Followers

21.7.10

Merancang Untuk Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

"Those who fail to plan, plan to fail. Those who succeed in planning, plan to succeed."

Pembuka kata hari ni ialah serangkai kata-kata motivasi yang sangat terkenal di kalangan kita terutama mereka yang sentiasa mementingkan pengurusan yang terancang. Pagi tadi kakchik peruntukan hampir dua jam untuk membaca modul pembelajaran kakchik iaitu Teaching of Reading. Lusa ada kelas tutorial, takut tak sempat nak habiskan bab 7 hingga 9 kakchik curi-curi masa di pagi hari untuk membaca bab 7 dan 8.

Picture is from Inspired Mommie
Kata-kata di atas tu kakchik sedut dari pengenalan di bab 8 yang berkisar tentang kepentingan setiap dari kita mempunyai perancangan dalam apa jua perjuangan di dalam hidup ini. Dalam modul tu fokusnya sudah tentu kepada Rancangan Mengajar yang perlu disediakan oleh para guru sebelum ke kelas.

Begitu juga dengan kita ni. Kalau tak ada perancangan, hidup kita setiap hari bergantung kepada arus pada hari tersebut. Paling tidak pun kita mungkin buat pelan yang adhoc misalnya terasa nak keluar membeli-belah mestilah difikir, pasaraya yang mana, apa yang nak dibeli, pukul berapa nak pergi, modal cukup tak, nak kena singgah di bank dulu ke, kat rumah tu apa yang kurang dan seumpamanya.

Bagi kakchik merancang sangatlah penting. Dulu-dulu kakchik cuba menggunakan Organizer, kononnya untuk memastikan setiap hari hidup kakchik terancang dengan baik walaupun sekali-sekali berlaku adhoc di dalam perancangan tu. Tapi memang tak menjadilah dengan Organizer ni. membazirkan duit saja sebab kakchik tidak memanfaatkannya betul-betul.

Bermula tahun 2009 kakchik fikir baiklah kakchik guna buku log saja. Haha, seorang pengurus hanya guna buku log sebagai buku perancangan hariannya. Dah la hodoh, makin lama makin tebal dan menanti masa untuk koyak. Tapi, hakikatnya ia berkesan buat kakchik. Being humble is really working! Buku log tu murah je. Sehingga ke hari ni kakchik memang ke sana ke mari dengan buku log tersebut.

Di dalamnya ada pelan perancangan bisnes, jadual aktiviti harian kakchik, bil-bil atau resit-resit perbelanjaan dan kemasukan, senarai aktiviti yang akan dibuat esoknya, catatan kewangan, kadang-kadang ada juga luahan perasaan dan sebagainya. Amat mudah untuk kakchik merujuk jika mencari sesuatu maklumat berkaitan perkara yang telah berlaku. Jika akan dibuat hari ini, yang mana telah selesai akan kakchik 'tik' sebagai tanda sudah selesai.

Menggapai impian untuk berjaya dalam segala segi kehidupan yang kakchik corakkan, kakchik sentiasa ingat nasihat di atas sebab kakchik tidak mahu gagal. Bila telah merancang, kakchik akan cuba lakukan yang terbaik walaupun banyak ketikanya ia amat perit.

Semoga Allah sentiasa menguatkan keimanan diri ini, membantu di kala kesusahan, menunjuk jalan bila kebuntuan. Yang pasti, kakchik mahu merancang untuk berjaya dunia dan akhirat.

6 comments:

  1. Salam Kak Chik,

    Dalam apa jua urusan merancang adalah perkara paling utama dilakukan sebelum sesuatu plan tindakan itu diambil.

    Akak paling merancang di dalam buku Moleskin akak, alahai the paper tak bleed kalau pakai fountain pen..

    ReplyDelete
  2. Wkslm kak azah.

    Islam pun didik kita agar merancangkan kak?

    Selalu dengar orang lelaki yg suka guna moleskin hehe.

    ReplyDelete
  3. Salam kakchik,

    semoga apa yang kita rancang akan kita perolehi dan diberkatiNya.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Wkslm shira. Amiin. Itulah yang kita harapkan.

    ReplyDelete
  5. Salam kakchik.....

    Saya seorang die hard fan organizer.Kemana pegi harus dibawak skali walau berat bahu memikul.Tapi masih kelam kabut isi perancangannya.
    Tertarik idea kakcik guna log book.
    Kalau tak keberatan nak mintak kakchik tunjuk gambar & mcm mana kakchik isi.Kalau malu disini kakchik boleh email ke saya : mamadaniel02@yahoo.com

    Sgt teruja dgn topik perancangan kakchik nih.kalau boleh next time panjangkan lagi topik ni dgn lebih detail.

    Syg kakcik!!

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam alynna.

    kakchik pun masih belum begitu tersusun perancangan di dalam buku catatan kakchik tu. iyalah kadang-kadang ada perkara yang berlaku tanpa dirancang.

    Insyaallah nanti kakchik uploadkan gambar buku log kakchik yang buruk tu kat sini. Memang buruk sangat.

    Insyaallah jika ada kesempatan kakchik sambung lagi topik ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs