Followers

16.7.10

Senaman Tarian Gelek @ Bellydance

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Sebelum kakchik berehat malam ni ingin kakchik nak kongsikan satu aktiviti yang kakchik suka iaitu bersenam secara TARIAN GELEK. Jangan gelak ya tapi kakchik ni kaki senamrobik cuma dah beberapa bulan tak ke kelas di Berek 12 tu kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan.

Scarf bellydance atau coin belt yang bergemerincing bila bergerak.

Kakchik bukan saja ikut kelas senaman tarian gelek atau kami panggil bellydance, tapi macam-macam lagi seperti bodymove, bodystep, zumba dan mcv. Tapi malam ni nak cerita pasal bellydance.

Kat sini ada satu artikel dari Kosmo Online mengenai Senaman Tarian Gelek.

TARIAN gelek yang bermula sejak 6,000 tahun pada zaman Mesopotamia (Turki) seringkali disalah tafsir kerana gaya pemakaian menjolok mata dan pergerakan yang mengghairahkan.

Bagaimanapun, tarian gelek sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri dalam membantu wanita membentuk susuk tubuh dan mengempiskan perut mereka.

Pusat kecergasan Celebrity Fitness, 1 Utama, Petaling Jaya, tidak mahu ketinggalan memberi pendedahan asas mengenai gerak langkah tarian gelek dengan mengadakan bengkel selama tiga hari bermula 3 Julai hingga 5 Julai lalu.

Bengkel tersebut yang turut disertai peserta luar negara seperti Singapura, Filipina, Taiwan, Indonesia, China, Thailand dan banyak lagi dikendalikan oleh pakar tarian Sepanyol dan klasik Argentina, Angeles Cayunao, 37.

Angeles berkata, tarian gelek banyak memberi manfaat kepada mereka yang melakukan senaman tersebut termasuk mempertingkatkan postur dan menguatkan otot.

"Individu yang mengamalkan gerakan tarian gelek juga akan melihat kesan secara fizikal di bahagian perut dan kaki.

"Ini kerana gerakan dalam tarian ini menyebabkan otot di bahagian itu bergerak mengikut rentak dikehendaki," katanya yang pernah menjadi juri tarian gelek di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, Angeles menambah, tarian gelek boleh disamakan dengan melakukan senamrobik kerana kedua-duanya memerlukan tenaga yang banyak dalam setiap langkah dilakukan.

Katanya, masih ada perbezaan di antara kedua-dua senaman itu kerana tarian gelek memerlukan daya tahan dan kekuatan otot yang tinggi.

"Tarian gelek merupakan antara cabang yang terdapat dalam tarian Arab selain fusion dan folklore. Setiap negara memiliki gaya tersendiri dalam melakukan tarian gelek lantaran mengikut variasi kebudayaan masing-masing.

"Pergerakan, muzik dan adat resam turut memainkan peranan kerana setiap negara berbeza sama sekali dan itu antara keunikan dalam tarian gelek yang boleh menggabungkan semua dalam satu tarian," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Celebrity Fitness, Choi Kwang Ho berkata, pihaknya sentiasa menganjurkan bengkel dan aktiviti menarik untuk ahli-ahlinya demi memastikan mereka sentiasa teruja melakukan senaman.

"Penganjuran bengkel antarabangsa sebegini tentu sekali akan memberi kepuasan kepada ahli-ahli dan orang ramai yang menyertainya. Kami berbesar hati kerana terdapat ramai peserta dan penari antarabangsa mengambil bahagian dalam bengkel kali ni," katanya.

Senaman bellydance ni memanglah agak sukar untuk dilakukan dengan sebaik-baiknya tapi dengan latihan yang kerap, otot-otot di seluruh bahagian badan terutama di sekitar perut dan pinggul akan semakin longgar dan pergerakan akan menjadi mudah.

Mata dah mengantuk la. Kalau kawan-kawan nak membaca banyak pasal senamrobik, bolehlah jenguk blog kawan sekelas iaitu Kak Lis yang juga seorang instruktor bertauliah. Ini blognya: 

Sumber gambar: Lis Ramli

7 comments:

  1. kakchik mesti terror bellydance nih... huhu saya keras juga

    ReplyDelete
  2. Salam kakchik..
    macam seronok jugak tarian ni..
    hihi..
    yang paling penting boleh kempiskan perut..

    thanks untuk infonya..
    menarik!

    ReplyDelete
  3. wan, kakchik tak pandai sangat bellydance lagipun dah banyak kelas yang kakchik terlepas. kakchik ok kalau bodymove/hi-lo.

    ReplyDelete
  4. Wkslm AraWani,
    memang seronok tambah-tambah bila dilakukan beramai-ramai di dalam studio. Nak kempis perut tu kenalah buat bersungguh-sungguh tapi ramai yang tergelak-gelak bila bellydance ni. Mungkin sebab gerakannya menggoda sikit.

    ReplyDelete
  5. Salam kak Chik,

    Tak sangka kak chik pun boleh bergelek..dulu akak suka buat line dance tapi sejak hubby dah pergi ni, memang akak tak keluar rumah dah..teringin gak nak tengok kak chik berbelly dancing..Pole dancing tak de ke kak Chik?

    ReplyDelete
  6. Wkslm kak azah. Hahaha... pole dancing kak? Yang tu exclusive for his eyes only la kak :)
    Bellydance ni tak pandai sangat kak tapi hi-lo dan bodystep tu banyak ok. Kalau bellydance kat rumah asyik kena gelak dik suami je lepas tu mood jadi lain, ada orang tergoda hehe.

    ReplyDelete
  7. Mane nk cari jurutari yg blh ajar tarian arab coz ade persembahan utk dinner

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs