Followers

5.7.10

Perkongsian: Di Manakah Nilai Tudung Kita?


Assalamualaikum dan salam bahagia semua. Sepertimana yang kakchik maklumkan semalam, laptop masih rosak jadi kakchik gunakan pc pejabat untuk update sebentar. Hanya satu perkongsian artikel yang disalin dari blog Ustaz Nor Amin sebentar tadi. Jom sama-sama kita membacanya. Semoga menambah kefahaman, meningkatkan kesedaran dan memberi keinsafan yang sebenarnya lalu membuat kita terus melakukan perubahan yang sepatutnya.

 Bila bertudung, sempurnakanlah sebaik-baiknya dengan pakaian menutup aurat.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Salam kepada semua, artikel yang disediakan ini diambil dari kawan saya iaitu Ustaz Khir semasa Kursus Diploma Pendidikan UPS-MARA di KPTM Bangsi Selangor. Saya tertarik dengan artikelnya dan disiarkan sebagai perkongsian untuk semua. Mudah-mudahan artikel ini dapat memberikan manfaat untuk semua.

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Sebab itu syariat menetapkan supaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgar dengan warna yang tidak menarik menutup seluruh badannya dari kepala sampai ke kaki.

Kalau dilihat pada nilaian dunia, barang-barang berharga seperti intan dan berlian dibungkus rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga wanita. Kerana wanita bermaruahlah dia tidak disuruh ditonjolkan tanpa keperluan yang tertantu; dengan batas-batas tertentu. Dia mesti bergelanggang dalam gelanggang yang boleh dan sesuai untuknya sahaja yang telah ditentukan garis-garisnya oleh syariat. Wanita tidak selayaknya mengorbankan maruah dandirinya semata-mata mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dan di sana sini kita dapat saksikan para wanita kita memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari orang bawah hingga orang atasan, dari peringkat pelajar-pelajar sekolah hinggalah ke pekerja-pekerjadi pejabat-pejabat.


Namun begitu, pelbagai gaya tudung dipakai. Tudung kadangkala tidak lengkap dipakai, pakai tudung tapi masih nampak batang leher, nampak dada, pakai tudung tetapi di masa yang sama pakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakai. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok didalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu semua bukannya untuk mengelakkan fitnah tetapi menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang manaakan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Dan pakaian yang boleh melindungi wanita dari jadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik,up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas.Bertudung tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak rasa diri ini hina, masih banyak dosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh pakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung yang masih cari boy friend. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita tutup aurat tetapi tidak terus memperbaiki diri lahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi baikilah diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, suka berdengki, suka berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Kalau sudah mula menutup aurat elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan boy friend. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada pengaturan Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama bila dalam waktu bekerja. Cuba didik diri jadi orang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengkeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam ini indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk amalkan Islam. Baru orang bukan Islam hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekelian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Kakchik doakan kalian membacanya dari ayat pertama hinggalah ayat terakhir. Semoga Allah melapangkan dada kita untuk menerima nasihat dari mereka yang berilmu pengetahuan. Insyaallah, bila mati nanti, dosa kita sudah kurang.

Terima kasih Ustaz Nor Amin.

Wassalam.

13 comments:

  1. Salam k.Chik,
    ini komen utk entry yg lepas...

    sy dulu pun lmbt dpt zuriat...memacam cuba...berdoa di hadapan kaabah pun dh buat...still juga belum diberi rezeki...kemudian ada kwn sarankan pergi berubat dgn ustaz hj Seman dkt sekolah paya rembai berek 12 tu...klinik dia atas farmasi seroja...Alhamdulillah slps ikut apa yg ustaz tu sarankan...kami dikurniakan juga zuriat. cuba lah k.cik berubat dgn ustaz tu.

    ReplyDelete
  2. Wkslm BR.

    Terima kasih atas cadangan BR tu. Insyaallah kakchik pertimbangkan. Prospeknya bagus sebab tempat pun tidak jauh. Insyaallah.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak chik~ ^^

    I LIKE this entry :) jazakallah 4 sharin :) a great reminder 4 us! barakkallahu fik ^^

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam bhahmz.
    Alhamdulillah... semoga kita semua dapat manfaat sambil membuat perubahan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  5. salam..
    saya baru 1st komen dlm ruangan kak cik ni..sebelum ni hanya menjengah n membaca..alhamdulillah..ketenangan tu ada apabila kita menjengah blog yg sepatutnya..insyaAllah..
    tentang tudung ni saya rasa tertarik utk memebri komen dan meminta komen..sebelum ni dan hingga kinipun insyaAllah..saya masih memakai tudung yg labuh..mudah2an Allah kuatkan iman..
    baru2 ni saya ada membeli tudung labuh yg nampak tu berfesyen..tudung tu dibuat oleh seseorang dan alhamdulillah setakat ni hasil tangannya enadapat tempahan utk menampung kehidupan hariannya..jadi saya ingin dptkan komen/pandangan dpd Kakcik tentang tudung ini...itu saja...

    ReplyDelete
  6. wkslm syamiha,
    terima kasih banyak sebab sudi juga akhirnya utk meninggalkan komen.
    tahniah kakchik ucapkan kerana syamiha istiqomah dalam memakai tudung labuh, alhamdulillah. dalam zaman tudung semakin berfesyen ni kalau mampu bertahan memanglah satu kekuatan iman pada pandangan kakchik.
    secara peribadi tudung itu jika masih labuh dan berfesyen tidak keterlaluan dan tidak menonjol, kakchik rasa masih ok utk memakainya tambahan pula dibeli kerana ingin membantu org. kalau dibeli kerana kesian dan tidak dipakai ia jadi membazir pula, lagi baik sedekahkan wang saja atau kalau sdh dibeli, sedekahkan tudung tu kpd orang lain yg blh memanfaatkannya.
    kalau kakchik, beli dan sedekahkan kpd org lain krn kakchik tak pakai tdg moden w/pun labuh. Itu pandangan kakchik.

    ReplyDelete
  7. Salam kak Chik,

    Tiap kali membaca blog kak chik, tidak pernah sekali pun kak chik mengecewakan akak..bahan2 yang disediakan cukup memberi manafaat kepada kita semua.

    Alhamdulillah kak Chik, tudung labuh sebenarnya mencantikkna lagi ketrampilan seorang wanita.

    Di tempat kerja akak ramai kawan2 sekerja yang memakai tudung tetapi menampakkan sanggul yang tinggi. memakai tudung tetapi menampakkan dada Semoga apa yang akak pakai akan menambat hati mereka untuk merubah cara mereka bertudung..

    ReplyDelete
  8. Wkslm kak azah.
    Terima kasih kak. Bahan2 pun kadang pinjam dari teman2 blogger juga kak. Ramai yang menulis bagus2 tapi pembaca tak ramai. Harus tolong promosikan.
    Insyaallah... kakchik doakan penampilan dan akhlak akan menjadi daya tarikan untuk mereka berubah menjadi muslimah yang berperibadi mulia, seperti akak juga.

    ReplyDelete
  9. Salam kak Chik,

    Rupa2nya akak dah baca entry ni dan dah tinggalkan comment..akak rasa catatan blog kak chik ni boleh dibuat buku utk di baca..benar2 menarik dan memberi manafaat kepada semua.

    Kalau kak chik buat buku akak lah orang yg pertama beratur beli buku kak chik..:-)

    ReplyDelete
  10. Wkslm kak azah.

    Haha, terlupa la tu. Ala akak ni... mana sesuai kak. Takde plot yang elok. Nantikan orang kata, entah apalah yang ditulisnya ni.

    Tapi nak ucap terima kasih atas kesudian akak tu.

    ReplyDelete
  11. tq kak..makin sayu hati ni bila baca artikel ni...

    ReplyDelete
  12. sama-sama ain. tabahkan hati ya.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum KakChik, mungkin takde kena mengena soalan ni dgn artikel tapi tertarik dgn perempuan bertudung biru tu, siapa dia ye. Cukup manis penampilan dia.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs