Hari ni kakchik mencari-cari maklumat tentang rekabentuk dan dekorasi untuk sebuah mini perpustakaan. Hajat di hatinya nak gunakan salah sebuah bilik di tingkat atas tu sebagai perpustakaan. Kalau dapat yang selesa, boleh dimanfaatkan sebagai pejabat dan tempat bersantai, alangkah seronoknya.
Perpustakaan di rumah yang kakchik suka. |
Dalam mencari-cari ni kakchik jumpa satu artikel dalam myMetro tentang perancangan mewujudkan sebuah bilik bacaan di rumah.
PENYEDIAAN tempat yang sesuai dan selesa untuk membaca serta bekerja di rumah penting supaya fungsinya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
PENYEDIAAN tempat yang sesuai dan selesa untuk membaca serta bekerja di rumah penting supaya fungsinya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Ruang atau sudut berkenaan boleh dipelbagaikan fungsinya bukan semata-mata untuk menelaah pelajaran, membaca buku atau majalah, tetapi sesuai dijadikan tempat menghayati muzik.
Pembentukan ruang atau sudut bacaan perlu mengambil kira beberapa perkara termasuk kesesuaiannya, perabot atau kelengkapan, aspek penataan cahaya dan keselesaan sepanjang masa.
Biasanya reka bentuk ruang atau sudut bacaan membabitkan penjuru iaitu binaan khusus menghadap dinding atau almari.
Bilik tidur juga sesuai dijadikan ruang bacaan dengan mengubah suai kedudukan perabot untuk memberikan keselesaan atau laluan pergerakan lebih terancang.
Keselesaan antara elemen terpenting bagi mereka yang gemarkan ceruk atau sudut dinding sebagai ruang membaca.
Fikirkan kemasan lembut, redup dan mempunyai nilai estetika seperti gubahan bunga segar, haruman aromaterapi serta kusyen hiasan untuk mencipta ketenangan.
Dari segi pilihan perabot dan kelengkapan termasuk kerusi umpamanya, perlu difikirkan sama ada ia selesa atau sebaliknya kerana ia digunakan dalam tempoh yang lama.
Kehadiran beberapa aksesori hiasan seperti bantal hiasan kecil dan besar penting untuk anda yang membaca atau menyiapkan tugasan pejabat dalam keadaan duduk dan meniarap.
Sementara itu, meja sisi juga penting sebagai tempat meletakkan secawan kopi atau menjadi tempat meletak buku sementara.
Aspek penataan cahaya tidak kurang penting kerana suasana terang perlu diwujudkan supaya suasana membaca dan menyiapkan tugasan lebih praktikal.
Bagaimanapun, kurang pencahayaan boleh menyebabkan anda cenderung mengalami masalah penglihatan dan mengantuk kerana membaca buku dalam keadaan cahaya malap.
Membentuk bilik bacaan
myMetro, 2009/12/30
Membaca ketika siang pula memadai dengan hanya bertemankan cahaya dari luar jika keadaan ruang bacaan itu mempunyai sistem pencahayaan semula jadi yang sempurna.
Kemasan langsir atau bidai pada tingkap pula berperanan menapis cahaya matahari yang terlalu terik terpancar terus ke ruang bacaan itu.
Dicadangkan supaya memilih lampu jenis ringkas mudah alih khususnya lampu meja bagi memudahkan anda mengubah kedudukan ketika membaca.
Bagi kediaman yang berkeluasan terhad, membina sempadan untuk ruang bacaan amat digalakkan menerusi tirai, bidai atau pemidang kayu.
Mencipta sempadan adalah untuk menunjukkan perbezaan fungsi ruang selain memberi peluang anda menggunakan sepenuhnya ruang atau sudut bacaan tanpa gangguan.
Kalau ikutkan hati, satu bilik untuk perpustakaan dan satu lagi untuk musolla. Kalau ada tetamu datang, bolehlah bersolat jemaah kat situ. Dalam kepala ni ada macam-macam bayangan untuk menjadikan rumah kami tu Baiti Jannati dan juga harmoni dengan ilmu.
Insyaallah perlahan-lahan kakchik dan cik abe akan jadikan ianya kenyataan.
Sepatutnya perpustakaan itu ruang wajid bagi setiap rumah sekarang. Senang nak tanam dan suburkan cintakan buku dalam diri sendiri dan anak-anak akan datang
ReplyDeletememang betul fahmi. sebaiknya begitulah tapi kita pun tidak tahu sejauh mana masyarakat kita ni sedar perlunya ada mini perpustakaan di rumah.
ReplyDeletekakchik, dni pernah ke seseorang kat kubang kerian... rumah dia macam perpustakaan.. penuh kitab.. ;)
ReplyDeletedni ke rumah ust abdullah al-qari ke? setahu kakchik di kubang kerian tu rumah dialah paling banyak buku dan kitab. kakchik pernah pergi. seronok, ada ruh ilmu.
ReplyDeleteI think every house nowadays should have mini library. It's nice to see all books are arranged neatly in their own space and at the same time it would be some kind of escapism for bookworms.
ReplyDeletememang best kalo ada perpustakaan kat rumah.saya juga mengimpikannya..at least ada satu tmpt yg betul2 selesa tuk menimba ilmu..
ReplyDeleteThank you for your opinion kak azah. I agree 200%.
ReplyDeleteMamaYatie, orang kata kalau ada ruang yg boleh diletakkan satu dua rak dan sebiji kerusi pun dah kira mini library. Sekarang ni kakchik guna ruang bawah tangga sbg reading nook.
ReplyDelete