Followers

11.7.10

Remaja Hari Ni Tidak Kenal Tuhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari Ahad ni terasa lesu je dari berblogging. Ramai kawan-kawan sedang bercuti hujung minggu, kakchik pula mengadap sedikit kerja di pejabat ni. Pagi tadi kami dikejutkan dengan gelagat beberapa orang pelajar dari sekolah berdekatan yang memanjat pagar perpustakaan kami hingga runtuh. Pagar kawat hijau pemisah dengan rumah jiran di belakang. Mereka tu dikejar guru mungkin kerana ponteng.

Gambar dari: Sini

Anak remaja sekarang ni makin ramai yang samseng. Hari Jumaat lepas masa kakchik sedang makan tengahari di cafe OUM, kakchik boleh tengok berpuluh-puluh remaja merempit di atas Jalan Sultan Yahya Petra tu siap buat adegan willy ke ape. Mengucap panjang kakchik hingga tak habis makan sebab teringat lagak ngeri mereka.

Tajuk di atas tu ada pengecualian ya. Hanya sebahagian yang tidak kenal Tuhan dan masih ramai yang taat kepada ajaran agama. Masalahnya yang sebahagian itulah yang sering menjadi perhatian dan buah mulut orang. Ini kerana tingkah laku mereka selalunya over dan extreme. Keganasan ibarat gaya hidup mereka. Gaya hidup bebas seperti gangster di barat kini semakin diperajai oleh adik-adik kita yang berjiwa gelora, kepanasan untuk memberontak.

Sayu hati ni bila terserempak dengan remaja yang begitu. Yang lelakinya dengan rambut berwarna, gaya berjalan yang senget-senget (staggering), gaya bercakap yang tidak tahu malu, bahasanya kesat dan kasar, wajah mereka kelihatan gelap tidak bercahaya. Nak tengok pun terasa gerun.

Yang perempuannya bertudung atau tidak, pakaiannya ibarat membalut nangka, bangga dikepit teman lelaki ke sana-sini hingga sanggup menjegilkan biji mata bila ditegur. Pagi tadi ada yang bagitau kakchik, betapa teruknya remaja perempuan hari ni hinggakan sanggup panjat pagar sekolah, berdiri di atasnya dan mengangkat kain ke arah guru, mempersendakan guru dengan menunjukkan kemaluan mereka.

Astaghfirullahalaziim... bukan di tempat lain tu, tak jauh daripada sini.

Apa yang kakchik nampak, ramai lagi di kalangan remaja kita malah yang di peringkat kolej-universiti yang masih tidak kenal Allah. Sesetengahnya tidak langsung menghargai keislaman mereka. Kalaulah kita hanya memandang, menggelengkan kepala, entah sampai bila mereka akan terus menjadi layang-layang yang putus talinya.

Kakchik takut sekali esok-esok Allah tanya, "Hai Nor Haniza Taib, kamu beritahu atau tidak pasal Islam kepada mereka?" Masa tu kalau kakchik tak pernah buat, maka berat sekali balasannya bagi orang yang tahu tapi tidak memberitahu ilmunya. Sedangkan Nabi Muhammad saw pesan, "Sampaikanlah olehmu walaupun sepotong ayat."

Allahu Akbar!

18 comments:

  1. kadang-kadang, bila dni pk balik salah dunia tanpa sempadan sebenarnya. sebab diorang boleh tengok apa sahaja yang diorang mahu.. tak ada batasan.. hingga rosak akidah mereka.. mak ayah warak macam mana pun, sekolah agama terbaik cmana sekalipun, didikan agama tertinggi sekalipun tak dapat atasi semua ni.. sikap remaja yang ingin tahu menyebabkan perkara ni terjadi.... susah juga kan, kak chik >___< risau dni fikirkan cmana masa depan anak2 dni... Nauzubillah.. moga terhindar daripada perkara2 yang tak senonoh macam remaja sekarang ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. betul tu dni. Memang Susah dan sangat mencabar. Dunia pendidikan kita perlu lebih maju ke depan dalam mengatasi kelajuan dunia tanpa sempadan ni. Kadang tu dalam rumah kita dapat bimbing anak-anak dengan baik dengan suasana Islamik tapi sayangnya bila mereka terdedah di luar, mereka terpengaruh dengan segala macam masalah sosail. Iman memang tak dapat diwarisi, jadi kitalah yang perlu mendidik dan menjaga anak2 dengan sebaik-baiknya. Sama-sama ya dni.

    ReplyDelete
  3. saya pun risau juga dengan keadaan remaja skang ni... bukan apa teringat pada anak2 sendiri, macamanalah agaknya zaman mereka kelak.

    memang ini tanggungjawab semua, di setiap peringkat. Bermula dari keluarga, jiran tetangga, sekolah dan orang awam... bukankah kita ini bersaudara...

    Blog Tinta Comellote

    ReplyDelete
  4. Wan, sekali fikir nak anak-anak dok dengan kita sepanjang masa kan? Agaknya itulah sebabnya makin ramai ibu bapa yang homeschooled anak-anak meraka.

    ReplyDelete
  5. memang betul dunia akhir zaman velasrizal tapi kita tak boleh tengok saja.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..

    Hurm..benar apa yang dikatakan Kakchik..di tempat saya sendiri pun berlaku..di sekolah saya..

    ada yang bercium meraba di dalam kelas....Astagfirllahalazim...
    Namun saya kesal tak dapat mencegah ketika itu..tak dapat bgtau cikgu tapi nasihat je..

    non muslim tgk dalam kelas pun tegur kita..

    "Eh mirul..ko xtegur ka mereka tue?"..hurm..jatuh air muka...

    Kalau ditegur..melenting.. saya hanya dapat mencegah dengan hati sahaja...hurm..

    ReplyDelete
  7. stuju kakchik.

    mungkin diorg nk rse diri dorg in control kot. dorg ingat kalo dorg 'mmberontak' dgn Allah, dorg selamat dan POWER.nauzubillah..

    sy x penah sgke malaysia dh jd camtu..kte duduk kat uk ni pun trtye2 mcmne nasib kte ble balik malaysia nnt..

    PS: remaja dkt cni pun makin lame, makin bertambah keterukannye. T.T

    thxx 4 sharin kak. amar ma'ruf nahi munkar.

    moga kte mnjadi dlm golongan manusia2 yg mngajak ke arah kebaikan, dan mncegah kemungkaran.

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikummussalam Amir.

    Sebagai remaja Amir tentu lebih tahu apa yg berlaku di kalangan remaja. Sebenarnya apa yang para remaja harapkan dari kehidupan di dunia ni? Ada tak guru-guru sebut pasal dosa pahala di sekolah secara kerap. Kalau sampai non-Muslim pun tegur, agak parah juga tu.

    ReplyDelete
  9. nab, semakin zaman ke akhir usianya, gejala sosial semakin rancak. bukan takde orang bercakap pasal kebenaran tapi kemaksiatan membuatkan mata hati masyarakat terutama remaja menjadi buta atau kelabu. kita bimbang adik-adik kita yg Islam ni. sama-sama. betul tu aml makruf nahi mungkar.

    ReplyDelete
  10. That is true. I've noticed that few times too!

    Kadang-kadang, ada certain times, bila kita tegur, mereka akan mengugut untuk bersikap kejam terhadap kita. Malaysia sekarang tidak selamat seperti dulu.

    ReplyDelete
  11. sy rse..remaja skarang..x brpe ade kepercayaan kpd diri sndiri..sbb itu, dorg sanggup buat bende2 cmni - hye skada utk mndapatkan perhatian dan kepercayaan kpd diri.

    mmg parah ble dorg lbih pentingkan pandangan manusia drpd pandangan Pencipta. nauzubillah..

    ReplyDelete
  12. betul ke ni kak chik?bakpo jadik supo barat doh loni???risaunya seksok,lagu mano hidup anok2 kito??

    nanggung gitumo sekalih nah..angkat kain sumo...adeh kak chik...betul wak kak chik royak tuh,seksok Allah tanyo kitolah,ada ilmu tp toksir tegur.huhuhu...takutnya kak chik tgk lam Fb pun teruk2,ingtkan kl jah,rupanya kb pung samo naik

    ReplyDelete
  13. salam kak chik...

    just a few thoughts. sebahagian remaja tak kenal tuhan kerana sebahagian ibu bapa mereka tidak kenal tuhan....dgn sbnr2 nya.

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  14. Nisa', be careful when you want to give advice to that kind of teenagers. They can be dangerous. You are right, Malaysia is not safe anymore.

    ReplyDelete
  15. nab, jom la sama-sama menyumbangkan masa, tenaga, ilmu dan kemahiran yg ada. kita boleh tolong mereka, mana yang mungkin ada sekelumit rasa malu.

    ReplyDelete
  16. memang betul ct. itulah kenyataannya. tutor kakchik ialah guru english pelajar tingkatan 6 dan dia pun cerita hal yang lebih kurang sama. kalau ct balik, mesti terkejut. jahat dgn baik sama naik.

    ReplyDelete
  17. wkslm najwa. mmg betul tu. itulah punca kesukarannya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs