Assalamualaikum semua dan selamat petang.
Sejak tinggal di rumah sendiri, kakchik belum pernah lagi memasak menu masakan yang menggunakan santan atau senangnya masakan berlemak. Asyik bergilir sup, sayur air dan goreng. Bukan tan nak masak, tapi selalu terlupa nak singgah di pasar untuk membeli santan. Bila sampai je kat rumah barulah teringat.
Agaknya Allah nak bagi kami kurang makan makanan yang banyak kolestrol, hehe. (Padahal kakchik yang tak pandai masak hehe.)
Kadang-kadang rindu juga nak makan sayur lemak putih dan gulai lemak cili padi. Tengoklah satu hari nanti kakchik akan pastikan kakchik ingat untuk membeli santan.
Hari ni seperti biasa masakan kakchik adalah sangat ringkas. Inilah hasilnya:
udang goreng sayur campur + sup ayam kentang dan ulam zuccini
Cukuplah untuk membahagiakan hati cik abe. Lagipun setiap kali kakchik memasak dia yang jadi tukang merasa. Kalau dia kata dah ok barulah kakchik akan angkat. Bukan apa, lidah kakchik ni tak suka masin sangat jadi kalau bubuh garam tu setakat lidah kakchik rasa sedap. Lagi baik cik abe yang rasa sebab nanti bila dimakan dengan nasi barulah rasa masakan tu sedap.
Wassalam.
salam
ReplyDeletezuccini tu timun batae' kor???
kalu masok sayur lemok , lawae dio ikae goreng. Nok sedap ikae goreng rebuh.....
slm knl..sy ganti santan ngn susu tepung je..kekadang ngn susu anak (perabis stok..)hihi
ReplyDeletesama ke rasa zucchini ngan timun batang?takut nak cuba..kot xkena ngan selera..
ReplyDeletewkslm kak pB.
ReplyDeletezuccini tu timun jepun. lebih kughae jah dgn timun kito cumo warno kulit dio ija pekat.
menu hok kak pB cadae tu meme nyakot molek.
wkslm kinna. kakchik belum pernah try tu guna susu tepung. kalau susu segar ada sekali tapi cik abe tak berapa suka.
ReplyDeletemiza, dua-duanya lebih kurang. rasa pun sama je.
ReplyDeletebaguslah menu macam tu..
ReplyDeletekurang kolesterol hehe
sy beli santan kotak buat stok..eheheheh tapi dah lama tak masak..masak simple mcm kakchik tu pun cukup selera rasanye....kalo takde santan pun...bagi sy janji ada budu ke..belacan ke..eheheh kakchik mesti tak makan kan..
ReplyDeleteSyafrizal, kakchik cuba nak jaga menu agar jadi diet sihat. Risau juga bila umur dah lebih 35 ni.
ReplyDelete