Followers

10.7.10

Meninjau Laptop Baru

Assalamualaikum semua.

Tentu masa ni ramai yang dok mengadap tv menonton bola. Maklum saja sekarang ni ada World Cup, Liga Perdana dan Liga Super. Cik abe pun dari tadi dok kemaskini website Sokernet.com dan Keputusan Bola Sepak Terkini. Concentrate sungguh!

Kakchik pula ambil sedikit masa untuk kemaskini blog Abaya Elegan dengan pilihan abaya terbaru iaitu Printed Colourful Abaya. Singgahlah tengok ya.

Kali ni kakchik masih guna PC cik abe untuk berinternet dengan bersabar w/pun sakit sendi-sendi jemari kakchik - butang kekuncinya sangat ketat. Tekan sikit-sikit tak jadi, kena tekan kuat-kuat barulah lekat huruf kat sini.

Jadi, kakchik pun Google laptop barulah. Manalah tahu kot hujung bulan ni boleh beli sebuah. Kan Yang? Boleh la ya? Nak beli dalam tempoh segera tu a bit impossible jadi kena tunggu lama sikit la. Pinjamlah dulu PC ni.

Ini antara laptop yang kakchik berkenan:

Dell Inspiron, Less than RM2000.00

Tapi kemungkinan besar kakchik akan beli Acer lagi.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails