Followers

28.7.10

Bagaimana mahu menjadi wanita yang solehah?

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Lambatnya hari ni kakchik nak update blog. Dah la tu otak jadi agak beku dan kekeringan idea mahu dikongsikan di sini. Bukan takde perkara menarik berlaku tapi tak tahu yang mana satu nak ditulis.

Sebelum kakchik dapat pilih yang mana satu topiknya, kakchik nak kongsikan satu artikel yang dipinjam dari Notes MTD Kota Lama di FB iaitu mengenai topik di atas. Kakchik tahu pengunjung dan pembaca blog ini majoritinya kaum Hawa, maka tajuk di atas sangatlah sinonim dengan fitrah kita.

Siapa tak mahu jadi wanita solehah kak? Orang lelaki pula tentulah kita nak yang soleh. Wanita solehah untuk lelaki yang soleh. Jadi... bagaimana nak jadi solehah ni? Senangkah atau susahkah? Jom baca,

Gambar sekadar hiasan. Pasangan bahagia.

ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah.

Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.(Bagaimana pula kalau sebaliknya?)

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah. (Insyaallah tidak...)

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami. (Ha'ah, apa alasannya?)

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

Agak-agaknya boleh ke kita jadi solehah ni?

16 comments:

  1. salam, kakchik...


    dni mengidam nak jadi isteri solehah... yang disenangi suami... doakan dni ya kakchik... dni masih terkial2 belajar masak ni... sobbbss sobbsss...

    ReplyDelete
  2. Salam kakchik,

    belajar menjadi solehah insyaAllah, akan dipermudahNya untuk menjadi solehah buat suami..

    Doakan Shira juga ya kakchik.. Ameen..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Chik,

    Siapa yang tak nak jadi isteri solehah. dahlah dalam situasi akak yang memang jarang bersama suami..Masa yg singkat itulah yang digunakan sepenuhnya utk bersama..

    ReplyDelete
  4. saya suka yg ini
    "Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi."

    Memang manusia bernyawa ini perlukan kasih sayang dan perhatian terutama daripada org terdekat.

    ReplyDelete
  5. salam kakchik, very nice entri. InshaAllah kakchik :)

    ReplyDelete
  6. salam kak cik... suka entri ni. :) semoga Allah beri kekuatan kepada saya dan semua muslimah untuk mencapai solehah... saya minta izin share ye kak cik... tq!

    ReplyDelete
  7. wkslm dni, insyaallah, jika skrg dni tlh buat persediaan dr segi ilmu dan emosi, tiba masanya nanti dni akan dapat usahakan menjadi isteri solehah. kakchik pun masih terkial2 juga.

    ReplyDelete
  8. wkslm shira, semoga shira menjadi seorang mulimah solehah juga isteri yang solehah.amiin.

    ReplyDelete
  9. wkslm kak azah, betul kak... kita semua nak jadi solehah. waktu2 bersama itulah harus bijak digunakan untuk membahagiakan suami. orang kata jarak tu membuatkan hati lebih sayang kan kak?

    ReplyDelete
  10. betul wan, kita semua mahukan kasih-sayang. sebab itu islam itu datang dengan salam iaitu anjuran menyebarkan kasih-sayang. kalau dgn org pun disuruh berkasih-sayang, dengan suami tentulah lebih2 lagi.

    ReplyDelete
  11. wkslm intan. thanks. semoga kita sama2 mencapai taraf isteri solehah. amiin.

    ReplyDelete
  12. wkslm ratna. amiin. insyaallah boleh saja untuk dikongsikan.

    ReplyDelete
  13. salam kak...mohon share post ini dlm blog sy yer..tq

    ReplyDelete
  14. salam kak chik - lina juga merupakan pembaca setia blog prof kamil dan puan roza....sgt terkesan dihati...ternyata ada rohnya :)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs