Followers

20.7.10

Halang Porno Di Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Muka depan Kosmo hari ni.
Hari ni suratkhabar Kosmo di muka depannya memaparkan saranan bekas PM, Tun Dr. Mahathir agar Kerajaan Malaysia menapis porno di Internet. Kakchik sangat setuju malah kalau boleh terus HARAMkan terus kemasukan porno melalui Internet ni. Kalau negara punya wang tentu boleh membina satu perisian untuk mengawal kemasukan laman-laman DOSA tersebut.

Majlis Pelancaran Internet Toyyibah di Balai Islam, Lundang, Kelantan.
Untuk makluman, saranan Tun ni dah terlambat sikit berbanding tindakan Kerajaan Kelantan yang telah melancarkan Internet Toyyibah pada 17 Mei 2010 yang lepas. Usaha ini sebenarnya untuk mengawal kemasukan laman-laman lucah dan merosakkan tu.

Sekarang ni siapapun boleh mencapai laman-laman merosakkan tu. Hanya di hujung jari. Di perpustakaan ini pun masa kakchik belum sempat install internet protection beberapa tahun lepas, banyak komputer kami disalah-gunakan oleh pengunjung. Sekarang ni kami hanya benarkan satu komputer saja untuk access internet dan itupun kakchik telah install K9 Web Protection. Alhamdulillah, selamat.

Bagi yang nak tahu maklumat tentang Internet Toyyibah, di sini kakchik quote dari beberapa laman web lain,


Hari ini, Kerajaan Negeri Kelantan dengan usahasama Jaring telah melancarkan Internet Thoyyibah, iaitu sebuah pelayar web yang bakal berfungsi menapis laman-laman web tertentu yang disenarai hitamkan seperti laman lucah.

Buat masa ini, terdapat beberapa aplikasi yang sedia ada membolehkan para pengguna untuk membuat tetapan sendiri untuk mengawal aktiviti pelayaran web. Namun begitu, ianya masih boleh diatasi dengan penukaran beberapa tetapan di pelayar web.

Internet Thoyyibah bakal membawakan konsep baru, dimana aktiviti penyelengaraan dilakukan sendiri oleh pihak Jaring, sekaligus menjadikan aktiviti pelayaran web oleh para pengguna lebih selamat. Sama seperti antivirus, ianya bakal memerlukan para pengguna untuk memperbaharui lesen pada setiap tahun.

Menerusi Internet Thoyyibah ini, pelayar web dikawal melalui dua konsep iaitu menyekat mana-mana aplikasi yang disenarai hitamkan atau memberi laluan kepada aplikasi yang disenarai putih atau internet berhemah. Ini sekaligus menggalakkan pengguna internet menggunakan peralatan teknologi moden yang ada tetapi mengikut kaedah yang halal melalui penggunaan internet secara berhemah dan selamat.

Sumber: http://amanz.my/2010/05/internet-thoyyibah-dari-jaring-dan-kerajaan-kelantan/

Benefits of using Internet Thoyyibah:

* Continuously using Internet Thoyyibah browser to monitor and safe-guard one’s Internet browsing with tracking and URLs’ recording on a daily or weekly basis.
* Will get the latest, new features of IT updated online from time to time.
* Will get the IT Virtual Library that will consist of System bookmark and Personal bookmark. Admin user will be allowed to self-manage and populate the Personal bookmark consisting of white-listed URLs that will be viewed by your loved ones as Standard User.
* Customer as Admin user will be able to black-list or ban not only applications and URLs but also any word of abusive or pornographic nature in ensuring that customers will only access Internet with filtered and clean content.
* As an alternative browser equipped with features not available in Internet Explorer or Mozilla FireFox with enable/disable features that will block/unblock some or all other browsers as set by the Admin user after launching Internet Thoyyibah.
* Can be installed on PC/ laptop using preferably Microsoft Operating System to ensure optimum usage of the browser in increasing one’s productivity either work from home or office using any type of Internet connection (wired or wireless or WiFi and others).

Sumber: http://dikelantan.com/2010/05/19/download-internet-thoyyibah/

Bagi ibu bapa, sebaik-baiknya jangan biarkan anak-anak bebas menggunakan internet tanpa sebarang pemantauan. Pasanglah Internet Toyyibah atau apa saja perisian kawalan web agar anak-anak kita terselamat dari anasir-anasir durjana yang merosakkan minda dan akhlak anak bangsa kita.

Jom halang porno di internet!

6 comments:

  1. memang perlu sangat... saya sokong 100%

    ReplyDelete
  2. baguslah wan. tapi tak taulah berapa prihatin orang-orang kita ni.

    ReplyDelete
  3. sokong 100% jugak.bahaya dah dunia zaman skg nih.huhu~

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah sizuka pun sokong.

    ReplyDelete
  5. Salam kakchik,

    Shira sokong 100%..

    Sepatutnya dari dulu lagi kerajaan 1Malaysia sepatutnya lakukan.. pengaksesan laman web lucah ke dalam negara merupakan satu kesan daripada globalisasi..

    Maka, penyekatannya harus dilakukan dengan kadar yang segera.

    ReplyDelete
  6. Wkslm Shira.
    Betul tu. Entahlah apa lagi yang ditunggu kerajaan kita ni. Walhal mereka yang mengawal lalu lintas trafik internet negara ni takkan tak boleh disekat. Mungkin masih ada kepentingan lain tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs