dah lama tak berpuasa di Malaysia. Tahun lepas cuma dapat beberapa hari je berpuasa di Malaysia. Saya tunggu sangat saat begitu Ramdhan tahun ni. Mudah-mudahan Allah beri saya peluang untuk merasainya lagi.
Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang dituntut untuk kita khatam satu Al-Quran. Jadi saya akan ambil peluang tu untuk saya khatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan. Bukan la maksudnya bulan lain saya tak boleh nak khatamkan, cuma bila tiba Ramadhan, semangatnya berbeza. Ditambah dengan tadarrus Al-Quran di surau, masjid dan sekolah juga (ketika saya di zaman sekolah). Sebaiknya Al-Quran haruslah kita baca pada setiap hari. Al-Quran adalah salah satu pendinding untuk diri kita dari perkara yang tidak baik, jadi tak perlu la nak pakai tangkal dan sebagainya, cukuplah Al-Quran yang Allah turunkan.
Lagi satu yang menarik adalah bazar Ramadhan. Oh! Tak tahu kenapa saya sangat suka pergi bazar Ramadhan. Kat bazar Ramadhan ni juga tempat mengeratkan hubungan kita sesama manusia terutamanya mualim. Percaya tak? Sebab setiap kali saya pergi bazar Ramadhan, ada saja saya jumpa orang yang dah lama saya tak jumpa. Tak kira sanak saudara yang jauh mahu pun dekat, guru-guru saya, kawan-kawan saya, orang kampung dan ramai lagi la. Tu sebab kadang-kadang saya pergi bazar Ramadhan tak beli apa pun, cuma seronok jumpa orang yang dah lama kita tak bersua.
salam kakchik...
ReplyDeleteain dah buat post ramadhan giveaway ni kat blog ain..
http://norainiaron.blogspot.com/2010/07/ramadhan-giveaway-keluargakusayang.html
email ain nnt ain pm inbox fb kakchik atau ain email kakchik ye..maaf ye kakchik
Bagi saya bila tiba Ramadhan, perkara yang menarik adalah solat terawih di malam harinya. Solat terawih yang Allah sediakan istimewa hanya di bulan Ramadhan. Masa ni kita akan berkumpul bersama-sama menunaikan ibadah kepada Allah. Bukan la waktu lain kita tak berkumpul untuk beribadah, tapi berbeza suasananya.
Ramadhan juga menarik bagi saya sebab bulan Ramadhan ni la adik beradik dapat berkumpul kat kampung. Abang-abang dan kakak-kakak saya semuanya sudah berumahtangga dan tinggal berasingan dari mak. Jadi bila tiba bulan Ramadhan, mereka akan cuba juga pulang ke kampung walaupun sekali dalam bulan ramadhan sebab nak ambil peluang berbuka dengan keluarga terutamanya mak. Saya suka sangat suasana tu, sangat-sangat suka. Ah! Saya rindukan saat tu.
Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang dituntut untuk kita khatam satu Al-Quran. Jadi saya akan ambil peluang tu untuk saya khatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan.Ditambah dengan tadarrus Al-Quran di surau, masjid dan sekolah juga (ketika saya di zaman sekolah). Sebaiknya Al-Quran haruslah kita baca pada setiap hari.
Lagi satu yang menarik adalah bazar Ramadhan. Oh! Tak tahu kenapa saya sangat suka pergi bazar Ramadhan. Kat bazar Ramadhan ni juga tempat mengeratkan hubungan kita sesama manusia terutamanya mualim. Sebab setiap kali saya pergi bazar Ramadhan, ada saja saya jumpa orang yang dah lama saya tak jumpa.
(actually saya buat lg panjang tapi kena tendang, jadi saya pendekkan)
Apakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?
ReplyDeleteKalau rasa nak balik perangai lama, masa tu lah Ramadhan betul-betul nak ketuk pintu sambil pesan "Hah, nak balik asal masa bulan mulia datang melawat?"
Ramadhan adalah REFRESHMENT! :D
aku merindui ramadhan yang penah aku lalui beberapa tahun lalu..
ReplyDeleteSalam kakchik..
ReplyDeleteAra join GA kakchik tau.
Ada juga buat post, cukup sekadar berkongsi. (Kalau ada ilmu dalam post ara tu lah ye kak chik. Hihi)
Perkara paling menarik tentang Ramadhan:
1. Dapat bersolat tarawih beramai2
2. Ada malam Lailatul Qadar. Kita suprise, xtahu malam yg mana satu, jadi takut untuk melepaskan sepuluh malam yang terakhir begitu saja..
3. Tahu doa kita pada bulan ini makbul.
4. Ganjaran yang hebat bila kita baca Quran.
5. Dapat sama sama berkongsi juadah di masjid.
http://eyeliner13.blogspot.com/2010/07/keistimewaan-ramadhan-al-mubarakh.html