Followers

22.7.10

Program Realiti TV: Imam Muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Imam Muda

Imej dari ImranShamsir.com
Tentu ramai tahu program apakah yang kakchik makasudkan dengan Imam Muda. Hai... sekali pun belum berpeluang untuk menonton program menarik ni. Ingatkan ada peluang tapi selalunya di waktu tayangannya di Oasis tu tv kami di saluran yang lain.

Kakchik hanya sempat membaca perkembangannya melalui laporan media dan tulisan di blog kawan-kawan yang berkesempatan menontonnya. Khabarnya sangat menarik hinggakan ada stesyen tv luar negara datang membuat liputan program tersebut.

Ni  yang membuatkan kakchik teringin nak tengok. Lepas final exam nanti kakchik nak cari di youtube. Biarlah ketinggalan pun asalkan kakchik dapat lihat bagaimana program itu dilaksanakan. Tahniah ya Imam Muda. Satu program realiti yang seharusnya mendapat sokongan umat Islam di negara ini.

Ini sedutan berita hari ini tentang Imam Muda di BH:

Imam Muda bagai penawar
Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my
2010/07/22

Populariti dianggap dapat seimbangkan program hiburan sedia ada

JIKA dulu ada suara yang membisikkan bahawa program ilmiah pertama di dunia yang melahirkan pemimpin Islam berkaliber, Imam Muda bakal mendapat kritikan. Semuanya adalah disebabkan faktor agama yang membataskan perjalanannya.

Sebaliknya semua yang membataskan itu datang sendirinya daripada orang Islam yang tidak yakin dengan pegangan sendiri. Kini seluruh dunia termasuk negara bukan Islam sedang bercerita mengenai program yang bakal berakhir 30 Julai ini.
Sebelum ini juga, stesen televisyen dunia termasuk negara kita kian sarat dengan pelbagai program hiburan yang tidak lain mengajak penonton mencari kebendaan duniawi semata.

Sebaik gabungan antara satu badan penyiaran swasta, Astro Oasis bersama agensi kerajaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang keduanya mempunyai hala tuju yang berbeza, Imam Muda menjadi pencetus kepada dunia penyiaran dunia.

Kesempatan menemubual Mudir Imam Muda yang juga mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hassan Mahmud berkata, kejayaan program ini memang membuka mata banyak stesen TV dari negara luar.

“Program ini berjaya kerana adanya orang dalam Astro yang pakar dalam bidang produksi dan aspek komersial. Ia juga disiarkan di saluran media iaitu televisyen yang dianggap sebagai ‘kotak beracun’.
“Banyak racun di dalamnya berbanding penawarnya. Sekarang dengan adanya program seperti ini ia dapat menjadi penawar kepada program hiburan sedia ada.

“Antara kejayaan besar yang dapat dilihat adalah dapat menyampaikan mesej perpaduan di dalamnya, kasih sayang kerana inilah kekuatan bagi kita sebagai manusia,” katanya yang ditemui pada sesi rakaman program ini bagi episod kesembilan baru-baru ini.

Program yang menggunakan modul pendidikan sepenuhnya daripada JAWI itu dinilai 100 peratus daripada prestasi teori dan praktikal peserta tiap minggu berlandaskan tahap yang ditentukan.

“Setiap mereka yang mendapat markah tinggi dari segi peperiksaan teori dan praktikal, dialah yang layak ke peringkat seterusnya dan yang gagal pada satu tahap yang ditetapkan, ‘dihentikan’ perjalanan mereka daripada program ini.

“Soalan yang diberikan kepada mereka bukan sembarangan soalan tetapi soalan yang di peringkat tinggi. Boleh dikatakan setaraf dengan soalan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di dalam pelbagai subjek di dalamnya. Setiap minggu soalan yang diberikan semakin berat dan sulit untuk diselesaikan.

“Ada soalan objektif dan soalan yang memerlukan mereka memberi pendapat dan idea, daripada situ markah mereka dinilai kerana kita mencari imam muda yang berketrampilan dan serba boleh serta mudah berhadapan dengan masyarakat,” katanya yang bukan saja menekankan subjek agama tetapi mereka juga harus mahir menggunakan bahasa Inggeris dan Arab.

Sehingga kini banyak ilmu yang sudah dicurahkan sebagai bekalan kepada mereka sebelum bersedia melangkah ke dunia sebenar selepas berakhirnya program ini.

“Apa yang kita bagi kepada mereka adalah secara global, mereka ini sudah memiliki ilmu agama sendiri kerana kebanyakan mereka adalah lepasan universiti bukan saja di negara ini malah dari luar negara yang berkaitan pengajian Islam.

“Di sini kita bagi tugasan kepada mereka bagaimana mereka ingin menguruskan orang ramai, masjid, bagai mana mereka nak menjadi cemerlang agar orang ramai mudah mendekati masjid, semua diajar di sini.

“10 Imam Muda ini bakal melahirkan 1,000 lagi Imam Muda yang lain seperti mana mereka melahirkan tokoh dari bidang lain,” katanya yang juga tidak pernah tidak menjangka program ini akan menembusi pasaran antarabangsa selepas memasuki episod ketiga lalu.

Imam Muda yang disiarkan Astro Oasis saluran 106 jam 9 malam setiap Jumaat akan berakhir 30 Julai ini di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Mesti tengok ni.

4 comments:

  1. Shira tak pernah pula tengok Imam Muda nih.. Tapi selalu dengar.. Lagipun Shira takde Astro kat rumah.. =D

    ReplyDelete
  2. Shira, kakchik yang ada astro pun tak pernah tengok lagi. Samalah kita, dengar bualan orang je. Tapi kalau tak silap kat youtube dah ada.

    ReplyDelete
  3. Program ini telah dimuatkan di dalam slot berita daro rangkaian televisyen France 24.

    Mulanya agak keliru tentang isu Imam Muda dengan majlis re union mereka dengan siri realiti Imam Muda sebagaimana saya keliru mengenai busana muslim yang memperkenalkan kesederhanaan pakaian bagi wanita muslim untuk penutupan aurat dengan busana muslim yang memperagakan elemen tabaruj di kalangan wanita muslim seperti mana saya keliru mengenai penzahiran sikap pro Islam YB Ketua Menteri Pulau Pinang dengan isu terabainya pembelaan masyarakat melayu miskin di sana.

    Intelek media umumnya mengabaikan kesedaran penonton yang semakin inginkan kesahihan maklumat.
    Misalnya paparan slot berita petang CNN semalam mempaparkan ketiadaan suasana ketegangan di Gazza yang menimbulkan isu apakah tekanan terencana diberikan kepada minoriti muslim yang tidak peka pada persaingan kuasa antara Amerika/Eropah/Rusia yang ditoleransikan dengan siri persaingan penajaan sukan?

    Kami di luar negara hanya perlu menjadi pemerhati?

    ReplyDelete
  4. thanaif,
    banyaknya yg keliru. sebaiknya carilah jawapan dari sumber yang paling autektik agar kekeliruan itu dapat dirungkaikan. jangan biarkan diri terus keliru.
    kakchik tahu thanaif sendiri sudah tahu jawapan kepada setiap kekeliruan itu cuma mungkin mahu melihat respon kakchik terhadap isu2 itu.
    kenapa hanya perlu memerhati, mainkan peranan anda. suara ada, kemahiran menulis ada, alat untuk menyampaikan mesej begitu banyak, pihak tertentu yang harus dituju juga anda tahu. gunakan aqal pemberian Allah, sebagai manusia yg bijak sudah tentu akan jumpa caranya.
    cuma selesaikan atau tidak itu urusan Allah, yang pasti mainkan peranan kita.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs